"Antara mencari erti dalam perhubungan atau mencari cara mengekalkan perhubungan itu sendiri, yang mana akan kau pilih dulu?" Wafi bersuara memecah hening pagi dan kesunyian di depan rumah rakannya itu.
"Jika aku tersalah langkah, aku akan kehilangan dia Fiq. Kau pun tahu betapa berertinya dia dalam hidup aku." Kata Wafi lagi mengharapkan rakannya yang dikenali sejak Diploma itu memahami masalahnya.
Terdiam seketika dan suasana kembali hening. Hanya kedengaran bunyi cengkerik yang bersahutan.
Taufiq masih menunduk merenung lopak disebalik bayang pokok pelam dirumahnya. Membisu sejak Wafi memulakan topik tentang dia dan teman istimewanya itu. Tidak mengerti bagaimana hendak memulakan hujah untuk dikembalikan kepada rakannya itu.
Sekilas Taufiq memandang wajah resah Wafi kemudian kembali menunduk sambil mengeluh pendek.
"Firstly, kau kena tahu reaksi si dia dalam persoalan ini Fi." Taufiq mengangkat mukanya dan membuka bicara. "Kau dah cukup kenal ke belum dia ni sebelum kau ingin membawa perhubungan tu kepada satu tahap yang lain? Setahu aku, kau baru mengenalinya tak sampai tiga bulan." Melihat wajah Wafi yang semakin gelisah, Taufiq meneruskan hujahnya. "Aku tak bermaksud untuk mengatakan kau masih tak kenal sepenuhnya Ana itu. But, you are rushing into this. To take this into the next level, I thinks it's too early. Aku juga tak kata ianya satu keburukan ataupun sebaliknya. Aku cuma mahu kau fikir masak - masak dalam isu ni dulu. Terlajak perahu masih boleh diundur..." Ayat Taufiq terhenti melihat rakannya seperti ingin berkata sesuatu.
"...terlajak kata padah menanti. Bijak kau mengubah persoalan kita kan?"
Tersenyum Taufiq melihat telatah rakannya yang sudah kembali kedunia nyata.
"Aku faham apa yang kau cuba sampaikan kat aku, sebelum aku menanyakan soalan pada dia itu esok, aku perlu menetapkan apa yang aku mahukan dalam perhubungan itu sendiri dan menilai dimana kami berpijak ketika ini."
"Aku bukan ape Fi, bukan nak suruh kau fikir bukan - bukan pun. Tapi aku nak tarik kau kembali pada realiti. Aku faham, orang yang tengah bercinta macam kau ni masih berada dalam fasa terawang - awang lagi." Sambung Taufiq melihat resah dimuka Wafi semakin berkurang. "But, why tomorrow Fi? There's still enough time to think this trough over and over again kan?"
Telefon bimbit Wafi berbunyi secara tiba - tiba menangguhkan Taufiq meneruskan bicara. Wafi mengangkat telefon dan mukanya berubah dalam sekelip mata.
"Fiq, jom teman aku. Ana eksiden."
p.s:
Actually, aku ada test arab esok dengan masih tak study ape. Tiba - tiba aku terfikir satu cerita tu yang tiba tiba aku update blog tu. Anyway, aku masih belum cerita pasal banyak perkara. Life has been busy nowadays. Dengan assignment, test, study review, final projek. Nak fikir pasal perasaan sendiri pun dah tak sempat sekarang ni. Fuh, ada masa aku singgah lagi. Banyak masih tak tercerita.