Friday, December 30, 2011

From 2011 to 2012

Usually, by this time aku  akan membuat review tahun 2011 like last year. I still remember vividly how I made the post by the end month of December 2010. And the joke ‘last year cigarettes’ still kicks in. Hahahahahaha. And how I wished 2011 doesn’t give me a hard time and so on. But that’s last year. 2011 is ending. I don’t want to wish that 2012 doesn’t give me a hard time, instead I wish it did. Come and get me. It make me smarter, tougher, better in every way. Here what I want to say though for this year.


It’s one heck of a year. I would say awesome, but too many people are saying awesome these days so it becomes natural and not unique anymore. Time aku part 4 and part 5 was so memorable. Dengan dinner nya. Classmate. Doesn’t matter perpecahan, pergabungan, pergi trip yang macam ada macam tak de. Naik bas ramai – ramai, bising bagai nak gile dalam bas. Naik gunung Arong. Yada – yada – yada.  Walau ada beberapa perkara yang buat aku makan hati, tapi hati aku sedap ape wat masak kicap. Hahahahahahaha. And housemate. Doesn’t matter it is about conflict, happiness, spend time together, bukak cerita sana sini, gaduh – gaduh tapi tak sampai bertumbuk la kan. Old friends yang tak pernah lupa untuk pulang ke Pontian, tak pernah lupa tuk ajak aku kalau ada event. And certain orang yang member memang member lah. Bayangkan, ada ke orang yang nak datang rumah aku semata – mata nak teman aku main digimon dengan tengok Detective Conan tanpa buat benda lain. Kalau aku pun tak nak. Hahahahahahaha. Although ada juga yang in years before rapat kalah macam belangkas, orang couple pun tak ke hulur hilir dengan aku tapi sudah tidak lagi this year. Tapi aku tak kisah pun. Everything made this year memorable. And also, this year I lost my grandfather tepat pada orang kristian sibuk nak sambut hari natal. Tapi tak nak sentuh pasal ni sangat.

But even so, memory just a memory. Leave it like that. No matter how good it is, walaupun aku selalu tengok all those pictures, it just a memory. Life move forward. And it moves so fast that sometime we miss something. Yang tinggal hanya gambar dalam laptop aku dan kalau laptop aku rosak masih ada coretan dalam google / blog aku ni. Kalau google ni hancur pun masih ada memori yang ada dalam kepala aku. Tunggu aku nyanyuk baru aku lupa semua ni. =)


p.s:

I welcome you, as always with an open arms.

Monday, December 26, 2011

Terakhir kalinya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Today, I lost my grandfather. My only grandfather yang aku kenal dari kecik sampai ke besar panjang. Perginya arwah dirasai seluruh keluarga, saudara dan satu kampung. Di Johor ini tempat asal arwah, di Johor ini juga ia pergi menghadap Allah. Arwah disahkan meninggalkan kami sekeluarga pada 1638 Hour. Disaksikan isteri, 2 orang anaknya, seorang menantunya dan 2 orang cucunya. Sejak dari itu aku mengiringi arwah dari katil wad ke bilik forensik. Dari bilik forensik ke van jenazah. Dari van jenazah sampai ke rumah. Dari rumah sampai ke masjid. Dan dari masjid sampai ke liang lahad. Dan aku antara orang terakhir yang bergerak pergi dari kubur arwah. Dahi yang berkerut setiap kali melihat telatah cucu kedua ketika kecilnya itu aku kucup buat terakhir kalinya. Salam akhir disampaikan diiring doa dalam hati semoga arwah tenang disana mengahadap Illahi. Melihat anak sulung arwah mengalir air matanya buat kesekian kalinya, terbit juga rasa terkilan dan sedih didalam hati ini. Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan di sini, tempat tinggalnya Kg Sengkuang pada jam 11 malam tadi. Semoga arwah ditempatkan bersama orang - orang mukmin. Amin.


Dan benarlah sesungguhnya yang pergi itu tetap pergi.

Tuesday, December 20, 2011

Crash and burn. Is it though?

This post is only made for me and only to future myself. Semalam. Aku mimpi something. Oh, bukan mimpi basah okay. Kalau ye pun, sebab berpeluh. Hahahahahaha. Dalam mimpi tu there is my brother, me and one girl yang aku tak dapat cam. Yang aku ingat cuma rambut dia hitam. Okay, in this dream. My brother jump a 1km fall and I was supposed to follow him. But in those dream I didn't. And that girl I said before punyelah nasihatkan aku to jump and jump and jump. 


So there I was, back in reality yang tersergam indah. Being remembered those dream, I was shocked. I rarely remember what my dream was. So, I take it to the reality. Today, I made a huge fall. A jump that I won't forget. Still, I jump but what I didn't expect is the hard rock at the bottom. But, is it a crash and burn? Ingat lagi bila aku kate, tak salah bila bertanye? haaaaa. this was what I talked about. Rupanya aku tak semestinye hit rock bottom pun. Boleh elak ape. But tak nafikan it hurts. Cuma hurts just make me strong.

p.s:

And so, I follow his rule. As long as there is nothing between, still okay. Now that I know, I can do the burning session. And live happily ever after. C'est La vie!

Sunday, December 18, 2011

Aduan Sang Pujangga Kelam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Current song: Lena Diulit Intan - Wings [ingat aku tak reti layan lagu melayu ke?]
Current mood: Disposable.

Minggu lepas saya banyak ponteng kelas. Terkadang rasa seronok juga ponteng kelas ni. Tapi ingat suka - suka je ke nak ponteng kelas. Mane boley! -.-' Al-kisah bermula cerita ponteng kelas bersebab aku. Truut truuut. Bunyi panggilan masuk dalam phone aku yang bersemut. Ibu memanggil nun jauh di Pontian. Potong stim nak makan. Tapi makan dengan stim ada kaitan kah. -.- Okay, back to story! Ibu cuma mengkhabarkan berita yang telah dikhabarkan bahawa my granfather masuk hospital lagi. Entah kali ini kali yang ke berapa pun aku dah lost count. Mungkin kali ke tujuh atau lapan. Aha! Antonasi suara si ibu punyelah sedih melambangkan kesedihan dan kebungkamannya. Tak usah la nak cerita panjang, semua pun tahu aku dan abg aku ulang - alik Segamat - Batu Pahat - Pontian tu macam pusing lap dalam Moto GP je. Arakian tersebut, tak datang lah aku ke kelas selama 3 hari berturut - turut. Semua pun dah bising, satu bab for every subject memang burn lah. Dari selasa malam sampai jumaat petang, barulah aku kembali ke tanah segamat. Cuma satu je yang aku masih aku fikirkan. A doctor said to my uncle about my grandfather that the chance of him to recover completely is zero. Cuma berharap saat - saat akhir tidaklah seteruk itu. Ish - ish. Hujan kat segamat yang tak henti - henti ni bagai memahami tusukan sembilu yang merodok hati kecilku. Peh, kalah awie la melankoli aku. Awie pun takut......DOW! Ame r itew. Hahahahahahahaha.

Boboi!! Ame r itew!
Tapi rasa best jugak bile lenyap je tibe - tibe aku kat kelas. Ramai jugak yang bertanye aku kemane kan? Hohohohoho. Caring jugak kat aku yang nobody ni. Memang setuju sangat lah aku dengan kate - kate kawan aku dulu. Aku tak pernah keseorangan. Akan ada sentiasa yang akan ingin tahu cuma selalunya kita alpa dan kita buta hati untuk melihat dengan lebih meluas.

p.s:

Jangan sampai aku tuntut janjimu tahun lepas. Hohohohoho. Mampus aku kene tampor terseret sampai ke hulu sarawak. 

Dan kalaulah kata - katamu itu masih boleh aku pegang. Sayangnya, ia cuma satu kata - kata yang tanpa hitam putihnya. Kalau dalam Legal and Ethics, as a plaintiff he or she may not induced or take any action against the dependent because there is no contractual relationship. Peace yo!

Btw, kejap lagi modul Part 6. Rasa macam semalam aku jalani BTN kat sini yang tertido entah ape diceramahnye pasal politik kat depan beberapa tahun lepas.

Hahahahaha. Okay, tak funny pun.

Monday, December 12, 2011

Program Satu Daerah Satu Industri.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sabtu lepas, aku pergi Melaka. Kalini bukan untuk bersuka - ria. Oh tidak. Kali ni niat nak buat assignment. Jadi, kami pergi ke MITC sebab kat sane ada expo Satu Daerah Satu Industri. 


So kitorang berada kat sini adalah dalam 2 hampir 3 jam. Kat sini ada pameran setiap industri yang ada dalam setiap daerah. Pameran ni setahun sekali je kalau tak silap aku. Kene pulak, dalam subjek ENT aku nanti ada assignment suruh buat some bisnes yang boleh dikomersialkan. Jadi disini lah kami ingat nak timba ilmu dan sedikit pengetahuan supaya dapat raw idea tentang ape yang kitorang nak buat. 

Ni antara gambar menarik yang kitorang ambil. Ular besar tu.
Dalam pukul 4 tu, kitorang pun gerak dari MITC tu carik tempat mane nak makan pun sampai satu jam. Pusing - pusing dengan jammed kat Bandar Melaka tu lagi. Dekat pukul 5 setengah jugak kitorang kat Subaidah kat Dataran Pahlawan. Lame betul sangkut kat atas jalan raya. Lepak kejap kat situ, sampai 6 setengah petang baru dapat cadangan nak tengok wayang. So, kitorang pun tengok wayang dan lepak - lepak sampai pukul 11 malam. Yang bestnye, dalam pukul 7.30 sebelum wayang start mak aku call cakap ada gerhana bulan. Reaksi aku, "Oh, okay." Sebab aku takde lah rasa gerhana bulan ni sesuatu benda yang best walaupun ia berlaku setahun sekali biasanya kecuali tahun ni. Tapi, mungkin rezeki aku dan kawan - kawan ni kan. Kitorang keluar awal dari panggung wayang sebab cerita yang kitorang tengok sangat bullshit. So, kitorang lepak kat padang tepi DP tu sambil baring - baring. Baru aku perasan bahawa gerhana bulan itu sangat menarik. Subhanallah.


Kemudian macam biasa lepak dekat pantai klebang sambil hisap shisha. Lagi. Pastu perjalanan balik tu ada ngeri sikit. Sebab kali pertama aku lalu Lebuhraya AMJ. Ada eksiden sampai kereta terbalik. Pastu lalu kat Sg. Mati. Disitulah aku nampak pelik - pelik. Ok, sampai sini je cerita aku kali ni. 

p.s:

There is advantage and disadvantage being in both of the world. As I said, I prefer mine right now.


Saturday, December 10, 2011

Turun Jawatan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari ni nak update. Tapi nak buat pendek - pendek je. Nak ingatkan diri sendiri yang hari ni adalah hari rakan - rakan seperjuangan aku di jawatankuasa DIBA telah menjadi mantan. Maknanya mereka semua bukan lagi mempunyai jawatan dalam organisasi tersebut. Ada yang sedih tak kurang juga yang lega. Pada aku, they have done one hell of a job. Walaupun aku bukan sebahagian dari organisasi tersebut, aku turut berkongsi masalah dan kegembiraan mereka sepanjang mereka berada dalam organisasi tersebut. Nice run my friends.


p.s:

Today I learn something beautiful. Life. My life. No matter how hard it is, how damn it is, how fucked up or mess it is. One thing for sure, it's a damn beauty. Oh, and....


Shooo....shooo.... Hahahahahahaha. =D

Wednesday, December 7, 2011

Curiosity kills.


Nak juga cerita ombak rindu kat sini. Almaklumlah. Semua orang berpusu - pusu cerita pasal cerita ni walhal aku dah baca cerita die kurun ke 14 lagi time Parameswara buka kota Melaka. Sejak dari 2 minggu lepas, populasi Segamt ni menurun sebanyak 70% ketika hari minggu kerana semua pergi tengok cerita ni. Semua sebab Segamat tak ada panggung wayang. Tengok nanti, terciptanya LFS kat segamat ni, tergamam semua. Hahahahahahahaha. Aku pergi time ahad lepas tengok midnight punye wayang. Terserempak pulak dengan Aniq si Naga Dunhill. Tengok lah sekali dengan die. Feeling beb die tengok cerita ni. Hahahaha. Fokus gile. Aku tak ada la sedu sedan tangisan. Lelaki macam aku mana ada air mata. Hingus je keluar. Ewww. Geli aku. Melaka tempat aku jejakkan kaki untuk tengok cerita Ombak Rindu ni. Tapi aku tak nak komen pasal cerita ni, sebab tentulah aku lebihkan buku die berbanding cerita sebab cerita die terhad 2 jam. So, tak every scene masuk. Aku nak coretkan yang aku pegi Melaka. Lagi untuk keberapa kali aku pun dah lost count. Mungkin ke 26 kali.

Arakian nak dijadikan cerita, pergi lah kami berlapan, 2 kereta. Campur dengan Naga Dunhill tu jadinya 11 orang. ingatkan nak lobi wayang tu jadi kitorang punye. Tapi kalau dah die bukak 3 wayang seamata - mata siarkan cerita tu, tak dapatlah. Telah habis sudah cerita itu, pergilah aku jejakkan kaki ke Pantai Klebang untuk men-shisha. Lagi. Dan disini lah cerita menarik keluar. Sebab yang perginya berempat. Bila tak ramai, banyak lah cerita yang keluar. Banyak lah yang aku tahu. Baru lah aku dapat isi some loop hole dalam cerita  mereka - mereka ini. Lebih - lebih lagi tentang beberapa subjek aku. I can't be two place at once, hear and know everything. Nak cari informasi senang je kat sini, tak perlu tanya, cuma pasang telinga. Tapi cerita disana habis disana lah kan. Sebab adat orang melayu sejati, biar pecah perut jangan pecah mulut. Solidarity itu penting. From what I think going to be a bullshit night turns out to be one of hell thing. Good things comes for those who waits eh? Terbaik.


p.s: 

When you know something you shouldn't. It cost you. Greatly. So if you can't pay the price, don't search everything. The life and the path that I chose is hard. I already pay the price with my life. Remember they say, curiosity kills the cat? It kills. Literally.

Sunday, December 4, 2011

Will You Hate Me?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Lagu ni Hlovate punye pengaruh. Sesiapa yang dah baca 5 Tahun 5 Bulan tu akan terserempak dengan lagu ni. Dan antara sebab aku pos lagu ni kat sini sebab ada bait - bait liriknya yang menyentuh jiwa. Which is:

What if you knew about all that I do?
The things that I think,
The me that is true.

Would you call me a hypocrite?
Called me a liar?
Would you cursed out my name?
Would you damn me to fire?

Would you know what to say?
Or would you just walk away?

Dan lagu ni sedikit sebanyak memberi kesan yang dalam. Oh well. Ok, tak nak cerita lebih - lebih dan panjang - panjang takut lari tajuk dari apa yang sepatutnya. Sebenarnya aku nak cerita macamne aku sambut hari jadi aku yang bertarikh 2 December ni. First off, aku bangun pagi sebab ada kelas pukul 8. Habis kelas, pergi makan tengah hari. Balik tu aku tido sampai pukul 6 petang. Kemudian jogging around taman sampai pukul 7. Makan malam, main futsal. Habis. Hahahahahahaha. Imba. Pastu tak boleh tido walaupun badan penat sampai 9 pagi esok. Nasib baik aku tak ada kelas isnin ni. Tarikh itu untuk tahun ini telah pun berlalu. So long. Meet me again next year. Insya-Allah.


Btw, baru - baru ni aku menyaksikan seorang manusia yang dicabut nyawanya dengan cara yang dasyat. Dia kene langgar dengan kereta api. Kejadian berlaku lebih kurang jam 9 pagi. Bila aku balik dari sarapan time aku tak boleh tido tu. Dasyatnye sebab tak pernah aku tengok accident sampai pecah kepala, otak terburai dan lain - lain. Nasib baik aku tak nampak muke die, kalau tak boleh masuk mimpi. Dan time - time tu lah otak aku berputar ligat ingat semula jalan pulang ke jalan Allah. Subhanallah. Rapuh betul nyawa kita sebagai manusia. Bila - bila je boleh 'jalan'. 

p.s:

And now officially, lagu Kotak Hati - Hujan stuck dalam otak aku sekarang ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...