Tuesday, March 26, 2013

Pesta Layang Layang.

I'm sleepy. So lets make this as fast as I can.

First time aku pergi pesta layang layang ni sebenarnya. Memang tak ada niat pun nak pergi sebab rasa macam tak ada benda je nak buat selain tengok layang layang. Kalau dah nama pun pesta layang layang kan. Tapi, disebabkan aku memang nak pergi Danga City Mall tengok lappy dan survey mana yang nak dibeli haritu, alang alang dah rider ke JB terus ke Pasir Gudang pun cantik jugak. Sempat singgah UTM bilik si bobo tu sekali.

Keselamatan itu penting di DCM.

Tak rambang mata pulak.
Jakun, terjumpa smoking area.
 Nak gerak PG, isi minyak lagi.

Sampai kat destinasi.

Usyar mamat yang jadi jaga tu.

Ramai gila manusia.

Konon konon menikmati pemandangan.

Rider rider kita.

Nampak tak penuhnya manusia.

EH kau! Buat apa kat sini? 

Pelik pelik kitorang buat.

Excited ha diorang.
Terserempak lagi time nak balik.

Jumpa si barua ni kejap kat Hutan Bandar.
Best jadik rider ni pergi berjalan 3 motor. Bila semua sekepala gila gila apa pun jadik sebenarnya, tak ada plan plan pun. Start enjin moto gerak lah kemana saja Yamaha SS aku bawak aku. #EH. 

Fun time.

First Month ISB Part 4

Hah. Dah sebulan aku jadi student ISB Part 4. Rumah sewa pun dah tambah lagi seorang. Mudah sikit nak bayar bil. 

Kelas semester ni memang agak pening. Mesti ada kelas awal pagi dan kelas paling petang. Jarak kat tengah tengah buat aku ulang alik UiTM 2 kali setiap hari. Pening kepala bila perbelanjaan minyak moto jadi dua kali ganda. Kemudian, sementara masih ada masa ni kitorang sentiasa main badminton twice a week. Penat jangan cerita lah. Tapi worth it sebab bila penat, tido sedap, bangun pagi dengan sihat dan ceria. Wah macam iklan pula.

First day of class.

Dalam LT 1

Tengok bola dekat Natasya.

Cendol petang petang.

The whole class is here.

Dengan sharul punye ladies. #EH
Basically, our class stays the same. Budak budak nya tu jugak. Nak lari mana pun tak dapat. Subjek setakat ni masih tak dapat configure mana yang aku boleh pegi jauh mane yang boleh pegi laut. Hahahaha.

Btw, hari itu ada AGM IBSA. Disebabkan penasihatnya lecturer sendiri, kena paksa datang. Dalam keterpaksaan tersebut sesuatu yang telah berlaku.


Budak budak ni basically yang sokong dan sebut nama aku dalam pencalonan menjadi YDP. Gila kau. Maki hamun aku dalam hati. Hahahaha. Nasib baik tak jadi betul betul. Gila apa aku jadi YDP. Si Imran tu boleh la jadi YDP ISBA kat S.Alam. Berkaliber mamat tu. Aku apa ada. Terjal sampai tak sudah. Mula mula tu dah bersyukur dah tak jadi YDP dan terlepas dari semua kegiatan tu. Rupe rupenya aku terkena jugak. Jadi Exco Multimedia IBSA. Waduh, gawat ni kok. Ha kau jawa aku dah keluar. 

Tapi, bila difikirkan semula, bukannya apa sangat pun. Asal dia tak ganggu aku punye pelajaran dah lah. Anyway, dalam first meeting tu dah tetapkan skop tugas semua serta event yang nak dibuat sepanjang semester ni. Sekarang semua tinggal YDP lah nak gerakkan macamne ahli jawatankuasa. Aku follow je. Tak ada masalah lah. =D

Next kita cerita pasal harijadi kawan kelas yang dibuat disalah sebuah rumah classmate perempuan kami.

Sedap betol landing depan umah.

Birthday girl dah sampai.
Ni dah nak balik dah sebenarnya.

Teruk ha diorang ni. Ish.

Anak Ahmad, sori. Hahahaha.

Besar hadiah dia dapat.
Pada aku, gambar ni paling happening.
Budak rumah yang join sekali.
Rumah budak perempuan ni banyak kali jugak buat makan makan. Kata Amira classmate aku dia memang suka buat macamtu.

Ni diorang masak jugak. Rumah yang sama.
Last story aku nak cerita adalah lappy classmate aku yang aku dah kekah dengan kebenaran dia. Hahahaha.

Santai gila bukak lappy.

Pecah tiga lappy dia.

Motherboard dia yang nak ditanggalkan.

Dengan pemilik lappy. Buat muka pulak dia.
Hah! Habis dah satu bulan yang sekejap. Walau ada banyak backstory yang tak tercerita, tak apalah biar yang lain jadi kenangan silam lampau. 

Jarvis Deployed

Wah. Dah lama aku tak cerita apa apa kat tempat ni. 

Pada hujung bulan lepas aku beli lappy. Lenovo G480. Nak tunjuk lappy macam mane, tak amek gambar pulak. Tapi ada gambar interface yang begitu bertungkus lumus sekali aku buat.

This one yang paling latest.

This one yang mula mula sekali aku bikin.
Ini dipanggil Cleaning dekstop. Dekat dekstop itu tidak ada apa apa icon / shortcut or whatsoever. Semalaman aku buat benda alah ni je. Noted, dalam sebulan tu aku tak usik apa pun. Lepas sebulan baru aku sambung buat sebab rumah sewa dah ada Streamyx. Laju pulak tu. Hahahahaha.

So, itu je yang aku nak cerita pasal lappy baru. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...