Sunday, January 30, 2011

Trouble that can't be named.

Hujan. Tak berhenti walaupun seminggu sudah berlalu. Harap - harap ia tidak menjadikan keadaan lebih teruk. Atuk aku sudah la tidak sihat. Asyik pitam je memanjang. Ni kalau banjir aku xtahu lah ape jadi. Aku doa supaya kejadian beberapa tahun lepas tidak berulang.

Ni waktu Johor kene banjir besar tu. 2006 kot?
Aku sekarang ni ada sebab lain kenape aku gelisah. namun, disebab ianya tidak begitu penting aku hiraukan aje.

Btw, already too much people know this blog. For those who knows, Warm warning for these people. Kat sini aku memang telus. Hanya disini. Jadi, kentalkan hati dan tabahkan jiwa. Segala kesakitan hati mahupun fizikal tidak ditanggung oleh aku. Word from the wise : Some truth are not meant to be known. So, Don't dig too deep or you might get buried.

p.s : I started to missin' you. Damn. I dreamt something that makes you mine.

But I can only dreamt about it.

Saturday, January 29, 2011

Balik sambut raya cina?

Current song : Dalam Gerimis - Visa [boley plak kuar lagu lame...]
Current mood : Sejuk! Ni pontian ke londonian?

Yup. I don't give a damn to most of what people are saying about me. 

Just because I don't care, doesn't mean I don't understand.
Ok, apakah tujuan aku mempost kan ini :

"Anyway, nak bagitau jugak. Aku PEDULIK APE orang nak kate ape pasal aku. Yang penting Salehin Rahim dan Muhammad Nur Imran dan keluarga aku tidak berkate begitu. Mereka orang yang selalu membetulkan aku dan tidak JUDGE aku. huh!! Hamek kau."

That post, in my facebook. Saying that I don't care excluding Cik Shida kita yang banyak membantu aku dalam perjuangan 20 tahun kehidupan aku. Dan beberapa juga ahli - ahli tempatan yang aku rahsiakan namanya kerana kalau aku tidak tersebut ada pula yang terasa hati. Cik shida kita ni aku lupa lak nak include kan. Lagipun Cik Shida ni spesel sket. Xmain la pos kat FB, name die khas dalam blog aku lah. Mak ai. Bangge lak ko camni. Alah. Name ko da terperap kat blog aku da berzaman dah ek?

Alamak. Bila aku bace balik, aku terfikir. Mesti ada terasa hati dengan pos aku ni. Ceit. Adus. Susah kalau ada yang nak negative dengan aku ni. Aku tujukan pos ini untuk mereka yang mengutuk aku sewenang - wenang nya tanpa nak pikir kenape dan xnak tanye. Tau main sebat je. Tak apelah. Kalau korang x judge aku, jangan la terasa okay. Chill. Kalau xde wat salah, usah gentar. Redah je. Okay? Yang xsebut name tu jangan terasa hati pulak. Korang still ada dalam ingatan aku....=)

Next :

Hari ini aku sampai rumah tepat jam 2230. Aku bertolak dari Universiti Segamat pula Jam 1030. Fuh. 12 jam berjalan. Memang around the clock lah aku punye perjalanan. Superb and fantastico. Mula la sudah cuti seminggu, Cuti Pertengahan Semester. Selamat bercuti Semua!!

Kita kan satu malaysia. Hahaha...=)
Okay. Selepas beberapa ceramah ilmiah free yang aku dapat beberapa kali ini, aku dapat conclusion begini :

"Aku tidak akan menjumpai cinta aku, jika aku tidak menemui siapa diri aku sendiri."

Sebab aku terasa seperti aku hilang diri sendiri. My old self have been missing since when ek? Sifat - sifat mahmudah aku hilang entah kemana. Sifat - sifat mazmumah memang nauzubillah. Aku ingin kembalikan sifat - sifat mahmudah aku. Doakan aku berjaya!!

Ni berkat kejadian2 terbaru, ceramah free dari cik L dan akhir sekali dikonklusi sendiri dengan Mr.Malin kita. Btol jugak kate mereka. Tamparan hebat di ego aku masih berdesing seperti ombak yang melanda daerah Mersing. Mak ai. Perumpamaan apekah ini? Btw, tamparan itu sedikit sebanyak menyedarkan siapa aku di bumi fana ini. Aku hanya serangga di taman belantara. huhahehui~

Ish. Xnak cakap lebih2, nantu jinx plak. susah. heeeee=)

p.s : Damn it. It's easier said than done. I'm still looking the silver sky in those billion sq. feet above me.

Hamek kau punye silver lining.
Tapi bukan silver lining yang aku cari sekarang..=)

Thursday, January 27, 2011

My conclusion.

Ok. That conclude everything. I'm walking away. 
Cause I'm Awesome.
Awwww...snap!! Can I really do that?

Aku ditampar lagi.

Current mood : Boogey!!
Current song : Magic - B.O.B

Ouch. That must be hurt.
Oh tidak. Bukan ditampar secara fizikal. Aku ditampar secara mental dan emosional. Ego aku ditampar bagai Barney Stinson ditampar Marshall. Namun, aku xmarah. Malah aku bersyukur. What she said is true. I heard it twice in my life already. I'm a sucker when in comes in love. Many things I've done because of girls. Yup. I realize that. Getting all emotional because of girls. Getting all worked up because of girls. Girls. Girls. Girls. Now, that is pathetic. Girls should change because of boys. Not the other way around. I've been around many kind of girls that I fall in love with. They're all different kind, different way. Makes me learn something. No more Mr. Nice Guy. I always end up being used. No more hopeless romantic that makes me looks like a complete idiot.

Okay.

That's crap.

And bullshit.

I know I wont change. Coz this is who I am. And this is what I'll be in the future. I'm a good guy. But it seems that the universe keeps pulling its string to me. Testing me whether I'm strong enough. How many times more that I should prove that I'm strong? Grr. What I'll change will be set by fate.

p.s : Seeing you with other guy does hurt that much. And you still look beautiful. How much I look at you, it seems that I never satisfied with one glance. I still want to have another glance. Sorry L. bout this girl. I still don't want to walk away. It's not enough to just hurt me like this. I'll walk away if they hurt me much2 more.

p.p.s : It have been raining 3 days. I didn't realize that I like it rain this much. How much time has pass since we three in that rain that evening. When it poured on my head, the memory filled my head like a lightning strike. How much we have change. How much we have learned. How much we have come until this day. It's truly amazing. And although it raining, my chest didn't hurt that much now that I become a smoker again.

Although it's raining. There always be a sunny day. Mine will come although its a bit late.

Wednesday, January 26, 2011

Road taken.

Current song : Rocketeer - Far East Movement feat Ryan Tedder
Cuurent mood : Sudah neutral. 

You are. Although I can only see from afar.
Years pass by. I never bored to see your smile.
I've already take this road. No turning back. I'll be ready for what's ahead of me.

p/s : You are impossible. And the third party make it far beyond impossible. Chill out. Because I am awesome.

Monday, January 24, 2011

Akhirnya cuti Thaipusam 5 hari.

Current song : Mendengar dengkuran member.
Current mood : OMG [oh! memang gerek!]

Ye. Tajuk diatas menunjukkan sudah habis cuti. bermula kembali kelas. Mungkinkah aku memang menunggu kelas? Oh. Mungkin. Tapi kelas hanya tinggal seminggu saje lagi. minggu depan sudah cuti lagi. Cuti raye cina pula. memang aku duduk rumah 10 hari. 

Highlight cuti ini :

- jumpe member lame. Cik L. Seseorang yang konon - konon gangster, tapi sebenarnya seorang yang sweet.
- pergi overnight bersama junioooooooor!! DoTA 9 game. Dan kalah 5 - 4. 
- Pergi Sagil dengan juniooooooooor!! 
- Aku confess secara xlangsung / kias. nampaknya bukan jawapan yang dimahukan. nt aku cerita.
- Berita hangat budak kelas yang mungkin ada pasangan?

Tibe2 aku rase ramai member aku yang ada blog. starts from bobo, then shawn, lazim, rifhanisa, aqasha pun ada? Budak - budak sekarang memang maju kan? asal aku rase ketinggalan zaman? ouh. tidak. 

Mari kita cerita pasal cik L. cik L ni da lame tau tentang kewujudan blog ini. mungkin sejak tahun lepas? Namun, yang kelakarnya. dia lupa nombor 069. hohohoho. So it seems aku kekurangan follower / stalker sorang. huhahehui. cik L ni serba sedikit seperti aku juga. macam aku, die emo. Suka simpan rahsia. Degil. Xnak mengalah. Orang pertama yang melempang aku. mak aih. selain ibu bapa ok. Ha! Gelak2! ye2. aku kene lempang dengan perempuan. hohohoho. pantang dicabar cik L ni. selalu cuba menegakkan kebenaran. Melawan. hohoho. Tapi, semua ini bukan keburukan die ok? pada aku, semua ini kelebihan die dimana tidak semua perempuan mempunyai sifat2 unik ini. Oleh itu die juga boleh dikatakan independence. Tapi kadang2 dependance jugak. hohoho. dah3. xmo cite lebih2 pasal cik L ini. Lain pulak jadinya nanti. Tapi, yang aku cuba sampaikan adalah : Aku seronok berkawan, melawan, melayan, berborak dan bertengkar dengan kau. Peace ye? Aku sayang kau juga. hohoho. sayang member lah.

Dan dia juga minat dengan Detective Conan!!

Ok, mari kite cerita pasal aku direject. Ye. Aku main kias2 lagi. Tapi nampaknya bukan jawapan yang aku harapkan telah diberikan. nasib baik aku kias2. masih boleh cover baek punye! kalau aku all out, mesti benda jadi akward. hohoho. tak akward xpelah. semua berlaku masa minda logic aku hampir tidak berfungsi. dan aku hanya berfikir ikut hati. maka, berkias2. Dia berkata yang mungkin soalan yang aku tujukan itu tersalah orang. hahahahaha. mungkin benar? mugkin tidak? kalau ditanya apa aku rase. peliknya aku xrase apa - apa pun, sebab aku xde lah mengharap sangat. berkesan juga kata - kata kawan aku yang menasihatkan supaya tidak terlalu mengharap. Tapi, mungkin dia anggap aku main - main. itu lebih elok. Jadi, kita tunggu dan lihat sajalah...=)

Teeeeet!! Reject. Sekarang boleh jual perasaan aku kat Reject Shop...=)

Ok, habis cerita pasal aku. Mari bercerita pasal ilmu.

Otak kita ada kanan, ada kiri kan? Anda yang mana satu? Kiri atau kanan? Atau average dalam kedua - duanya sekali? Mari kita lihat gambar ini :

Click kalau xnampak...=)

Kalau aku lah.
1.   More to feeling [right]
2.   Detail oriented [left]
3.   Facts rule [left]
4.   Words and language [left]
5.   More to future [right]
6.   Math lah! [left]
7.   more to comprehend [left]
8.   More to believes [right]
9.   More appreciates [right]
10. Pattern perception [left]
11. More to function [right]
12. Reality [left]
13. Present possibilities [right]
14. More to risk taking [right]

opps. 7 vs 7 lah. so, aku average dalam kedua - dua penggunaan bahagian otak. hohoho. Saya memang seorang lelaki yang average dalam segalanya. Like it that way....=)

Now, test for you :

Aku boleh buat dalam 10 saat menyebut colour dengan btol.
Ok. itu sahaja kali ini. Esok - esok jumpe lagi. Esok kelas!! damn!
Ciao~
Salam sejahtera keatas kamu semua.

Saturday, January 22, 2011

Deduction about love.

The greatest fictional detective character by Sir Arthur Conan Doyle.

"Love is an emotional thing. I will say nothing to praise it. It is antagonistic to clear reasoning."
- Sherlock Holmes 

Plaintiff : Love is zero. Just like tennis. No matter how much you add to zero, you'll only lose out to misery.
Defendant : Zero is where everything starts. Nothing would ever be born if we didn't depart from there. Nothing would ever be achieve.

Conclusion : I will have to start from zero again. And I think it sucked but a good thing indeed. I will have to fall again. Crash and burned again. To achieve what I have to achieve.

- The heart of women whom one likes. No one can accurately deduce it. -

Friday, January 21, 2011

You chase. You'll get slap.

Current song : One In A Million - Ne Yo
Current mood : Fucked up.

I hope there is still hope left in this fucked up bridge.
Aku ni baran. Tapi sebab aku sayang, aku tak lepaskan baran aku. Laptop. Yang begitu memeningkan kepala. Dulu ikutkan baran aku. Pecah sudah skrin ni. Nasib je aku sayang. Maka aku pun senyapkan aje. Tengokkan aje. Relakan aje. Semua kerana sayang. Malah. Janji pada makcik itu masih tertunai. Dimana 'Aku tidak akan mencederakan diri aku lagi jika aku marah'. Ceit. Aku masih tunaikan janji. Entah - entah dia pun da lupe. Manusia macam aku memang akan cuba sedaya upaya menunaikan janji yang diingati. Tapi ini laptop, banyak langsi wo. Ish.

Oh. kau tiada disini. macamne aku nak carik reason supaya aku dapat mesej kau. Oh. Kau pun xexpect mesej dari aku pun. Kau cuma mesej dia. Kau xperasan aku kan. hehehehehehe...=) Aku tengok ko dari jauh pun da cukup lah. *sigh* Macam pathetic je bunyik nye? A'ah. memang pathetic. Kalau Im ngan malin bace blog aku. Habis aku kene bahan. Dulu aku selalu suruh jump je. Xpayah pikir banyak. tapi aku sendiri xjump2 kalini. kalini je la. selalunye aku jump je. Ntah kenapa kalini aku rasa lautan itu sangat dalam.

Tahun ni aku dua puluh ye? This fucked up life starts since aku umur lima belas tahun. so, ini tahun kelima lah? kita tengok sape menang ye cik universe? Aku atau kau. Kau menang kalau aku mengalah. Aku menang kalau aku survive. Dear universe, there words for you : BRING IT ON!! Heeeee=) Aku memang kental. 

p/s : Aku sudah dewasa. Aku tidak akan lagi menulis sesuatu yang akan menyakitkan pihak sebelah sana. What I'm trying to say is : I've move on. You don't believe me? It's up to you. And yes. This message is for you.

2nd postscript :  hoping is bullshit. Coz it makes me thinks something that I should not.

Don't chase something that you couldn't possibly get, or the Universe will slap you. - Barney

Thursday, January 20, 2011

Kau kemahuanku.

Currennt song : Love Like Woe - The Ready Set
Current mood : Sagil ni jadi ke x?

Aku ingin kau tahu. Kau kemahuanku.

ha. Amek kau. Gambar kucing menunggu. Sian kan die menunggu?
p/s  : mak ai. xtido lagi. esok taula cuti. kate nak g sagil. ntah jadi ke x. Tak rancang ape jadah haram lagi. Haraaaaaaaam. Adess. Tutup mata ajelah...=)

Wednesday, January 19, 2011

Ape yang aku nafikan.

Current song : Senyum - Malique ft Najwa
Current mood : Rase xbest sebab xdapat info yang ada depan mate.

Mari kita mulakan dengan tajuk. Aku bijak. Aku tahu. Alhamdulillah. Anugerah Allah. Aku suka mencari sesuatu yang baru. Aku seorang yang cari thrill. Aku suka memikir. Aku suka mencari sesuatu informasi baru yang aku tau. Aku mahu tahu. Kalau boleh tentang semua yang berlaku disekeliling aku. Semua ini aku tidak nafikan. Aku tau ianya antara kelebihan dan juga keburukan aku. Namun, apa yang aku nafikan adalah jika orang mengatakan aku taksub. Dengan ilmu. Dengan pengetahuan. Ye. Kadang - kadang aku suka memaksa jika mahu tahu. Namun hanya dengan orang yang rapat sahaja. Aku bukan tidak reti jaga hati orang. Aku juga tahu bila aku patut undur diri. Senyap. Dan kadang - kala senyap itu lebih indah. Tersenyum dalam hati melihat orang lain yang masih bertekak mengenai sesuatu yang bukan dalam lingkungan pengetahuannya. Sedangkan Allah yang maha mengetahui itu sendiri melarang hambaNya untuk memikirkan sesuatu yang diluar lingkungan pemikiran hambaNya. See. And that's is why aku tarik die dari pertengkaran yang pada aku boleh tahan sia - sia.
Ni Abraham Lincon cakap kat aku tau...=)
Kemudian. Ini mengejutkan aku. Member telah tag aku digambar ini:

Sumpah old school!!
Dalam gambar ni aku masih ingat sorang2. Amir Hafiz, Amir Najhan ( Brock Lesner), Capan, Putra ( Raja Beyblade), Aku (pakai topi), adik acap, wawan (one of my best friend), adib (sekarang kat mane ntah), adik qasha, Aqasha, acab, syafiq mazny (sekarang kat mesir), and hilmi karim (bestfriend mase kat SKBP). Diorang sume da banyak berubah. Aku juga berubah. Ada yang masih contact, ada yang suam - suam, ada yang terus hilang. Tapi waktu inilah aku kenal erti belajar, erti kene denda, erti ponteng kelas, digimon, tipu ayah nak men digimon, sorok dalam almari. ish. kalau aku mau cite satu2 xhabis tempat blog ni. susah. hahaha..=) gud times. very gud times. 

i think that's all I want to say. coz esok ada kelas. tadi da wat awal da. ada nak jumpe budak2 part 1 lak. tengok lakonan titanic. kah3 

p/s : 

alamak. menyesal pun ada. terlepas sebuah panggilan yang aku anggap penting. xpelah. benda nak jadi.

dan kau. aku xpuas hati. kau kate aku sombong. xmesej ko. xtegur ko. jadah2 lagi. wait. kau online sikit pun xtegur aku. Don't think too high of yourself girl. Not all can stay beside you as long as I did. FYI, I'm this near to give up with your attitude. well, I still stay. But I already revoke something that u didnt realize until now.

dan anda pula. ish. kau memang unik. mystery at the same time. that makes me want to know you more. but i won't. Coz I know, all I can have is Crash & Burn. Or.....

dah3. tido! mase da time. esok kul 8 kat LT. xley kalau xtido kat sane. wajib terlelap. Bcom lak. Damn. Pastu BO lak. senget kepala aku. xpe. aku awesome. Salam sejahtera keatas semua pembaca.

Perkenalkan. James Franco. a.k.a Harry Osborn in Spiderman Trilogy. Letih sangat mamat ni.

Tuesday, January 18, 2011

Science Vs Romance

Current song : Tentang Seseorang - Anda
Current mood : alamak, lagu ni menyentuh perasaan lah.

Mari kita jangan cerita pasal lagu ini. nanti saya emosi. susah. sebab esok ada LAW. nak kene bentang kes. penat aku terangkan kat budak2 pasal offer, acceptance, ITT sume. harap korang faham dan jangan marah2 kat saya. 

Hari ni saya dapat tau blog kawan saya. Bobo. nak tau ke? tekan sini kalau nak tau. hohoho. die x bgtau sape2 lagi. tapi die nak sorokkan dari seorang budak IT macam saya. sori lah. xdapat. hohohoho. Sori bobo. 

Semalam. makcik ini bermain dengan kata2. bergurau agaknya. saya ajak die makan. die da ada date dengan abang YDP. itu saya xkesah. yang saya kesah adalah bile saya kate "esok2 ada lagi kan?" die kate, "mane la tau hari ni hari last untuk aku." mak ai. memang kuang hajaq. aku xsuke betol orang yang main2 dalam benda serius macam ni. dah la arwah dudek punye berita masih terngiang2 di minda aku. ni lagi dia mahu main2 dengan kate. pantang aku. rase cam nak sepak je. aku suruh die tarik balik. eih. bukan main ego betol die ni. tau x. malam tu aku mimpi ada orang meninggal depan aku. terus aku terbangun mengenangkan akak kepada nenek aku yang meninggal depan aku. uish. makin angin aku dengan dia ni. hari ni baru die mintak maap kat aku. haaaa. tau pun. puas aku wat muke ketat. xbertegur terus dengan dia.

Hujah ini menyokong bahawa 'perempuan lebih complicated berbanding lelaki' yang baru dihujahkan di LT beberapa jam lepas. say what you want. rata - rata aku menyetujui kenyataan itu. ok, aku exception. wan sokong. hohoho.

kemudian aku ingin mengistiharkan bahawa aku akan menggunakan 'the awesomeness' itu dalam blog ini. penat aku edit. disaksikan abg aku. kemudian, linkwithin juga. alah. yang ada kat bawah setiap pos tu. tapi disebabkan pos2 dulu aku langsung xletak gambar. ianya jadi xmenarik. aah. xpelah. hihihihi. 

kemudian, betol x bile aku kate perasaan boleh dikawal dengan science and calculation? msti pelik kan? ok, hujah aku yang pertama. bile kite sakit hati, atau sedih, atau tertekan, kalau kite kate kat diri kita yang kite nak gembira, otak kite akan mengeluarkan cecair hormon yang akan membuatkan kita gembira semula. In addition, kate2 barney menyatakan :

There must be a science explanation in everything. but, fuck logic! hahahahaha=)
So, btol x jika kita boleh kawal perasaan melalui chemical? same thing bile kite hidu laughing gas, kite akan tertawa secara terpaksa. aku tau sebab aku dah buat. nak tau ape yang ada dalam laughing gas? dalam tu ada nitrous oxide yang boleh trigger hormon yang buat kite ketawa. nak tau lebih lanjut mengenai nitrous oxide? klik sini. atau boleh google sendiri. heeeeeeee=) selamat mencari pengetahuan baru.

Actually, this is a cover for single 'Science Vs Romance' by Rilo Kiley...=)

Saturday, January 15, 2011

Men are liars. Women are perfidious.

Current mood : Duduk diam depan laptop.
Current song : Warkah - Bau

Aku copy dari member punye blog disini.

We always hear "the rules " from the female side...now, u'll see about themself about their side..

1. Men are NOT mind readers. Seriously. [Yang ni aku stuju]

2. Learn to work the toilet seat.

3. Sunday sports. It's like the full moon or the changing of the tides.

4. Shopping is NOT a sport. Facts.

5. Crying is blackmail. [Yang ini juga aku setuju.]

6. Ask for what you want. Let us be clear on this one. Subtle hints do not work! Strong hints tak jugak berjalan! Obvious hints do not work! Just say it!

7. Yes and No are perfectly Acceptable answers to almost every question. Cakap terus terang senang. [hahahahahaha...=)]

8. Come to us with a problem only If you want help solving it. That's what we do. [ni aku kureng setuju.]

9. A headache that lasts for 17 months is a problem See a doctor. Facts.

10. Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument. (da tidak boleh diterima da)
In fact, all comments become null and void after 7 Days. Feel the same thing guys?

11. If you won't dress like the Victoria's Secret girls, don't Expect us to act like soap opera guys.

12. If you think you're fat, you probably are. [aku tekankan kat 'probably' ok?]
Don't ask us.

13. If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes you sad or angry, we meant the other one :)

14. You can either ask us to do something Or tell us how you want it done. Not both.
If you already know best how to do it, just do it yourself. Dun ask us, girl.

15. Whenever possible, Please say whatever you have to say during commercials.

16. Christopher Columbus did NOT need directions and neither do we. Petikan..

17. ALL men see in only 16 colors, like Windows default settings.
Peach, for example, is a fruit, not! A color. Pumpkin is also a fruit. We have no idea what mauve is.

18. If it itches, it will Be scratched.
We do that. Dalam perumpaan kalau perempuan kata lelaki nie gatal, maka lelaki yg laen berkata dlm hati, pergi la garu sane. :)

19. If we ask what is wrong and you say "nothing," We will act like nothing's wrong.
We KNOW you are lying, but it is just not worth the hassle. [kalau aku pakse pun, selalunya xkan bgtau gak.]

20. If you ask a question you don't want an answer to, Expect an answer you don't want to hear.

Well, ia still terpulang pada pandangan dan ciri - ciri setiap individu...=)

Conclusion? Semuanya ada baik dan buruk.
p/s : Aku dapat rasekan tahap ke-jealous-an yang tinggi. Namun, aku sedar diri aku siapa dihatimu. Bukan seperti apa yang aku inginkan. jauh sekali. Kalau begitu, biarlah aku menarik diri sebelum keadaan menjadi lebih kacau bilau. Tanpa kau mengetahui aku datang. Tanpa kau sedari juga aku pergi. *Ka-chak* NYX juga menjadi santapan lelaki kelu seperti aku. [not proud of it.] *fuuuh...* Hembusan asap mengaburi cermin mata ini. Huhahehui~

Friday, January 14, 2011

kenapa saya berkorban?

Current mood : lemah memikirkan perasaan sendiri.
Current song : When it's Over - Sugar Ray

Pada miggu lepas aku telah pos kan sesuatu seperti ini di fb. "2500 - 500 - 452 + 200 + 500 = 334". Apekah itu sebenarnye? Tu la duit aku untuk semester ni. walauweh. hohohoho. And after balik melaka, tinggal lapan puluh sahaja sahaja. dan sekarang akan habis sebab esok aku balik pontian. Mari tanya aku mana pergi RM 1500 aku itu? Ok. Senang aje. Abang aku. *the 'oh' moment* Sebab kereta saga putih itu hendak dibetulkan. elok2 dari 2 ribu, jadi 3 ribu. Kemudian jadi 4 ribu, then 4 ribu setengah. last2 bapak aku tambah lima ratus untuk tukar hak milik. geram kat cina tu. Haram betol ketuk keluarga aku. Ceh. Ok. sape2 yang tau cerita, mungkin akan kate : "asyik ko je bagi abang kau". Ada la member aku sorang cakap camtu. Aku sengih je. Tunjukkan muke yang xbrape nak hensem aku seperti Khairul Fahmi Che Mat. Kalau nak diikutkan bisikan syaitan, memang aku selalu dahulukan dari segi kewangan. dan aku dapat sedikit kekurangan dari ape yang abang aku ada. Tapi kan. Persoalannya kenape. 

Sebab aku sayang keluarga aku. hahahaha. Cliche' kan bunyinya? pada aku x. Sebab keluarga aku telah banyak berjasa pada aku. Selain daripada segala tangunggan yang diberikan itu, satu benda yang aku cukup terharu dengan keluarga aku, lagi - lagi abang aku. Mereka boleh terima aku seadanya setelah apa yang berlaku. walau aku jahat mana. hisap rokok. degil. ngabiskan duit. nasib baik dapat DL. Pemalas. Semuanya menunjukkan bahawa aku bukanlah seorang anak yang mempunyai ciri - ciri tipikal anak mithali. Namun begitu mereka langsung xkesah. sikit itu mungkin. tapi mereka masih boleh terima aku seadanya. Setelah aku menconteng arang dimuka mereka. habis hitam muke ayah aku kene conteng. ha-ha-ha. Xpe, ayah aku hensem. walaupun die da semakin gelap sebab asyik kerja dibawah mentari yang membahang, die tetap hensem dihati aku. Chewaaaaaaaaaaah!! Konklusinya : walau apepun pengorbanan yang aku lakukan dekat keluarga aku, segala ketidakpuashatian, segala cakap2 belakang itu terhapus sendiri kerana mereka terima aku walau sejahat mana aku ini. Saya sayang keluarga saya.

Ini saje keluarga saya!!
Kemudian. mari kita ceritera sesuatu mengenai hati ini. Ok. Aku mengaku. Dalam hati ini ada kamu. Namun begitu, kamu tidak mengetahuinya. Because of that very reason, i felt a little pain [ingin aku tekankan disini, aku guna past tense, bukan present tense pada perkataan 'felt' itu. faham - faham la ye?]. In addition, tengok member yang bergayut lah, chat sana sini, handset bunyi lah. Makin terasa pulak mentalnya. Alah, xpayah nak kate aku gedik lah. kalau kau single dan dikelilingi orang yang tangkap cintan yang leleh - leleh punye, kau pun rase ape yang aku rase. Ceit. lagi - lagi bile orang yang xramai member cam aku. Haaaa! tapi aku kontrol macho lah. buat - buat xtau lah. Bermain - main dengan perasaan sendiri. Terlupa pulak perasaan aku ni ibarat api. cucuh - cucuh, terbako tangan abako. huhahehui~ Tapi kalaulah kau tahu apa perasaan ku ini. ha! da mule meletakkan harapan lah pulok? oh! no no no. jauh - jauh! tumpukan LAW 251 anda. Ni esok aku ada kelas arab xtido lagi ni. Aiseh. Da la menompang. kah3. [ini memang xikhlas punye style].

Ah. Sudahlah. Ketepikan aje perasaan yang lagha ini. buang karen aje. huhahehui~

sekarang mahu tido. esok kelas. kalau xdatang sakit jiwa. =) Mari tido dengan aku? Xmo? Ingat aku nak sangat lah? muahahahahaha! Chow~

Wednesday, January 12, 2011

Melaka 2011.

Current song : none
Current mood : hepi

Ye. Melaka. Aku kesana siang tadi. Pada tarikh yang menarik. 11/1/11. Dengan siapa? Aeby. Fatyn. Wan. Naek kereta Merc JCG8848. Satu je perkataan yang mahu aku katekan secara konklusinya. Seronok. Mengapa? Sebab ada xtiviti. Ape xtiviti nye. Mudah. Sarapan. Tengok wayang. Bowling. Dinner. Balik. Simple kan? tapi xtiviti simple bila dispend bersama orang yang rapat. Semua jadi elok dan seronok. Dan oleh itu aku megalami satu hari yang seronok.

Semasa tunggu wayang itu, aku maen panah. seronok juga. belajar sesuatu yang baru.

xde orang amek gambar aku waktu maen archery. 
Kemudian, inilah cerita yang aku tengok. 3D pulak tu. best. tapi sangat seronok. cuma duit itu terbang melayang - layang. RM tujuh belas. aku kena. hohohoi.

Tengok 3D. Sakit mata. -.-"
Maen bowling juga best. wlaupun hanya 2 game. dan tangan atyn da lenguh selepas beberapa balingan, ia masih seronok dengan gurau senda mereka semua.

Thanx semua...=)
Selepas itu. surprise aku berjaya. Hadiah hari jadi cik atyn kite pada bulan lepas aku dapatkan hari ini secara senyap2. kemudian selepas da sampai UiTM baru aku bagi. Die sendiri ingat aku nak bagi kat aeby. Hahahahahahaha. Terkezut kau. padan muke. Domo itu memang macam kau. padan muke. Sampai UiTM pada pukul 10. hohohohoho. sangat penat. tapi seronok. heeeee...=) 

-The End-

p/s : Kau xkan tahu apa aku rasa terhadapmu. kerana aku memang kuat berpura - pura. Biarlah. Lagipun aku tidak mengharapkan ape2. Tiada harapan yang tinggi aku letakkan. Jika kau tahu. Lebih bagus. mungkin. jika kau xtahu. mungkin lebih bagus. Siapalah aku.

Lastly. pada tarikh ini juga, member DBS di UiTM Segamat telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah. Semoga Arwah Muhammad Farhan Abdul Rahim ditempatkan bersama golongan- golongan ahli Syurga. Al-Fatihah.

Saturday, January 8, 2011

Bicara kosong memenuhi masa terbuang.

Current song : When It's Over - Sugar Ray
Current mood : Singing~

Azam 5 hari. Hampir 2 hari berlalu. Sangat susah sebenarnya. Tidak membeli rokok. Sepanjang 5 hari. Persoalannya kenapa? Nak jimat duit. Sebab hari selasa ini aku mengharapkan sesuatu yang boleh menceriakan permulaan tahun 2011 ini. Nak mintak member susah + segan. tak mintak aku merana. Maka akibatnya memang menghisap pelbagai jenis rokok setiap kali. Winston. Malboro. Samporna. Dunhill. Tekak jadi rasa macam xsihat. Mungkin pada orang. alah. 5 hari xbeli rokok je. bukan 5 hari xhisap rokok. tapi sebenarnya pada aku pengorbanan yang aku lakukan itu agak besar. Terpulang individu masing2 hendak cerita apa. Aku bukan kesah.

Hujung minggu ini ramai balik. Kami tidak. Jadi. Lepak bersama member disini jadi "meletiuuuuup". hahahaha. sini seronok. bagi orang single macam aku. lepak itu aktiviti utama. TS juga jadi tempatnya. padan muka part 1 xdapat sign aku. muahahahahaha. Buli tersirat yang paling best untuk dibuat. 

Aku rase selesa sekarang. sebab ape. dulu shida pernah berkata. aku xkan boleh kalau tiada tempat bergantung. dan biasanya tempat bergantung aku seorang perempuan. Xpernah dalam hidup aku xada skandal. hahahahahaha. *bangga* tapi mungkin ini akibat aku semakin menghampiri umur 20, aku rase selesa kerana aku tidak kesah tiada skandal yang dikaitkan dengan aku. Dan aku semakin menghargai member2 yang selalu hadir ketika suka duka. *ka-chak! membakar samporna. maaf cittle, kau punye aku sebat dulu* 

Ok. kini start bicara hanya aku yang mengerti. yang xmengerti, jangan wat andaian. nanti merana diri, aku xtanggung. kah3...=)

- bicaramu mengata hendak melakukan satu perkara. Namun kau tidak melakukannya. Aku masih terus menunggu. sampai satu hari aku mungkin akan mengalah dengan perasaan sendiri. Namun aku mungkin mengerti mengapa begini. Mungkin aku bukan untuk untukmu. ok, cliche' sangat bunyinya. aku tau.  tapi aku mngerti kesilapan yang aku lakukan yang membuatkan aku rasa bahawa aku tidak 'menyayangimu' secara sepatutnya. namun. ia noktah disitu.

- kamu pula membuat aku tidak tenteram. Juga gementar. Namun begitu kau amat memeningkan. Mungkin aku akan berdiam sampai ianya memakan diri. Namun kau juga wat aku gembira. Sedikit. Kau berbeza.

member aku bg ini :

69- dia ni classmate n member aku dari part1 sampai skrg.. mamat ni hebat.. otak dia mmg genius.. aku respect la dia ni.. tanye ape je pasal study, gerenti boley jwab.. fuhh.. aku nk amik otak ko boley x? hahaha.. btw, aku senang kwn ngan ko.. walaupun kadang2 ade pihak cube menimbul kn semangat kekolejan dlm class tu.. hahaha.. sapekah pihak tu? hahaha.. x kisah la.. kwn tetap kwn..

komen : hahahahaha. tiada ape yang kau ingin sampaikan. kecuali aku ni bijak kan? well, alhamdulillah kunyatakan disini dahulu. Semuanya anugerah Allah. Semuanya pinjaman belaka. bila - bila boleh ditarik semula. Dan tentang semangat kekolejan tu. hehehehehe. sori la der. tu lah yang aku rase waktu aku part 2. Pada aku. aku memikirkan tentang member. tapi diri sendiri datang dahulu sebelum member. sori. =)

p/s : aku konfius. adakah aku masih berpeluang. atau tidak. menyepi diri itu masih indah walaupun menyakitkan sedikit.

Is it my last chance? Or.....


Wednesday, January 5, 2011

I wont be so hard on myself.

Current mood : Normal
Current Song : Love Like Woe - The Ready Set

Pos ini tidak bertujuan untuk membangga diri, hanya sekadar ingat mengingati.

Ok, mari kite cerita tentang kelas. Ouh. Sangat bosan kerana masing2 hanya intro sahaja. Tiada pembelajaran yang dijalankan. Member2 sume same. ada sikit yang kelas lain. Xbanyak yang berubah. 

Ok, first time aku jejak langkah ke mesjid As-Syakirin di sini. Juga sama. Ketenangan dalam menunaikan solat itu masih dapat dirasai. Xtau lah. Mungkin sebab Air-Cond + Kipas Angin. Tapi sejuk itu xdirasai walaupun ketika berada di saf yang paling hadapan. Cubelah. Sangat seronok. Lagipun solat ni sekejap je. 5 minit da siap. banyak benda lain yang dibuat dalam seharian yang waktunya lebih 5 minit. Kan? Sekadar mengingatkan diri sendiri...=)

First meeting wing juga bosan. Ramai budak part 2 wing aku ni. part 4 pun ramai. kite tengok ape jadi nt. Kate nak wat jersi wing and so on. Benda yang sama berlaku tapi da 3 sem aku xde pun jersi wing. Damn.

Ok, sekarang siapa yang xmahu amek tau...da boleh xpayah bace. Hehehehehehe...=) Aku rewind balik semua memori yang aku masih ingat mengenai aku dan insan bernama -perempuan-. Aku kini seperti sedar daripada bayang yang menutupi minda cerdas aku. Aku seperti terlalu mencuba. Terlalu menginginkan. Terlalu itu dan terlalu ini. Semuanya membuatkan minda aku sentiasa berputar mengelilingi orbitnya. Silap haribulan, kepala salah putar, ranap jiwanya. Kali ini aku berazam untuk tidak terlalu untuk 'terlalu'. Ok, aku pun da pening. But, what I'm trying to say is : I promise I wont be so hard on myself anymore. Saya mahu jadi lebih relaks dalam membuat keputusan. [boleh ke?]



Jadi, bagi membuktikan bahawa aku sedia untuk berubah, aku mendapatkan info di sini. Walaupun kebanyakannya aku dah tahu namun begitu xsalah untuk membaca lagi untuk memperbetulkan diri sendiri. Tetapi, aku xtau pulak sampai bile aku punye semangat nak berubah ni akan berkekalan. hahahaha. Xpe, yang penting niat. kemudian baru "determination".

Poster ni ada kat office Barney Stinson.

Monday, January 3, 2011

First in this sem.

Current mood : Malas nak g kelas.
Cuurent song : none [budak bilik tido lah]

Muahahahahaha. Aku kini di UiTM Segamat. Balik harini naek Mr. Kay bersama Benz beliau. Sangat teruja bila disini. Bila pendaftaran sudah settle. Tiada lagi yang hendak dirisaukan kecuali kad matrik. Bagaimana hendak menggantikannya. Sudahlah aku tiada I/C. Memang aku xde pengenalan diri lah. Nasib muka melayu. Kalau muke Indon, da lame kene cekup hantar balik Indon. Fuh...dasat2.

Ok. First in this semester eh? Ape yang first ea? Maklumlah, bilik lama, katil lame, meja lame. Aish. Suasananya sama je. Ok, yang berbeza? Budak bilik. Semester kalini meriah sikit.  Budak bilik aku semuanya Part 4 same cam aku. tapi kebanyakannya datang dari TS dan sekema2 belaka. itu first impression aku lah. Xtaulah betol ke x. Kujam, Wadi, Upin, Nazim. Bega pun jadi bilik ni jugak harini. Disebabkan kebanyakan mereka berasal dari bukan SR. Maka, bertebaranla aku mencari member2 lame. Itu je yang aku wat hari ini. Okay. sangat bosan. Saya Tahu.

Hidup pelajar yang kebosanan....
Ape lagi first kat sini? Aku first subuh kat sini. Baru tadi. First kelas plak kul 10 nanti. Aiseh. Kelas. Sangat -xtau ape nak rase-. Malas ada, teruja pun ada, mental pun ada. First makan kat sini? Belom lagi. Selalu makan kat luar. Semalam x, jadi aku xmakan. Tempat beli makan ramai gile vavi...T.T Akibatnye aku lapar sekarang. Oh, mari makan asap. tapi, lighter hilang pulok~ 

Hidup yang dalam kebosanan ini. Adalah seorang member yang mensarankan aku ke sini. Disebabkan aku memang minat membaca. Maka, xsalah menelaah sedikit sebanyak. cuma yang xbestnye, semua cerita cintan2 belaka. jarang yang berunsurkan teladan. Okay. Kurang bosan sedikit. 

Yang baru semester ni? Xde. Okay ada satu. Sehelai seluar cotton. hitam. Boleh buat pegi kelas Isnin. hahahahaha. Kali pertama lah dalam hiduo aku diuniversti wat macam ni.  biasa jeans aje. 

Okay. Aku pun da bosan menaip di tempat yang bosan ini. Lalalalala~

There is Always a first in Everything.
p/s : Aku da xtau wat origami crane. muahahahaha.

Saturday, January 1, 2011

First post for the Year 2011.

Current song : I miss you - Blink 182
Current mood : Neutral

Lagu ni mengingatkan aku tentang 2 orang. Imran dan Dino. Mereka sangat meminati lagu ini.

Wow. New Year eh? Ok, a bit eksaited. Mungkin eksaited nak mula sem kot? Tapi macam ada takut sikit. Teruja pun ada. Gembira pun ada. Uish. Perasaan yang bercampur baur. Inilah LIFE.

Akhir sudah 31 Dec 2010. Hari itu aku tamatkan dengan sebatang Winston. Kini sudah 1 Jan 2011. Yang aku mulakan juga dengan sebatang Winston. Tapi Winston "tahun lepas" punye. Awesome kan? Sangat2 awesome. Joke ini saya dapat dari En. Kadir yang memang sesungguhnya orang yang sangat kelakar.

Untuk Tahun 2010. Tahun Pelepasan. Anda memang fantastic. Banyak kenangan yang indah yang aku xkan lupekan. Highlightnya adalah : 

- Melaka Sem 2
- Paintball.
- Menaikkan pointer.
- Yasmin Ithnin. 
- MKT presentation.
- Ms. Rafiaah.
- Ma Brader punye Konvo.
- Perak
- Membeli Handset First Hand
- Kehilangan 2 barang penting dalam 3 hari.
- Dan semua kenangan Indah yang semakin samar2.

Kepada 2011. Tiada ape yang aku harapkan darimu. Cuma ingin menghayati setiap detik dan momen baru dan menarik dengan sederhana. Namun, anda adalah titik perubahan aku dihidup yang fana ini. Hebat. Tidak sabar untuk berada di akhirnya. Namun sangat teruja untuk berada di setiap hari bersama kamu. Wish me Luck wahai En. 2011.

Kisah yang nak diceritakan adalah sebanyak 44 muka surat. Ha-ha-ha. Mane ada. Ok. Yang aku ingat je lah okay?

Junior ku telah mempos kan sesuatu sebegini :
"69 - wahh. kau memang best. ceria sentiasa! senang buat kawan, masalah cmne pun, relaks je. haha. gila gila tu memang sifat kau kot. tapi kau genius dlm mcm2 hal! walaupun kekurangan ketinggian. ;p. cm best je jadi kau. huhu. but kadang2, kau jiwang. hoho. pape pun, Happy New Year bro! ;)"

Komen untuk pos Cittle, Aku memang gila. Itu tidak dinafikan. Senang buat kawan? xtahu pulak tentang tu. Genius? Ahahahaha. Well. Kau pun ape kurangnya? Kurang ketinggian? Aiseh, kau yang tinggi. Average orang Asia cuma 1.6m sahaje okay. Memang best jadi aku. Aku awesome. Hahahaha. And lastly jiwang? Ohohohoho. Kau memang perihatin kan. Ye. Aku memang romantic juga orangnya. Tapi, kenape ko menggunakan "tapi"? jiwang itu tidak baguskah? Aku suka diri aku. Yeah. Thanx bro! And Happy New Year to you too! ;)

Kemudian. Aku telah mempostkan sesuatu yang begini :
"You are a beaute. To me, you are magniteresting. You make me smaugh." - Mesti korang xpaham kan? Ok. Dont be alert. Post ini hanya di FB dan ianya tiada berkenaan mane2 manusia. Biar aku terangkan. Pengaruh Barney Stinson memang menular dalam diri aku.

Beaute = Beauty + Cute
Magniteresting = Magnificent +Interesting
Smaugh = Smile and Laugh.

Awesome x? =D

Ok. Yang ini tak berapa penting. Jadi boleh skip. Sila jangan baca sekarang. Esok dan akan datang juga. Ye. Tahun baru. Azam baru. Barang baru. Diri baru. Semua hendak baru betol? Treeeet!! Nope. Ada sesetengah perkara lebih elok dibiarkan begitu. Dan sesetengah perkara itu, aku akan biarkan begitu. Apekah  sesetengah perkara itu? Biarkan aku yang tahu. Aku selesa dengan keadaan yang lama. Dan sejak aku memahami keadaan itu memudahkan aku untuk melangkah, I intend to keep it that way. New is not always better.

Sorry Barney, I have to side with Ted this time. New is NOT ALWAYS better.
Baiklah. Boleh sambung packing sekarang. Winston kedua untuk Tahun 2011. *ka-chak! burning sound*
Yeah! I like! But I don't love it.

p/s : Tak semua aku cerita kat orang. Namun aku cerita disini. Namun, tak semua aku cerita disini. Yeah! Me is awesome. If I'm not, I will be.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...