Wednesday, November 30, 2011

When I do.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

When I do care, I'll ask. I'll get emotional. I'll get angry. But when I don't care anymore, whatever you do I don't care, I don't want to know, I'll let you live your life peacefully. So, if I get angry, if I still want to make things right, if I still ask that's mean I care. But if I don't, aku takkan hirau, takdenye kate - kate kau akan menyentuh hati batu aku, tak akannye aku akan nak amek tau lagi. Takde lah susah - susah aku buat macam aku terhegeh - hegeh menanya, sibuk - sibuk nak tau. Sia - sia. Futile.


Btw, I don't actually 'hate' my own birthday. Nanti kate aku tak hargai hidup aku selama 20 tahun ni. Aku cuma ingin tarikh itu berlalu dengan cepat. Biar ia tidak pedih sepedih yang aku fikirkan. Biarkan ia berlalu. Jangan ingatkan aku tentang tarikh itu. Kalau aku boleh, aku jumpe Barrack Obama, cakap dengan die "Sir, I would like you to destroyed, deleted or do any effing thing to that date so that it gone forever. For good." Boleh tak agak - agak? Ape agak - agak respon Mr. Barrack Obama ea? Mesti dia terdiam, terkelu tak tahu mana nak tuju sama macam najwa latip time die jumpe cinta remaja, cinta muka buku. Hahahahahahahaha. 

So, nasib la birthday aku time kelas. Kalau time cuti - cuti dulu, aku tido sepanjang hari mengharapkan ia berlalu. Biarlah ia berlalu tanpa disambut atau diucap. That's better. Minggu yang aku tak suka dah sampai.

Monday, November 28, 2011

Averted.

For someone who notice almost everything,

I really did not notice that it was them.

It takes me more than 3 minutes to recognize.

I guess it's true.

I really had thrown you away.

Everything about you out of my window.

Forgive me if I'm saying this.

I don't like the way they looked at me.

It's like I'm a criminal or something.

Oh wait. I am. I really am.

In their book.

But in mine, I'm Mr. Goody two shoes.

Hahahahahahahahahahaha.

Oh, well. Crisis averted.


Rasa macam nak minum.

Biar tak rasa ape. Biar tak fikir ape. 

Boleh tak?

Sunday, November 27, 2011

Cuti Akhir Semester Lima.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Current Mood: In a good mood.
Current Song: Aku Masih Disini - XPDC

Cuti akhir semester 5 telah pun berlalu. Banyak yang aku nak coretkan kat sini. Tapi banyak sangat nanti tak tertaip aku. Pada mulanya aku rasa macam cuti kali ni memang bosan. Memang bosan pun mula – mula. =) Tapi aku pernah cakap, good things come for those who wait. And it did. Dimulakan dengan siries heroes yang aku dapat dari kawan aku sampai season akhir. Walaupun cerita tu tak habis. Dan aku habiskan semua tu dalam masa 4 hari. Ok, memang kat rumah tak ada kerja sampai aku banyak sangat masa tuk tengok semua tu. Kemudian satu bungkusan sampai ke rumah aku. Eh, time raya pun xde orang nak pos kat umah aku sebab sume dah pakai teknologi canggih (sms), time – time ni ada pulak yang pos. Terkejut aku. Ok tipu. Sebab aku dah expect pun. Dalam bungkusan tu ada 10 movie Detective Conan. Memang show habis. Dan aku dah habiskan semua movie tu. Hahahaha.Dalam masa yang sama, ada bungkusan lain sekali untuk Mr. Bobo.

Yang latest pun aku dah tengok. Tinggal tunggu kuar yang ke 16. April 2012 ni...=)
Dan kemudian aku beralih pada cerita harijadi Bobo. Mesti la master planner nye aku. Hehehehe. Harijadi die ni memang tak penah disambut dengan kitorang, so alang – alang aku nak wat grand – grand punye. Aku start merancang kurang 12 jam dari masa kitorang prank die. A’ah, die kene prank. Maka aku kumpulkan member – member untuk join event ni bagitau birthday boy yang kitorang nak lepak sebab lame sangat tak jumpe. Jemput die kat rumah dah terang – terang die bagitau kene balik sebelum pukul 12. Kitorang tak de nye peduli, terus bawak die pegi McD Skudai. Dalam pejalanan ke sane, kami (Aku, Imran, Malin, Nazmi) jumpe si Aniq dengan Lazim. Lepak sane around one hour, pegi la ke Danga Bay yang dah tak de ape tu. Mulalah dengan tepung, party spray dan lain – lain. Aksi kejar – mengejar tu memang ada lah kan. Habis la semua putih dah macam hollow pun ada jugak la birthday boy. Termasuk la cermin mata aku yang tak bersalah pun kene sekali. Akhirnya balik pukul hampir 5 jugak sampai rumah. Terkedu jugak birthday boy dengan family die. Yelah, anak balik pukul 5 pagi siap bertepung semua. Tak pernah dibuat dek die. Yang penting semua pun happy walaupun birthday boy kene leter dengan mak die. Agaknye la. Birthdaykan setahun sekali bro. Takpe lah kan? But when I talk about birthday, I always remember how I hate mine.


Bila cerita pasal gerak JB ni, memang letih. Memandangkan selama 3 hari berturut – turut aku turun JB 4 kali. First riki kan laptop Imran. Kali kedua prank Bobo. Ketiga teman Imran beli laptop dan last skali teman Nazmi amek barang. Naik letih turun naik JB ni. Sampai elok – elok aku jadi morning guy, jadi musang separuh masa semula. Tapi pukul 3 limit sebab bateri aku habis, bila bateri habis nanti aku bunyi macam Ultraman. Hahahahaha. =)

Kemudian, bila cuti seminggu budak – budak degree habis ni ada event lagi. Saje je nak lepak – lepak last kan. Nasib baik aku datang, dapat jumpe tikot ngan aja. Rasa macam bertahun gile tak jumpe diorang. Mula – mula lepak dari jam 10 malam tu, dari situ nak pegi karaoke pulak. So, kat tambak sebelah marrybrown tu lah nampaknye kitorang jejak. Karaoke dengan diorang sume sampai pukul 3 pagi. 2 jam memang buatkan tekak aku pun sakit dan suara aku jadi macam ramli sarip versi sengau terlebih. -.-


That’s why cuti ni best. Tak perlu nak exaggerate lebih – lebih. Dan tak perlu bagitahu semua orang kita tengah hepi pun kan. Siapa kate orang hanye buat blog time feeling – feeling, moody or whatsoever? Not me.

p.s:

At the end, I always got my answer. The same answer that I predict. Truth hurts, true enough. Tapi sampai bila aku boleh tipu diri sendiri dengan berfikiran positif setiap masa. The world is full of lies. So be a liar. I am one of the minority.

Salam Awal Tahun 1433 Hijrah.

Saturday, November 26, 2011

Tersurut keris dibawah pendekar itu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi.

Adakah benar engkau pendekar.

Bila pencak cuba dibuka,

Adakah lutut tidak bergetar.

Kau kata tidak mengapa,

Adakah engkau tidak mendengar.

Aku sudah lama berkata,

Yang aku telah kurun beredar.


Jika aku yang kau cari.

Tidak dapat aku beri.

Jika aku yang kau mahu,

tidak dapat aku bantu.

Cerita lama usah dibuka dan jangan dialihkan muka surat itu. Biar ia berteleku dilitup habuk. Jangan disiarkan lagi kisah seorang pendekar. Telah lama ia tiada dan telah lama ia hilang. Jangan dicipta satu lembah baru bersama pendekar itu. Tinggalkan ia. Jadikan ia satu kenangan. Yang tinggal hanyalah keris tidak bertuan dan keris yang keseorangan. Jika pendekar itu kau rindu dan jika pendekar itu kau pingin. Tiadalah dapat aku tunaikan dan tiadalah dapat aku laksanakan. Tinggalkan harapan mu itu yang tidak akan kesampaian.

Salam akhir tahun 1432 Hijrah. 

Thursday, November 24, 2011

Solidarity jangan dibuat main.

Current mood: Menyesal. Sebab tak save SimCity.
Current song: Dance Little Liar - Artic Monkey

Nilai seorang kawan itu juga satu misteri. Okay, banyak betul cerita misteri aku. Semua pengaruh TV misteri yang berada di Jalan Batu Badak Segamat. Bagaimanakah nilai seorang kawan itu dikira dan dinilaikan? Terpulang pada individu masing – masing. Ada yang menilaikan seorang kawan itu mengikut betapa besar pengorbanan seseorang itu, ada yang menilai keikhlasan, menilai material, menilai semangat kesetiakawanan. Tentunya bila aku timbulkan persoalan kat sini, maksudnya aku juga tidak mengerti bagaimana aku menilai kawan – kawan aku. Pernah suatu ketika dulu kawan – kawan itu lebih penting dari keluarga dan diri sendiri. But by the time flies, semakin lama aku menjadi semakin mementingkan diri dan keluarga berbanding kawan – kawan. Salahkah ia? Hear my story first.

Once upon a time (cliché), I live in a small herd. A fun and mystical one. Things happen, and when the time I was being kick out secara tak sengaja including bawak diri yang lara to tend my wound that doesn’t seem to heal, I dragged myself to another herd. By this time, the first herd begins to feel lost without my presence. But tak mungkin pada waktu itu aku kembali pada mereka sedangkan the second herd treating me like brothers. After a while, we seems undefeatable. I grow to love being friend with them and want to be BFF la konon – kononnya. [menunjukkan semangat setiakawan aku memang tinggi]. Namun, janji yang ditebarkan dan diwar war kan oleh kami pada suatu ketika dulu tidak dapat dikotakan. Masing masing membawa diri dan yang tinggal hanyalah satu kenangan indah. Boys Bankerz yang dulunya sangat kuat ikatan ukhwahnya sampai semua budak kos batch aku jealous. Tapi sekarang kami makan semula kata - kata kami. Pada aku tiada siapa yang bersalah. Masing – masing perlu memikirkan tentang diri juga betul? So, am I wrong in putting myself first before others when they all do the same? I think not.


Dan jika aku cuba untuk menggambarkan tahap sebuah persahabatan itu, akan aku rate garisan itu dari satu sampai lima. Dan semuanya bermula pada perkenalan di titik satu. Dari situ, jika lonjakan dibuat terus dari titik satu ke titik tiga. The line destroy itself. The best thing you can do is start again from point one. Sebab tu adanya istilah “boleh tak kita berkawan semula?”. Because you skip one point. Okay, sumpah tak ada orang paham ape yang aku cuba sampaikan. Tapi biarkan begitu sebab yang akan baca pos ini pada tiga tahun akan datang cuma aku. Jadi biar hanya aku yang faham. End pasal ni.

Yup. Solidarity itu juga penting.

Sekarang cerita pasal part 6. Ye. Aku sekarang part 6. Tipu kan rasanya. Last semester kat UiTM Segamat as a Diploma student. Tak percaya. Rasa macam baru minggu lepas aku dapat keputusan 7A dan buat keputusan amek Banking kat UiTM walau ditentang sekerasnya oleh sang ayahanda. Part 6 kelas best. Jarak yang banyak, masa yang terluang itu sangat banyak. Nak study tuk test ke apa insya-Allah sempat kecuali kalau assignment yang banyak berlambak - lambak kalah pasar lambak. Tapi setakat ni semuanya okay. Kecuali budak kelas tu sume dah pecah. Ada yang amek ISB ada yang amek OM. Jadi aku kene berubah untuk tidak bergantung pada kawan untuk study dan cuba berdiri teguh atas kaki sendiri. Fokus dalam kelas, dan study smart azam semester baru. Nak tengok sampai bila azam boleh kekal. Hahahahahahaha. Yang lain semuanya sihat - sihat walafiat. Alhamdulillah.

Btw, congrats Malaysia atas kejayaan mendapat pingat emas dalam Sukan SEA yang ke 26. Mengalahkan Indonesia. Barulah namanya Harimau Malaya gigit paruh Sang Garuda. Tapi apakan daya apabila kalah dengan Syria dalam London Olympics tadi. Well, usaha yang gigih ditunjukkan. Jangan kondem sangat pemain Malaysia sebab diorang tu nama pun pemain skuad negara. Aku skuad sekolah rendah pun tak lepas. -.-'

Monday, November 21, 2011

When time starts lying.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Current mood: Going out from memory lane.
Current song: 

Time is a mystery thing. Yes, we were given 24 hours every day. It does vary to all with how we spend it. The mystery thing is how we cope with time. Time is an illusion made by the world so that we live a schedule life. Sebab tu kalender Islam, kalender yang kita selalu guna, kalender tahun cina, malah kalender maya semuanya berbeza. Tapi bukan itu yang aku ingin coretkan disini. Time is the only things that can mend broken heart and so they say. So, how long would it takes? One thing that I know, too much is a mistake as you shut off the only door that connect you with outside world. I made that mistake once, I lost many chance at that time. 


And I know it vary with different person and different partner. There is this guy, one of my friends. Peribahasa melayu mengatakan, “Patah tumbuh hilang berganti”. Tapi kawan aku ni, patah tidak, hilang pun tidak, asyik berganti je. Dan aku tak maksudkan aku tak setuju dengan cara dia atau aku tak suka cara dia or whatever. His life, his doing. I’m only a gazer. Maybe time heals him fast enough to step out with a new someone.  But one day, he falls with someone. And when a player falls, he falls hard. Smash up his head. Blood everywhere. Peh, macam cite seram pulak aduyainye puuun. Dan macam cerita –cerita cliché melayu, this player has been made for. Tuhan nak tunjukkan kan? Macam mane cara sekalipun tentu dapat nampak jugak. Nasib baik baru setahun, kalau bertahun – tahun maunya kawan aku tu frust guling – guling masuk laut jadi ikan duyung lelaki. Ramai orang akan kate, “ha, tu lah kau. Player sape suruh. Amek kau ubat.” Orang – orang begini, memang akan kene tetak dengan aku pakai kapak kembar kat umah atok aku tu baru tau erti kesakitan. He’s change for good for one girl, and that means something. Something big. Tapi tulah, perempuan memang jarang nampak perubahan tersebut ataupun dia anggap benda tu remeh. Sebab bila die fall, die tak carik lain pun. Kesian kawan aku. So, how long would he take to mend his broken heart this time? 

Ada juga sorang lagi kawan aku ni, the exact opposite but at the same time, also the same in some part. He’s a player too. Dah orang cop dia macam tu. Nak wat cemane? Macam jugak orang cop aku player. Ada ke patut. Biasalah. Bila orang nampak lelaki keluar dengan ramai perempuan, he’s a player. Bila orang nampak perempuan keluar dengan ramai lelaki, she’s a bitch. Karang bila mereka tak keluar dengan orang berlainan jantina, they not straight. Lagi payah. Hahahahaha. Lebih baik di cop player dari di cop gay isn’t it? Ok, balik semula dengan kawan aku ni. Walaupun orang kate die player, tapi cerita sebenar ramai yang tak tahu. Cerita sebenar die, ramai yang usha die tapi ramai jugak yang tinggalkan die. Tak tahu kenape. Mungkin sebab diorang yang usha kawan aku ni expect something but once they didn’t find what they want, diorang tinggalkan je. Kesian kawan aku terkulat – kulat siap berkulat lagi kene tinggal. Sebab tu orang nampak kawan aku ni asyik silih berganti menukar kalah tukar baju. Well, fuck people perception. Judging without inspecting thoroughly. Dan fuck juga mereka yang percaya kata – kata judges ni. Tapi kes kawan aku yang ni, couple setahun. Clash. 2 tahun kemudian jumpa, ranap jiwa dan raga. 2 tahun lepas punye luka pun tak pulih – pulih lagi. Baik punye lelaki. Ni namanya cinta lelaki sejati. Tapi kesian jugak aku kat kawan aku yang itu. Take times too long. Rugi masa.

Tapi bukanlah biggest mistake pun.

Dan sampai situ je lah coretan aku kat sini. Tak nak aku cerita pasal diri aku dalam pos aku kalini. Semua cerita pasal kawan aku. At least boleh aku ingat balik siapa kawan – kawan aku, siapakah subjek – subjek aku pada masa – masa akan datang. Tapi sedikit tentang aku, I still mending my own wound. Walau banyak mane skandal aku kala kesunyian. Bila Allah tak bukakan hati aku, maka tertutup lah ia. So, girls out there. Don’t trust sweet words but trust sincerity. Tapi tak semua nampak ikhlas aku bagaimana. So let’s fate fares me better as fate has fares you. Lagipun Allah sudah berfirman maksudnya, “Verily, after each difficulty, there’s a relief” (Surah Al-Insyirah). Comes hell or high water, I got Him watching me over. Thanks to my friend who said to me many times that I am never alone. Wah, macam Liverpool pulak dah. Btw, Livepool menang 2 - 1 dengan Chealsea tadi.

p.s : Semalam, aku nampak seseorang sejibik macam orang itu. Maka terkena balik panahan kate - kate aku sendiri. Cekiwa aku malam tu. Rasa cekiwa betul. Patut la kawan aku sampai bawak diri ke tepi laut sorang - sorang tak ajak member. Nampaknye luka lama aku masih belum pulih sepenuhnya. Tak kusangka. Fail lah aku bab perasaan ni. Sadness, can we meet some other time? Please. Esok aku ada kelas ni. Pukul 8 pagi lagi. Hello part 6...=3

Sometimes it's not word that hurt.
It's the long period of time that neither of talks.

Talk about second chances. Everybody deserve it eh? Life lie again.

Saturday, November 5, 2011

Bukan cerita Result.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Current Mood: Tak nak bagitau.
Current Song: Aku Masih Disini - XPDC

Dimulakan hari ini dengan hujan rahmat yang sedang-sedang. Tak lebat, tak juga renyai-renyai. Cuaca yang begitu elok untuk melihat keindahan dunia. Bila aku dah mula cerita pasal suasana. Belum lagi masuk burung berkicauan, kambing mengembekkan. Hahahaha. Tambah lagi lagu-lagu melayu lama yang menyayat hati. Oh. Sungguhlah! Lupa nak bagitau, semalam result keluar. Result semester 5. Aku rileks je. Sebab pada aku, aku sekarang berada dibawah. Yelah. Masakan tidak, semester 4 aku punye result Cuma 2.81. 


Enough about result aku yang masih misteri itu. Aku nak cerita sejak-sejak aku jadi morning guy kat rumah ni. Rasa dah seminggu waktu bangun aku jadi normal macam orang biasa. Dapat la jugak aku tengok matahari terbit hari-hari walaupun hujan kenkadang menjadi halangan untuk aku melihat cahaya mentari. Macam hari ni, xdapat la kulit aku Vitamin C hari ni. Maklumlah, aku tak boleh nak tengok matahari terbenam dah sejak beberapa tahun ni. Haih. Anyway, bila bangun pagi dan sensorang kat rumah ni, memang nice gile bila ada person from my black book bertegur sapa. Ouh. That is unexpected. Random gila. Nampaknye tak habis lagi cerita aku nun diwaktu yang lepas. Ku ingatkan tamat lah sudah. Tapi aku tak kate aku tak suka, cuma tak expected je. Lagipun ini cuma peringatan untuk diri sendiri. Coz whatever you try to do, it works on me like it always do.

To future Fizzy: Yo bro! You must remember, don't ever took back everything that you let go. Ever. Think about the reason you did the first time. Don't make the same mistake. Bak kate Cikgu BM kita dulu, salah sekali, tak sengaja. Salah dua kali, tersilap. Salah kali ketiga, awak memang bangang! Hahahahahaha. Lagi satu, jangan dah terhantuk baru nak terngadah.  Tapikan, ada ke orang yang dah kate aduh dulu sebelum terhantuk? Karang tak jadi terhantuk, malu sendiri. Fikir-fikirkan lah ye wahai diri ku. Kecuali masa tengah wat keputusan tu kau mabuk, tak boleh nak pikir, mental ataupun buta hati.


Sah aku gila cakap dengan diri sendiri. Hahahahahaha. Btw,congrats kawan-kawan aku yang dah cek result dan dapat result yang memuaskan hati sendiri. Yang masih tak puas hati dengan result tu, let me tell you one thing. It just a number. Fuck it! Hahahahahahaha. But that number will determine what others look at you. Sanggup ke korang nak tempuh hari-hari macam yang aku alami waktu aku mempunyai  PNG yang tinggi dan tiba-tiba menjunam? Dengan pandangan dan pemikiran manusia-manusia yang sentiasa menjadi hakim tak bertauliah atas hidup korang? Kalau sanggup, do nothing. Kalau tak, starts now. Dan sebagai seorang kawan yang baik, aku sentiasa mengharapkan kawan-kawan aku Berjaya. Dan percayalah, whatever I did no matter it looks evil sekalipun, I already do my best to help...=) Lastly, aku tumpang gembira dengan kejayaan budak budak rumah, senang cite semua memuaskan lah. Ada 2 orang DL sem ni yang aku dah tau tuk budak umah. Ekang pun tak repeat. Nice lah dia. Wan yang sikit lagi nak DL. Hahahahaha. Chillalex sukses.

p.s:

I know there is sadness. But to think of it, you tried your best and you deserve better. Let fate fares you better my friend.


Tuesday, November 1, 2011

From Ryokan: A Japanese Poetry.

The thief left in behind; the moon at my window.
Even if everything is lost, we will always have our love.
No thief, no illness can take away our love.
Our love is the moon.

Alamak, sejak bila pulak aku minat puisi ni. Puisi macamni pulak tu. Adesss. Putus fius aku ni. Habis aku kena gula dengan para pembaca. Naaaa. Who cares anyway, ia menunjukkan sebatu - batu aku tau jugak puisi. Ha-ha-ha. Actually, I stumbled across this not too long ago. Nampak menarik so aku abadikan dalam tempat ni. Bila aku baca ulang - ulang rasa macam nak muntah pelangi pulak. Peh. And bila cerita pasal thief, teringat pulak pasal Kaito Kid. Okay, out lah. Nak baca komik Detective Conan. Lame gila tak baca.


p.s: 

This feeling is an illusion created by myself, known that there is nothing really happen. But we actually need it, and lying is the best way to handle a hurtful truth. I can actually lie to myself. A great liar indeed. And also a coward.

A shovel.

Some of my friend ask me, "Bila pulak kau rapat dengan die?". Somehow, I don't have that answer no matter how much I went back and forth in time. It's like there's a hole in my story. A deep one. The question since when is something I like to know. But, in time I find that answer I felt glad that I didn't actually. It's good to know that I did not know. At least, there is something about us that still a mystery. I sacrifice my own curiosity to protect and it's kind of big deal for me. 


For my sake, you dug too deep.
In the end you ended are buried.
And now I try to dig you out.
But to do that, I need a shovel.

So, when I find a shovel and dig you out, please don't dig for me again no matter how much I plead. I assure you, that is not the best for me. Oh, and happy November. Why make such a big deal in first November anyway? It's just a number. Think about how would you spent this day is more important, as a wise man said: Everyday is a gift.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...