Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Lama sudah tak aku pergi ke sini. Terasa nikmatnya mengunjung tiba disini menggunakan laptop sendiri yang disayangi. Even ianya kecil, berhabuk and absolutely obsolete berbanding dekstop yang sedia ada dirumah, tetap lagi selesa aku menggunakannya. Maklumlah, monitor lappy ni tak dibetulkan lagi. Ini pun guna monitor abang aku sebab monitor aku tinggal kat Segamat. Yelah, macam mane aku nak bawak balik kalau aku sendiri balik Pontian naik motor kan.
Sebenarnya, disebabkan internet tiada dirumah sewa dan monitor tiada di Pontian menyebabkan aku dah lama tak berkunjung kat sini. Ni dah ada peluang ke sini nak jugak aku cerita tentang hidup aku sekarang. Tapi aku banyak letak gambar ajelah sebab malas sangat aku nak taip.
First of all, aku nak sentuh pasal budak rumah.
1. Di Sagil.
2. Di Taman Tasik.
3. Bukan di i-City, tapi di Dataran Segamat.
Aku boleh hidup dengan diorang. Not too funky, not too passive either. Cuma aku masih belum kenal semua tentang mereka dan latar belakang mereka jadi nak men-tackle diorang itu masih banyak belum dicapai. Noted that cuma 4 orang je dalam rumah aku. 2 daripada mereka sekelas dengan aku tapi yang seorang itu lain kos. Reason dia serumah dengan aku sebab kitorang dah rapat since Diploma lagi. Apart from that, rumah aku elok, kiri kanan bukan melayu jadi tak bercampur sangat. Biasalah lelaki mana campur sangat dengan neighbour ni. Tak peramah lah katanya. Perbelanjaan pun setakat ini okay, tak ada pulak melebihi had walau sentiasa on lappy. Lagu - lagu korea yang aku tak suka pun aku terhafal sebab budak rumah aku asyik bukak lagu korea. Dan laginya, Runningman pun aku tertengok sekali sebab kadang kadang itu je aktiviti yang boleh buat bersama. Eceh. *ludah*
Kemudian aku nak cerita pasal budak kelas.
1. Di depan Blok Kayangan.
2. Di Restaurant Cactus.
3. Di Blok Sri Laksamana.
4. Di depan Taman Bendahara.
5. Di kedai makan faveret tengah hari aku. [ada betulnya kata ayah aku pasal gambar ni tadi.]
Budak budak kelas aku semua aku boleh layan. Mungkin sebab dah degree tak ada pulak rasa cemburu sesama insan. Not that I know of. Harapnya tiadalah cakap belakang walaupun peluang untuk tiada itu agak tipis. Noted that kalau lepak bersama diluar aku selalu lepak dengan group yang sama sebab mudah. Senang masuk kepala agaknya. Tak bermakna aku tak keluar dengan mereka mereka yang lain, malah dua tiga kali juga kitorang satu kelas keluar makan bersama. Sekali konvoi tu ada la dalam 7 biji kereta dan beberapa buah motor. Cuma lebih banyak lepak dengan group yang sama je. Tak berpeluang agaknya.
Last sekali aku nak cerita pasal 'my first baby'
Ianya berada ditengah tengah tu. Hitam kelabu warnanya, merdu bunyinya, meriah asapnya. Tak tergambar betapa seronoknya aku ketika memiliki motor itu. Motor arwahnya atok aku. Kini aku kurang bergantung dengan orang lain dalam soal bergerak kemana mana. Jika aku nak balik lewat, ataupun nak balik awal dari kelas tidak menyusahkan mana mana pihak kena tunggu aku atau aku kena tunggu orang. Namun, baru baru ini aku jatuh motor. Ahad lepas. Risau betul aku dengan motor itu. Nasib baik tidak ada apa apa sangat. Aku risaukan pasal motor, mak aku risaukan pasal aku. Yelah, kaki berbalut, tangan kiri habis calar balar. Bengkak sana sini, nasib baik dah surut. Bertambah lah risaunya seorang ibu itu bila menghadapi kenyataan bahawa Ahad depan aku akan menaiki motor yang sama seorang diri kembali ke Segamat.
All in all, life as Degree in Islamic Banking student treated me good. I'm not too happy about it, far from being depressed about it. Secara mudahnya, aku senang hidup begini. Tidak rasa terbeban, tidak rasa terlalu seronok. Alhamdulillah.
Tambahan, ada junior aku time sekolah menengah yang dulu aku ada sikit crush, sekarang dekat Alexandria, Egypt. Tidak tersangka juga aku. Ada dua orang dah kawan aku belajar disana. Yang pertama kawan sekolah rendah. Tidak tersangka. Rezeki diorang disana. Terasa juga aku nak kesana.