Tuesday, September 24, 2013

Point of Embarkment

Hey. Hey. Hey.

It is the last week of September already. Rasanya baru beberapa hari lepas mereka mereka melaungkan selamat datang September. Aku terlalu sibuk hidup di alam realiti sehingga kadang kala terlupa hendak membuat dan menghidupkan jurnal persendirian ini. Ah, betul lah aku terlalu sibuk.

Namun sekali tidak sekala aku hadir juga memberitahu diri aku sendiri, aku juga masih manusia luar biasa yang sukar untuk berbicara sebenar - benarnya dengan manusia manusia diluar sana lalu membuat luahan jiwa raga ke laman sesawang ini. 

Ah, apa lah sangat yang hendak dikongsi kala jam memaparkan waktu telah pun lebih tiga pagi ini. Tiada apa lah sangat. Hidup aku sebagai seorang siswa Islamic Banking tetap begitu, penuh dengan kerja kerja yang diberi lecturer, kerja kerja sebagai Executive Committee dan ombak ranjau kehidupan. Tidak pula rasa sunyi sebenarnya walau aku tidak mempunyai rakan istimewa konon konon nya sebagaimana digembar gemburkan oleh rakan rakan lama mahupun yang baru, rakan rakan jauh mahupun yang dekat. 

Melihat budak budak rumah, seorang yang sering tidak lekang dengan telefon, seorang lagi asyik keluar dengan rakan rakan perempuannya, seorang lagi dengan drama-kejap-bahagia-kejap-asyik-komplen beliau, dan seorang lagi yang asyik mengeluh tidak kira cuaca tidak pula membuatkan aku terasa macam aku tiada siapa siapa. Seeloknya aku senang begini, senang pergi kemana mana, senang tidur dibila bila masa tidak dikekang oleh sesiapa. Mungkin aku sudah tidak tahu apa erti dalam percintaan sebagaimana yang dikatakan rakan ku suatu ketika itu. Mungkin benar, mungkin ianya hanya tipu helah manusia yang sering datang dan pergi.


Ehem. *tukar bahasa* 

I do have a long listed plan or responsibilities before I embark on that other side. True, a friend told me once that I still can realizing the plan with or without someone and it might work as motivational tools. I can't argue with that point, but coming out from a person who is in fact in love, seems biased. 

Now that I mention responsibilities, heed my word that my responsibilities in my little family just keep heavier and heavier. I do sometimes want to let it all go and run. Just me and the world fighting, surviving. But I do remember how lucky I am to still have a family to look after no matter how hard it seems. No matter how troubling it is. Sometimes I think, that now it is up to me to uphold the legacy. Or maybe I was wrong. Just maybe.

So the gist of this entry is this. I am happy albeit without any close friend with a different gender. Figuratively speaking. And the more I stay as I am now, the longer it takes for me to start again. I still can't think whether that is a good thing or the other way around.

Dan untuk menjawap segala pertanyaan mereka mereka yang sibuk nak kenen kenen kan gua konon konon macam gua ni tak pandai nak tackle sendiri. Termasuk family gua sekali. Dan untuk mereka mereka yang konon konon tak percaya aku masih lagi tidak dipunyai dan dipenjara oleh mana mana pihak, walhal sebenarnya sendiri memang nak tahu aku masih keseorang atau tidak untuk masuk line ataupun masukkan line untuk member. Hahahaha. Boasting much.

Friday, September 6, 2013

Essence of Remorse

Hello again. Hello September. Hello reader. [using singular, not plural]

Actually, aku tidak berniat untuk berkata apa apa disini. Ok, itu tipu sebab aku cuba buat entri untuk meng-summarize-kan semester empat aku sebagai Islamic Banker berbelas belas kali namun akhirnya aku give up juga berbelas belas kali.

Dan sejujurnya, aku tidak berniat langsung untuk membuat entri sekalipun pada pagi yang sedap kalau tidur memandangkan hujan turun dengan renyai renyai sejak aku balik dari lepak tadi. Almaklumlah, aku cuba untuk tidur awal disebabkan kelas aku akan bermula pada Isnin ini. And yes, aku akan menjadi pelajar semester lima.

Oh, tertanya tanya juga mengenai keputusan aku kan? Alhamdulillah, atas kurniaan Illahi, aku berjaya mendapat dekan buat kali keduanya sebagai Islamic Banking student. Barely. Walaupun aku tahu usaha aku tidaklah sehebat mana, tidaklah serajin mana, dan ianya adalah setimpal dengan usahaku. Okay, I know I can be better tapi rezeki terletak pada Yang Maha Pemberi kan.

Kembali kepada tujuan sebenar. Aku dah baring dah actually, selepas dengar Surah Al-Waqiah dekat lappy dah habis dan dah tutup, siap tepuk tepuk bantal lagi kasi lebih empuk. Namun, aku masih tak dapat melelapkan mata. Kerana aku memikirkan sesuatu. Apa yang aku fikirkan ye? Aku fikirkan kesalahan yang aku buat hampir 3 tahun lepas. Tiga tahun berlalu, aku tiba tiba rasa remorse yang melampau malam ini. Penyesalan keatas perbuatan aku itu membuatkan aku rasa ingin sekali memohon maaf kepada empunya badan, kepada ibu bapa empunya badan. Ini bukan remorse-I-want-to-get-back-together, no. Tapi  ini remorse-what-if-I-die-tomorrow?

So, what if I really die tomorrow?
I am not ready. Really.


Oh and by the way, aku terserempak dengan ibu bapa ex aku yang kedua. If you in my shoes, what would you do? 

And what did I do? Aku ternampak kelibat mereka, aku terpempan dan terkedu for about 0.7 seconds dan berlangkah pergi meninggalkan premis Red Modani ketika membeli kasut. Ya, aku ada kasut baru. Tak perlu bagitau tentang itu pun sebenarnya. 

That five years ago still there is no closure and never will be. I'll be carrying that for lifetime. And in the next. Aku masih ingat pabila aku berbicara tentang ini dengan sahabat karibku yang sekarang dah habis belajar dah pun dan dah nak fikir tentang kerja sekarang. Dia lah sahabat zaman jahil dahulu, zaman gelap dahulu, zaman taiko dahulu, hinggalah ke zaman akhir remaja, zaman kembali ke sinar, zaman awal dewasa dan kini zaman kerjaya. How soothing his words are. Katanya, yang dah lepas jangan dibuka lagi cerita, apa kesannya, apa natijahnya, apa selepasnya jangan difikirkan dahulu. Kerana kita tidak mampu untuk mengubah apa apa yang telah berlaku, zaman gelap kau dah pun tinggalkan. Jadikan ia pengajaran dan teruskan perjalanan. Not exactly his words but that the gist of it. Kami, aku dan dia masih lagi bertarung berterusan melawan segala cabaran demi mengukuhkan "tapak" dalam berpijak di dunia sementara ini. Aku harap dia akan dimurahkan rezeki dan diberkati sepanjang hayatnya.

Huh, dah lama tidak meluahkan disini tiba tiba terasa lega pula. And I found out that I do not trust many people with all my secrets and past. And many who does, turns against me. Not turning against, macam kasar sangat bunyinya, more like growing apart

p.s:

I've change a lot, so do not treat me, looked at me, and stuck with a view of who I was.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...