Friday, August 31, 2012
New Adventure : Start.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Wah wah. Sempat lagi aku menulis disini. Bukan ape, selepas ni dah susah nak online walaupun esok aku nak bawak motor sampai Segamat. Yup, aku dah nak jejakkan kaki semula ke Segamat. Ceh, padahal baru semalam aku pergi sana untuk buat clearance dan dapatkan mini transkrip. Eh, tak payah tulis banyak banyak lah. Makin pening kepala aku yang baru je baik demam ni. All the best untuk diri sendiri.
p.s:
Out of service for a while.
Repekan oleh Fizzy M. Pietrov at 5:17 AM
Wednesday, August 29, 2012
New Adventure : 5 Years.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
I'm counting days to start a new adventure. But first, I insisted to tell a story:
5 Tahun dulu,
ada 3 orang budak.
mat embun,
mat rempit,
mat rayap.
lepak disatu tempat.
Berbuai deru anginnya.
Berombak air lautnya.
Berbatu lantainya.
Membuka meja kopi.
Bercerita tanpa akhirnya.
5 tahun kemudian.
3 orang itu.
bukan budak lagi.
ketempat yang sama.
Angin masih berbuai.
Lautnya masih berombak.
Lantainya masih berbatu.
Membuka meja yang sama.
Bercerita tanpa akhirnya.
p.s:
Tiba tiba aku terasa tidak excited untuk naik dan belajar di Segamat semula. Macam ada sesuatu yang aku akan tinggalkan, ada sesuatu yang aku akan hilang tetapi aku tidak tahu apa. Perasaan tidak tahu itu membuatkan aku hilang excited untuk sambung study. Namun, aku bersyukur aku masih bertuah dapat sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Alhamdulillah. Kepada yang masih menunggu, ketahuilah. Aku sebagai seorang rakan, sentiasa mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk rakan rakan ku.
Repekan oleh Fizzy M. Pietrov at 2:33 AM
Tuesday, August 28, 2012
New Adventure : Tabula Rasa.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Syawal kalini, baru aku terperasan. Sangat ringkas. Kalau nak jumpa semua kawan kawan yang dulu merempit bersama, bergosip bersama, belajar bersama, dan tackle awek awek bersama, memang agak susah walau bukan mustahil. Senang cerita kalau dulu bila cerita pasal kisah raya, lima enam buah motorsikal itu mudah sangat kalau nak dikumpulkan. Pergi kesana sini. Vroom sana. Vroom sini. Geleng geleng orang sekeliling sebagaimana aku menggelengkan kepala aku melihat anak anak muda waktu raya naik motor beramai ramai. Eh, bukan aku tidak menyetujui perbuatan mereka. Tapi menggeleng kepala mengenangkan masa lalu yang lama aku tinggalkan.
Itulah raya kali ini. Tidak semeriah dulu. Masing masing kini sibuk. Tidak tahulah mengapa. Mengalahkan ketua negara. Termasuk juga aku. Sebab raya aku kali ini cuma lah lapan kerat pergi jumpa kawan kawan pun tak lah sampai berpuluh rumah. Dapatlah juga didahulukan mana yang sempat mana yang penting. Tapi aku tiba tiba pelik. Memang jadi trend kawan kawan aku sekarang pergi beraya rumah awek masing masing? Mungkin juga, maklumlah aku juga yang kesepian ditemani skandal skandal yang tidak dapat memenuhi jiwa kosong dihati. Woha! Time raya, bile orang tanye, "tak beraya ke rumah ehem ehem?". Dengan selamba aku menuturkan, "Eh, kalau nak masukkan semua alamat tak beraya lah rumah ehem ehem korang." Lalu suasana sepi muncul, cuma yang kedengaran bunyi cengkerik. Hahaha!
Kembali semula pada kesibukan aku time nak beraya. Urusan nak kembali belajar bukan mudah. Namun ada juga yang ketepikan urusan tersebut semata nak beraya, kemudian ada juga yang menghubungi aku menanyakan masalah itu ini. Satu per satu aku handle dengan gaya konon konon mudah bagai soalan dua tolak satu. Tak tahu, pening juga aku sambil menekan nekan pelipis mata aku. Lama juga aku menyelesaikan pelbagai urusan sebagai persiapan. Masa yang digunakan memang agak banyak. Tidak sempat aku nak beraya kesana sini untuk merapatkan silaturrahim. Bukan tak mahu, masa tak mengizini aku berbuat demikian.
Dan hari ini tinggallah beberapa lagi urusan yang perlu diselesaikan. Namun aku cukup bersyukur, salah satu yang telah selesai, alhamdulillah. Yamaha SStwo. Kenderaan arwah atok aku diperturunkan ke aku. Pahit maung telah kuredah serta dompet telah dirabak dalam menyelesaikan urusan penurunan dan pembikinan motorsikal tersebut. Akhirnya aku tersenyum sendirian. Melihat hasilnya, melihat dan membayangkan suasana kehidupan aku disana akan datang. Dipermudahkan Allah. Alhamdulillah sekali lagi.
Begitulah cerita raya aku. Lebih fokus pada nak sambung belajar.
p.s:
Ehem, beberapa hari lepas ada juga yang mengajak aku ke bandar yang lama dah tak aku jejak. Konon konon aku nak refresh memori aku yang lapuk itu. Tak sedar, masa aku meninggalkan kisah secara payahnya itu, telah kubuang kebanyakan memori memori tersebut. Banyak yang sengaja aku lupakan. Sengaja aku kunci dalam peti besi lalu kutelan kunci peti besi tersebut. Walaupun aku dah jejak bandar tersebut, tak dapat aku membuka kembali kisah itu. Ada orang kata, nak melupakan seseorang itu ada tiga cara. Forgive, Ikhlas, Forget. Tak sangka pula aku menggunakan cara yang ketiga. Naik pelik juga aku lupa terus. Selalunya memori usang itu kupegang selama yang aku mampu, tapi tidak kali ini. Mungkin program itu menyerang Operating System aku dengan sangat hebat agaknya. Namun, tidak kulupa nasihat nasihat yang diberikan sebagai contohnya tentang kekufuran nikmat. Masih tersemat dalam minda. Ops, ini bukan aku nak rewind balik or anything. Cuma nak dijadikan sempadan untuk tauladan.
Teringat pula kisah aku digula oleh rakan rakan ketika berada dimeja snuker kerana tersenyum seorang diri serta tidak fokus dalam permainan setelah mendengar satu suara yang lembut mendayu di dalam corong talian telefon dari satu tempat kira kira empat jam perjalanan dari tempat aku berada ketika itu. Ah sudah, sejak bila pula aku pandai senyum senyum tanpa sebab ni. Ejek suara hati aku sendiri. Lalu aku buang perasaan itu jauh jauh tidak bertepi lagi. Buang bukan kerana aku mengalah tetapi buang kerana aku tahu akhirnya bukan ditempat yang aku inginkan. Apart from that, my life is pretty damn good. =)
Repekan oleh Fizzy M. Pietrov at 3:54 AM
Friday, August 24, 2012
Syawal Bersama Keluarga.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Cerita pasal Syawal memang seronok.
Namun terasa sayu Ramadhan meninggalkan kita.
Gua sampai dekat kampung gua Rumah Kayu Warna Hijau itu adalah dalam jam empat pagi malam raya. Tidak sempat tidur dengan nyenyak, tahu tahu takbir dah berkumandang. Gua punya lah menggagahkan diri untuk pergi sembahyang raya. Gigih gua rasa mandi air sejuk amat, maklumlah gua kan berada dikampung. Lagipun, sembahyang raya cuma sekali setahun, kali ini, ramai juga yang pergi, sepupu gua pun dapat pergi sekali. Tapi yang dua belas tahun ke atas je lah.
Time time sembahyang raya, khutbah dia pasal amalan yang sikit pun boleh membuatkan seseorang itu masuk syurga. Khusyuk betul gua dengar. Dengan suara imam dia yang mendayu dayu sedih sedih gitu. Tersentuh hati gua. Tambah lagi tersentuh bila lepas sembahyang raya, gua pergi kubur arwah atok gua. Pertama kali gua beraya tanpa arwah atok gua. Keluarga gua dah lah kecik je.
Lepas itu, hari menjadi makin sibuk sebab gua tolong tolong siapkan persiapan untuk raya, basuh bekas, isikan kuih dalam bekas bagai. Kena buat cepat cepat sebelum kampung gua kena serbu. Bila dah kena serbu, tak berhenti nanti. Sampai lah pukul empat, barulah gua dapat amik gambar dengan famili semua. Lama tak lama lah orang datang beraya kat kampung gua ni.
And that is my happy and only family. Gua tak ada famili besar besar nak datang rumah gua kat pontian ni. Cuma yang ada kawan kawan gua je yang datang time hari raya ni. Orang kate, bila kita ajak orang datang atau ramai orang datang rumah ni rezeki datang. Ikutlah ape orang tua tua kata kan. Tapi bestnya raya kalini, semua ada dekat kampung gua ni. Tahun lepas, keluarga yang berbaju ungu merangkap adik lelaki bogsu mak gua tu raya first dirumah isteri dia. Jadi boleh lah buat gambar ramai ramai walaupun famili gua tak ramai mana.
Sempat juga gua amik gambar dengan famili tersayang gua. Suwit suwit gitu amik gambar atas buai kan. Keluarga gua memang suwit suwit belaka.
Pada hari raya pertama ayah dengan abang gua balik dulu meninggalkan gua dengan mak gua dekat kampung sebab mak gua dapat cuti lebih tapi bapak gua tak. Jadi hari raya kedua lah gua dapat beraya jauh sikit dengan famili. Pergilah dekat kenalan kenalan yang dekat dan yang sempat. Malam kedua raya, barulah gua jejak rumah gua dekat pontian semula. Camtulah raya gua. Takdelah havoc ke grand mane macam orang orang lain pun, tapi sudah cukup buat gua rasa terbuai buai dalam kebahagiaan.
p.s:
Bapak gua dah bawak balik motor yang dia bikin, Honda bulat. Motor lama time time bapak gua mula mula kawin dengan mak gua. Suwit je, sebagai kenangan kata bapak gua. Sanggup tu. Btw, gua rasa macam nak cerita pasal beraya satu hari dengan kawan kawan dekat pontian tapi tak ada gambar. Tengoklah kalau gua ada mood nak cerita.
Repekan oleh Fizzy M. Pietrov at 1:35 AM
Tuesday, August 21, 2012
New Slates.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selamat hari raya semua. Actually aku baru jugaklah sampai ke Pontian dari Rumah Papan Warna Hijau. Mesti para pembaca ingin mengetahui bagaimana raya aku kan. Peh! Nampak sangat angkuh aku ini, bukan ada orang nak baca sangat pun laman sesawang ini. Jika ada sekalipun, terpaksa aku mengecewakan mereka kerana entri ini bukan untuk menceritakan bagaimana aku menyambut Syawal aku. Nope.
Sapa ada perasan perubahan yang berlaku di blog aku ini. Tiada. Pergi cari sekarang. Ah, lambat. Sebenarnya perubahan yang aku ceritakan adalah aku punya archive. Yang tinggal hanyalah sebahagian kecil di tahun 2010 sahaja. Maknanya, semua cerita yang aku ceritakan ketika awal awal aku bercerita telah disembunyikan. Honestly, bertahun juga aku terfikir hendak menyembunyikan kisah aku dizaman itu. Terasa jahiliah sangat ketika itu. Hahaha! Namun aku menunggu sesuatu dan beberapa hari lepas, penungguan itu berakhir. Dan pada hari itu juga aku bertungkus lumus menghilangkan jejak yang sepatutnya telah lama dilupuskan. Dan kini, mereka yang boleh membaca segala penulisan aku adalah orang yang mempunyai kata laluan akaun google aku. Sebab aku tak buang terus cerita itu kerana ia akan overwrite the first reason I made this blog. To keep track of my life. The second baru untuk memberi peluang mereka mereka diluar sana to take a peek of my life. The third and so on masih belum tersedia untuk diberitahu.
And so, I've let go some pieces of past to be given to time and let it fade into memories only. Time to start a new book I guess. Part of it. Sikit sikit kalau nak berubah pun kan. Nak turn 180 degree belum cukup kuat lagi aku ni.
Btw, next time aku akan cerita pasal hari raya bersama family pula. Harapnya lah. Assalamualaikum.
Repekan oleh Fizzy M. Pietrov at 4:14 AM
Saturday, August 18, 2012
Last Ramadhan 1433H
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Time flies too very damn fast, that I barely keeps the track. Ramadhan comes and gone. Today, is the last day and last night was the last terawikh for 1433H. Dear Allah, sungguh sedikit amalan aku kalau difikirkan semula. Setiap tahun resolusi dibuat, setiap tahun juga banyak yang tidak mampu digapai. Asyik nak sedapkan hati gunakan ayat kawan aku, "Biar sedikit asalkan kita masih kedepan" pun tak boleh juga. Terasa sayu juga lah bila bulan ni bergerak dengan pantas. Rugi pun ada juga. Jika lah aku tak mampu berjumpa dengan Ramadhan tahun depan, pergh! Menyesal aku.
Tapi bukan itu je yang aku nak bagitau kat sini. *kesat air mata* Aku juga nak bagitau satu benda yang aku tak pernah buat selama aku duduk kat taman nilam ni. Dua puluh tahun tu. Tak pernah sekali pun aku pasang pelita dekat rumah ni. Tahun ni, aku paksa jugak bapak aku setuju dengan idea aku. Bukan susahpun. Beli pelita yang dah siap tu, dengan sebotol besar minyak diesel, isi, bakar sumbu, voila! Ada pelita depan rumah. Tapi sebagaimana yang aku telah ungkapkan dalam entri lepas, memasang pelita ni akan membuatkan timbulnya perasaan sayu dalam jiwa. Sebab aku akan terkenangkan kampung. Dulu dulu time aku darjah pendek serta kemetot lagi, selalu pasang pelita. Dan rasanya dah bertahun tahun tidak memasang pelita even dikampung tu. And even now after my grandfather passed away. Alah. Sayunya rasa.
| Bersepah lagi time ni. Sekarang dah kemas sikit. =) |
Kemudian aku nak ucapkan Selamat Hari Raya sebab after this aku akan pulang ke kampung untuk dua atau tiga hari. Jadi sebelum aku pergi, ingin aku mengucapkan selamat hari raya kepada beberapa kawan kawan yang tidak ada di facebook untuk ditag dalam gambar yang aku edit. So, disini juga aku memohon maaf pada para pembaca secara sengaja atau tidak sengaja, tahu ataupun tak tahu.
On separate note, aku terfikir lagi untuk berhenti menulis di sini untuk kesekian kalinya. Ada juga kawan aku yang always creates new one after each new year. Dan ada juga kawan aku yang move on dari past sebagaimana aku inginkan setiapkali aku memikirkan isu ini. Langkah yang pertama itu banyak betul halangannya. Tunggu new year lah aku buat baru dan tinggalkan masa lepas. Aku cuma ingin hilangkan the year 2009 and 2010. Apart from that, aku tak kesah malah bangga dengan semua entri aku. Haha!
Again on separate note, beberapa minggu lepas kawan aku ada berkata. Based on his experiences, he said "Kalau betul kita nak berubah, Allah akan bantu." Disitu juga aku terpempan, di kedai Joe Burger di Pontian. Namun, dapat juga aku cover macho depan kawan kawan. Tidak mengetahui kata kata mereka terkena straight kat batang hidung aku.
Oh well, memang susah nak keluar dari comfort zone. Tak apalah. Yang penting aku mahu tido dan bersedia untuk puasa terakhir pada tahun 1433H.
Repekan oleh Fizzy M. Pietrov at 3:06 AM
Sunday, August 12, 2012
Puasa ke - 23.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari ni dah 12 Ogos bersamaan dengan 23 Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Aku pulak makin busy dengan persiapan nak berangkat ke UiTM Segamat sekali lagi untuk menjadi mahasiswa Ijazah Perbankan Islam. Bila busy kawan kawan akan tanya, "Busy nampak, buat apa?" lepas tu aku akan jawap "Adalah sikit nak siap siap untuk sambung belajar ni." akhirnya bila diorang jawap "Untungla.". Lagi lagi bila yang menjawap tu orang yang tak sambung belajar, ataupun dah kerja ataupun masih rayuan. Aku pun buat muka cipan.
Puasa dah nak habis, terasa macam nak bulan puasa ni perlahan. Biar lama lama. Biar lambat lambat. Laju laju bulan puasa ni nak pegi mana eh. Raya makin lama makin hampir. Pernah tak aku beritahu sama ada secara lisan mahupun bertulis yang aku dengan raya ni tak berapa ngam. Bukan maknanya aku tak suka raya, tapi aku kurang suka raya. The feeling, beli baju raya, main bunga api, main perang perang dengan jiran sebelah, lari lari bila baling mercun bola dekat orang, beli lemang time dah hujung hujung puasa, sibuk sibuk kemas rumah, pasang langsir baru, kusyen baru, vacuum sana sini, tengok rancangan rancangan raya, dengar lagu lagu raya, pasang pelita, siap siap untuk malam tujuh likur and all the things typical malays buat. Semua yang aku senaraikan tu, aku dah tak buat. Aku dah tak dapat buat. Sebab terlalu banyak yang berubah. Semuanya tidak seindah dulu dan jika aku buat mana mana yang disebutkan diatas, perasaan jadi sayu.
So I rather stays in the month of Ramadhan. Oh and this is the first time raya without arwah atok. Mesti nenek rasa sedih nanti. Ish. Tak nak raya boleh?
Okay, nak sambung membusykan diri. Btw, Olympic London dah buat closing ceremony pun. Katanya nak bom satu stadium buat ramai umat Islam mati, yang disebarkan oleh golongan golongan paranoia tu. Mane? Kata Olympic London ni klimaks perancangan Zionis, Illuminati bagai. Bullshit. Dan orang yang menyebarkan cerita itu juga pun sama.
Repekan oleh Fizzy M. Pietrov at 3:20 PM
Thursday, August 2, 2012
Losing Ground.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
I just want to say.
That I'm losing my ground.
Lost in the fight
I've work so hard for.
I'm getting tired.
Not because I'm losing.
Tired of the game itself.
Stirred in my own strategy.
I want to stop.
Laying low for a while.
Get into my own jail.
Finding my own solace.
Surrounding doesn't help much.
Nostalgia's a bitch.
Timing's a bitch too.
And now the time has come.
Repekan oleh Fizzy M. Pietrov at 2:30 AM
Subscribe to:
Comments (Atom)










