Saturday, November 26, 2011

Tersurut keris dibawah pendekar itu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi.

Adakah benar engkau pendekar.

Bila pencak cuba dibuka,

Adakah lutut tidak bergetar.

Kau kata tidak mengapa,

Adakah engkau tidak mendengar.

Aku sudah lama berkata,

Yang aku telah kurun beredar.


Jika aku yang kau cari.

Tidak dapat aku beri.

Jika aku yang kau mahu,

tidak dapat aku bantu.

Cerita lama usah dibuka dan jangan dialihkan muka surat itu. Biar ia berteleku dilitup habuk. Jangan disiarkan lagi kisah seorang pendekar. Telah lama ia tiada dan telah lama ia hilang. Jangan dicipta satu lembah baru bersama pendekar itu. Tinggalkan ia. Jadikan ia satu kenangan. Yang tinggal hanyalah keris tidak bertuan dan keris yang keseorangan. Jika pendekar itu kau rindu dan jika pendekar itu kau pingin. Tiadalah dapat aku tunaikan dan tiadalah dapat aku laksanakan. Tinggalkan harapan mu itu yang tidak akan kesampaian.

Salam akhir tahun 1432 Hijrah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...