Friday, September 6, 2013

Essence of Remorse

Hello again. Hello September. Hello reader. [using singular, not plural]

Actually, aku tidak berniat untuk berkata apa apa disini. Ok, itu tipu sebab aku cuba buat entri untuk meng-summarize-kan semester empat aku sebagai Islamic Banker berbelas belas kali namun akhirnya aku give up juga berbelas belas kali.

Dan sejujurnya, aku tidak berniat langsung untuk membuat entri sekalipun pada pagi yang sedap kalau tidur memandangkan hujan turun dengan renyai renyai sejak aku balik dari lepak tadi. Almaklumlah, aku cuba untuk tidur awal disebabkan kelas aku akan bermula pada Isnin ini. And yes, aku akan menjadi pelajar semester lima.

Oh, tertanya tanya juga mengenai keputusan aku kan? Alhamdulillah, atas kurniaan Illahi, aku berjaya mendapat dekan buat kali keduanya sebagai Islamic Banking student. Barely. Walaupun aku tahu usaha aku tidaklah sehebat mana, tidaklah serajin mana, dan ianya adalah setimpal dengan usahaku. Okay, I know I can be better tapi rezeki terletak pada Yang Maha Pemberi kan.

Kembali kepada tujuan sebenar. Aku dah baring dah actually, selepas dengar Surah Al-Waqiah dekat lappy dah habis dan dah tutup, siap tepuk tepuk bantal lagi kasi lebih empuk. Namun, aku masih tak dapat melelapkan mata. Kerana aku memikirkan sesuatu. Apa yang aku fikirkan ye? Aku fikirkan kesalahan yang aku buat hampir 3 tahun lepas. Tiga tahun berlalu, aku tiba tiba rasa remorse yang melampau malam ini. Penyesalan keatas perbuatan aku itu membuatkan aku rasa ingin sekali memohon maaf kepada empunya badan, kepada ibu bapa empunya badan. Ini bukan remorse-I-want-to-get-back-together, no. Tapi  ini remorse-what-if-I-die-tomorrow?

So, what if I really die tomorrow?
I am not ready. Really.


Oh and by the way, aku terserempak dengan ibu bapa ex aku yang kedua. If you in my shoes, what would you do? 

And what did I do? Aku ternampak kelibat mereka, aku terpempan dan terkedu for about 0.7 seconds dan berlangkah pergi meninggalkan premis Red Modani ketika membeli kasut. Ya, aku ada kasut baru. Tak perlu bagitau tentang itu pun sebenarnya. 

That five years ago still there is no closure and never will be. I'll be carrying that for lifetime. And in the next. Aku masih ingat pabila aku berbicara tentang ini dengan sahabat karibku yang sekarang dah habis belajar dah pun dan dah nak fikir tentang kerja sekarang. Dia lah sahabat zaman jahil dahulu, zaman gelap dahulu, zaman taiko dahulu, hinggalah ke zaman akhir remaja, zaman kembali ke sinar, zaman awal dewasa dan kini zaman kerjaya. How soothing his words are. Katanya, yang dah lepas jangan dibuka lagi cerita, apa kesannya, apa natijahnya, apa selepasnya jangan difikirkan dahulu. Kerana kita tidak mampu untuk mengubah apa apa yang telah berlaku, zaman gelap kau dah pun tinggalkan. Jadikan ia pengajaran dan teruskan perjalanan. Not exactly his words but that the gist of it. Kami, aku dan dia masih lagi bertarung berterusan melawan segala cabaran demi mengukuhkan "tapak" dalam berpijak di dunia sementara ini. Aku harap dia akan dimurahkan rezeki dan diberkati sepanjang hayatnya.

Huh, dah lama tidak meluahkan disini tiba tiba terasa lega pula. And I found out that I do not trust many people with all my secrets and past. And many who does, turns against me. Not turning against, macam kasar sangat bunyinya, more like growing apart

p.s:

I've change a lot, so do not treat me, looked at me, and stuck with a view of who I was.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...