Hai. Sedar tak sedar dah sebulan berlalu. This is going to be a monthly occasion, is it? Writing in here. Tak sempat bercerita pasal Broga dan Sg. Congkak lagi. It's a good story. A happening time. Still got a loose end here and there but who cares. Treasure the lovely stories, it makes me happy in the future. Hari ini rasa macam nak kesini sebab rasa macam nak rambling and ranting dalam banyak perkara. Not too many I hope, but future me, bear it with me.
3 Februari tahun depan aku akan praktikal. Aku rasa semakin lama semakin tua. Lihat gaya penulisan pun dah tahu. Dan dua bulan setengah sahaja lagi aku bergelar pelajar universiti. Ah, aku tidak mahu mengiranya. Like all good things, it will end. Sooner or later. I hope for the later, but who am I to stop time. Tiga pilihan pihak universiti bagi, dan aku isi Bank Kerjasama Rakyat, Syarikat Suruhanjaya Malaysia dan Johorland. Sejujurnya aku tidak kisah aku kemana sebab aku tidak mahu meletakkan harapan di mana mana. The more you hope the more you'll get hurt. Tapi memikirkan tanggungjawap yang masih kekal dibahu mengharapkan aku kekal berada di Pontian. Jika tanya famili pun disuruhnya begitu. Tapi jauh disudut hati aku, aku ingin keluar dari Pontian.
Bercerita tentangnya, cuti lepas aku jumpa kawan aku seorang. Dah kerja dah dia jadi manager in some sort of firm. Pilihan pertama latihan industri itu merupakan ideanya juga. Macam biasa, kalau aku dan dia berbicara, pelbagai cerita yang kami ceritakan dan diskusikan. Dia memberi komen tentang keinginan aku ingin keluar Pontian dan membina hidup baru and start from a scratch itu. Dan ia mengingatkan aku juga tentang tanggungjawap yang aku galas. Kali pertama aku terpempan cuti kali itu. Kali kedua adalah ketika aku lepak dengan lagi seorang kawan aku, mengingatkan aku untuk treasuring life as it is as you may be not you if you change something even a little in your past. No matter how bad you looked in your past, it brings you here, right here. Well, itu yang dia kata. Aku dah tahu cuma kadang kadang aku alpa kerana aku juga manusia biasa. Malah antara yang lemah. Like I once said, darkness is very alluring. So maybe, I've grown darker these few months. Just maybe.
Pabila menyentuh tentang cuti, ada satu kerja gila aku buat bersama si barua yang gila tu. Asal buat kerja gila je mesti dia ada. Cuti haritu aku pergi menunaikan misi mengejut. Ke daerah Kluang aku pergi. Nasib baik sampai itu belum azan Mahgrib. Sampai rumah semula hampir hampir azan Isya' berkumandang. Kerja gila tapi itu yang mahu aku lakukan. Sejujurnya.
What I do, up until now there is no coercion. I do what I want, I say what I think. No matter how other perceive it. It is a double edge sword. It is my strength and my Achilles' heels.
Azan subuh sudah pun berkumandang, maka tamatlah rambling and ranting aku pada waktu ini. Jika ada umur yang panjang dan kesempatan yang hadir, InsyaAllah akan ada lagi entri baru. See you when I see you.




