Sunday, December 4, 2011

Will You Hate Me?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Lagu ni Hlovate punye pengaruh. Sesiapa yang dah baca 5 Tahun 5 Bulan tu akan terserempak dengan lagu ni. Dan antara sebab aku pos lagu ni kat sini sebab ada bait - bait liriknya yang menyentuh jiwa. Which is:

What if you knew about all that I do?
The things that I think,
The me that is true.

Would you call me a hypocrite?
Called me a liar?
Would you cursed out my name?
Would you damn me to fire?

Would you know what to say?
Or would you just walk away?

Dan lagu ni sedikit sebanyak memberi kesan yang dalam. Oh well. Ok, tak nak cerita lebih - lebih dan panjang - panjang takut lari tajuk dari apa yang sepatutnya. Sebenarnya aku nak cerita macamne aku sambut hari jadi aku yang bertarikh 2 December ni. First off, aku bangun pagi sebab ada kelas pukul 8. Habis kelas, pergi makan tengah hari. Balik tu aku tido sampai pukul 6 petang. Kemudian jogging around taman sampai pukul 7. Makan malam, main futsal. Habis. Hahahahahahaha. Imba. Pastu tak boleh tido walaupun badan penat sampai 9 pagi esok. Nasib baik aku tak ada kelas isnin ni. Tarikh itu untuk tahun ini telah pun berlalu. So long. Meet me again next year. Insya-Allah.


Btw, baru - baru ni aku menyaksikan seorang manusia yang dicabut nyawanya dengan cara yang dasyat. Dia kene langgar dengan kereta api. Kejadian berlaku lebih kurang jam 9 pagi. Bila aku balik dari sarapan time aku tak boleh tido tu. Dasyatnye sebab tak pernah aku tengok accident sampai pecah kepala, otak terburai dan lain - lain. Nasib baik aku tak nampak muke die, kalau tak boleh masuk mimpi. Dan time - time tu lah otak aku berputar ligat ingat semula jalan pulang ke jalan Allah. Subhanallah. Rapuh betul nyawa kita sebagai manusia. Bila - bila je boleh 'jalan'. 

p.s:

And now officially, lagu Kotak Hati - Hujan stuck dalam otak aku sekarang ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...