Nak juga cerita ombak rindu kat sini. Almaklumlah. Semua orang berpusu - pusu cerita pasal cerita ni walhal aku dah baca cerita die kurun ke 14 lagi time Parameswara buka kota Melaka. Sejak dari 2 minggu lepas, populasi Segamt ni menurun sebanyak 70% ketika hari minggu kerana semua pergi tengok cerita ni. Semua sebab Segamat tak ada panggung wayang. Tengok nanti, terciptanya LFS kat segamat ni, tergamam semua. Hahahahahahahaha. Aku pergi time ahad lepas tengok midnight punye wayang. Terserempak pulak dengan Aniq si Naga Dunhill. Tengok lah sekali dengan die. Feeling beb die tengok cerita ni. Hahahaha. Fokus gile. Aku tak ada la sedu sedan tangisan. Lelaki macam aku mana ada air mata. Hingus je keluar. Ewww. Geli aku. Melaka tempat aku jejakkan kaki untuk tengok cerita Ombak Rindu ni. Tapi aku tak nak komen pasal cerita ni, sebab tentulah aku lebihkan buku die berbanding cerita sebab cerita die terhad 2 jam. So, tak every scene masuk. Aku nak coretkan yang aku pegi Melaka. Lagi untuk keberapa kali aku pun dah lost count. Mungkin ke 26 kali.
Arakian nak dijadikan cerita, pergi lah kami berlapan, 2 kereta. Campur dengan Naga Dunhill tu jadinya 11 orang. ingatkan nak lobi wayang tu jadi kitorang punye. Tapi kalau dah die bukak 3 wayang seamata - mata siarkan cerita tu, tak dapatlah. Telah habis sudah cerita itu, pergilah aku jejakkan kaki ke Pantai Klebang untuk men-shisha. Lagi. Dan disini lah cerita menarik keluar. Sebab yang perginya berempat. Bila tak ramai, banyak lah cerita yang keluar. Banyak lah yang aku tahu. Baru lah aku dapat isi some loop hole dalam cerita mereka - mereka ini. Lebih - lebih lagi tentang beberapa subjek aku. I can't be two place at once, hear and know everything. Nak cari informasi senang je kat sini, tak perlu tanya, cuma pasang telinga. Tapi cerita disana habis disana lah kan. Sebab adat orang melayu sejati, biar pecah perut jangan pecah mulut. Solidarity itu penting. From what I think going to be a bullshit night turns out to be one of hell thing. Good things comes for those who waits eh? Terbaik.
p.s:
When you know something you shouldn't. It cost you. Greatly. So if you can't pay the price, don't search everything. The life and the path that I chose is hard. I already pay the price with my life. Remember they say, curiosity kills the cat? It kills. Literally.




