Your life is not fated to intertwined with mine and you claimed that our lives is parallel. Since when you became so predictable?
Assalamualaikum,
Maaf kata pembuka kadang kala melahirkan tanda tanya yang hebat. Tidak selalu juga aku singgah disini melahirkan rasa hati yang semakin hari semakin tenang melayan karenah dunia yang selalu dianggap suram dan kelam oleh sesetengah pihak.
3 hari lagi tepat sebulan aku menjadi pelajar ISB di UiTM Segamat. Alhamdulillah aku sudah dapat merangka perjalanan aku semester ini dengan subjek subjek yang berteraskan sepenuhnya dengan Syariah Islam. Kadang tergopoh juga aku mengejar suasana pembelajaran Ijazah ini. Tetap juga aku rasa goyah malah makin terasa goyahnya asas aku sejak akhir akhir ini. Manakan tidak. Beberapa kali juga aku terasa kepedihan dan kegelisahan bagai cacing kepanasan bila berdiskusi tentang agama kerana memperlihatkan betapa ceteknya aku dalam ilmu agama. Disebalik segala itu terasa bersyukur juga aku memilih jalan ini sebagai batu loncatan walau terasa berpasir ditekak merempuhinya.
Perbelanjaan sebagai pelajar baru disini tidaklah sebagaimana jika aku ketempat yang lain. Ramai juga yang bertanya, "Tak bosan ke masih di bumi Segamat?". Banyak juga sebab musabab aku mempertahankan keputusan aku untuk terus berada disini. Kewangan juga salah satu sebabnya. Beberapa masalah dapat juga aku tempuh bila bercerita perihal begini namun alhamdulillah Allah menetapkan rezeki yang cukup untuk aku disini.
![]() |
| Most of Classmate of JBM2293C |
Insya-Allah, jika tiada aral melintang dalam semester ini, aku mampu mengejar pencapaian yang aku mahukan. Semoga segala urusan aku dipermudahkan.
p.s:
Different things in term of my schedule and my life do happen in my first month. Good things. Said so by my housemate who also my housemate in Diploma last year.



