Thursday, September 20, 2012

Adaptation.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayng.

Tiba tiba rasa janggal bila preface kat blogger ni dipaksa untuk berubah oleh pihak google sendiri. Dah banyak kali aku ditanya nak ubah kepada new preface aku asyik reject je. Hamek kau, dia tukarkan sendiri untuk aku. Rindu preface lama. 

Dua minggu aku menjadi pelajar ISB. Beratus juga duit aku habis beli buku. Banyak betul persiapan dan perbelanjaan sebagai pelajar baru. Nasib baik aku dah pernah duduk kat Segamat ni. Mudah sikit aku nak buat apa apa operasi. Kena pulak, lelaki kelas aku macam ramai yang passive. Terkena juga aku jadi class rep. Ah, bukan aku kesah. Memang takde nya aku nak buat kerja bagai. Teringat pula pesan kawan aku supaya menjadi lebih aktif dalam kerjaya bila aku masuk nanti. Sudah, sedangkan jadi class rep pun malas apatah lagi nak jadi exco ke apa ye dak? 

Ah, itu cerita degree aku yang setakat ini masih bosan. Mungkin sebab rindukan budak budak kelas lama. Mana tidaknya. Ikatan ukhwah dulu tidak lagi seperti selalu. Ramai juga yang mengatakan benda yang sama dilaman laman sesawang. Tapi bukan aku. Disini juga aku cerita. Eceh. *ludah*


Dan dan aku teronline ni yang memang sangat susah nak online, terbaca lah kisah kawan aku yang laju laju laju tu dah dapat kerja dah. Ceritanya dah tau, tapi nak baca in detail jugak. Menarik juga kisahnya. Tak tahu pula nanti aku bagaimana. Murah rezeki kawan aku tu pergi interview 3 4 kali sudah dapat kerja. Alhamdulillah. Eloklah pun. Rezeki pun bukan datang bergolek ye dak.

Tapi ada satu benda yang aku nak cerita kat kau tapi kredit sikit, online pun jarang so harap kau faham bila kau baca ni. Yang aku nak cerita aku mintak tunggu aku ada masa tu. Ingat tak time aku dan kau gaduh tahun lepas pastu kau fire aku gune apa yang aku cerita kat kau, yada yada sume tu aku pun dah lupa dah ape yang berlaku. Pasal dia itu lah. Setelah hampir setahun setengah juga tiba tiba muncul semula. Tak ada apa pun sebenarnya nak cerita. Cuma mahu kau tahu. Kemunculan dia cuma buat aku terpempan 2 saat kemudian aku tetap melangkah ke dunia realiti. Sebab aku pun dah Ijazah sekarang. Masa depan yang ingin aku gapai makin hampir. Itu sahaja. 


Alhamdulillah, aku dapat adapt sedikit demi sedikit suasana dan situasi menjadi pelajar degree. Ramai yang mendoakan aku disini walau aku tidak mengetahuinya. Akhir kata, doa mereka semua menjadi pendorong aku melangkah ke depan. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...