Beginilah.
Baru baru ini aku kehilangan seorang kawan perempuan. Well, dia merajuk atas sebab aku lupa tarikh lahirnya. Dapat aku rasakan kekecewaan dalam suaranya ketika menyuarakan dalam telefon seminggu selepas hari jadinya. Actually, bukan aku sengaja lupa pun. Aku terlalu sibuk berada dalam permasalahan keluarga sehingga aku alpa. Bila aku lupa, dia merasakan bahawa dia tidak penting dalam hidup aku. Mungkin sebab itu dia kecewa sangat. Aku pula dikala kesibukan ini hilang semua teknik teknik memujuk aku. Tambahan lagi, time time cuti ni aku memang tidak lah nak topup. Takkan nak mintak mak topupkan. Malulah sebagai seorang lelaki yang berumur 20-an.
The way I see it, I got two choices.
Yang pertama aku pujuk gila gila punya macam pujuk orang yang begitu berharga tu. Dalam pemikiran aku yang berteraskan romantis dan ayat ayat manis ni macam macam cara aku boleh pujuk. Tapi aku terfikir, kebelakangan ini aku bagaikan tidak boleh membezakan cara dengan seorang kawan dan cara lebih dari kawan. I'm standing on the line here. Figuratively. Jika aku pilih pilihan yang pertama, takut takut ia akan menimbulkan beberapa idea yang tidak benar di pihak sebelah sana. Jadi aku takut. Kebetulan sehari sebelum hari itu ibuku ada berpesan supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu meletakkan harapan padaku.
Dan pilihan yang kedua adalah membiarkan ianya begitu dan berlalu begitu. Now, dia seorang kawan yang baik. Tidak penat melayan karenah aku yang sibuk, banyak songel, banyak ragam. Menerima aku walau ada sedikit sebanyak bercanggah pendapat. Namun dapat aku rasakan dia cuba membimbing aku kesatu jalan yang benar. Jadi merupakan satu kerugian bagi diri aku jika aku terus kehilang seorang rakan yang begini. I really wish I could've told her what's been occupied me these couple weeks because it is the only thing that can make her understand. But, I'm Fort Knox-ing it due to not having any other choices. Dua pilihan ini akan menyebabkan persahabatan yang sedia ada dibawa ketahap seterusnya ataupun memusnahkannya sekaligus.
Inside out, all I can say is I'm not ready to be in any commitment if I bring that friendship to the next level but I cannot lost the friendship either. So what am I going to do now is wait. Stalling hoping that what comes out of it is option number three that is staying as it is before. Not more not less.
p.s:
Funny semua orang risau pasal result, aku risau pasal sebuah persahabatan.
Btw, pelik juga aku still not come out from all of this. Still afraid of being hurt again. 3 years and still afraid. Tapi aku ada ramai kawan yang meneman. Again, I'm really standing on the line. The biggest risk of staying solo for too long is the believe that nothing will be better than it is. That is my biggest challenge right now. Istiqomah dalam kepercayaan.



