Monday, January 24, 2011

Akhirnya cuti Thaipusam 5 hari.

Current song : Mendengar dengkuran member.
Current mood : OMG [oh! memang gerek!]

Ye. Tajuk diatas menunjukkan sudah habis cuti. bermula kembali kelas. Mungkinkah aku memang menunggu kelas? Oh. Mungkin. Tapi kelas hanya tinggal seminggu saje lagi. minggu depan sudah cuti lagi. Cuti raye cina pula. memang aku duduk rumah 10 hari. 

Highlight cuti ini :

- jumpe member lame. Cik L. Seseorang yang konon - konon gangster, tapi sebenarnya seorang yang sweet.
- pergi overnight bersama junioooooooor!! DoTA 9 game. Dan kalah 5 - 4. 
- Pergi Sagil dengan juniooooooooor!! 
- Aku confess secara xlangsung / kias. nampaknya bukan jawapan yang dimahukan. nt aku cerita.
- Berita hangat budak kelas yang mungkin ada pasangan?

Tibe2 aku rase ramai member aku yang ada blog. starts from bobo, then shawn, lazim, rifhanisa, aqasha pun ada? Budak - budak sekarang memang maju kan? asal aku rase ketinggalan zaman? ouh. tidak. 

Mari kita cerita pasal cik L. cik L ni da lame tau tentang kewujudan blog ini. mungkin sejak tahun lepas? Namun, yang kelakarnya. dia lupa nombor 069. hohohoho. So it seems aku kekurangan follower / stalker sorang. huhahehui. cik L ni serba sedikit seperti aku juga. macam aku, die emo. Suka simpan rahsia. Degil. Xnak mengalah. Orang pertama yang melempang aku. mak aih. selain ibu bapa ok. Ha! Gelak2! ye2. aku kene lempang dengan perempuan. hohohoho. pantang dicabar cik L ni. selalu cuba menegakkan kebenaran. Melawan. hohoho. Tapi, semua ini bukan keburukan die ok? pada aku, semua ini kelebihan die dimana tidak semua perempuan mempunyai sifat2 unik ini. Oleh itu die juga boleh dikatakan independence. Tapi kadang2 dependance jugak. hohoho. dah3. xmo cite lebih2 pasal cik L ini. Lain pulak jadinya nanti. Tapi, yang aku cuba sampaikan adalah : Aku seronok berkawan, melawan, melayan, berborak dan bertengkar dengan kau. Peace ye? Aku sayang kau juga. hohoho. sayang member lah.

Dan dia juga minat dengan Detective Conan!!

Ok, mari kite cerita pasal aku direject. Ye. Aku main kias2 lagi. Tapi nampaknya bukan jawapan yang aku harapkan telah diberikan. nasib baik aku kias2. masih boleh cover baek punye! kalau aku all out, mesti benda jadi akward. hohoho. tak akward xpelah. semua berlaku masa minda logic aku hampir tidak berfungsi. dan aku hanya berfikir ikut hati. maka, berkias2. Dia berkata yang mungkin soalan yang aku tujukan itu tersalah orang. hahahahaha. mungkin benar? mugkin tidak? kalau ditanya apa aku rase. peliknya aku xrase apa - apa pun, sebab aku xde lah mengharap sangat. berkesan juga kata - kata kawan aku yang menasihatkan supaya tidak terlalu mengharap. Tapi, mungkin dia anggap aku main - main. itu lebih elok. Jadi, kita tunggu dan lihat sajalah...=)

Teeeeet!! Reject. Sekarang boleh jual perasaan aku kat Reject Shop...=)

Ok, habis cerita pasal aku. Mari bercerita pasal ilmu.

Otak kita ada kanan, ada kiri kan? Anda yang mana satu? Kiri atau kanan? Atau average dalam kedua - duanya sekali? Mari kita lihat gambar ini :

Click kalau xnampak...=)

Kalau aku lah.
1.   More to feeling [right]
2.   Detail oriented [left]
3.   Facts rule [left]
4.   Words and language [left]
5.   More to future [right]
6.   Math lah! [left]
7.   more to comprehend [left]
8.   More to believes [right]
9.   More appreciates [right]
10. Pattern perception [left]
11. More to function [right]
12. Reality [left]
13. Present possibilities [right]
14. More to risk taking [right]

opps. 7 vs 7 lah. so, aku average dalam kedua - dua penggunaan bahagian otak. hohoho. Saya memang seorang lelaki yang average dalam segalanya. Like it that way....=)

Now, test for you :

Aku boleh buat dalam 10 saat menyebut colour dengan btol.
Ok. itu sahaja kali ini. Esok - esok jumpe lagi. Esok kelas!! damn!
Ciao~
Salam sejahtera keatas kamu semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...