Current mood : Errr...Esok ke Gunung Arong? -.-"
Current song : My December - Linkin Park
Pada Rabu lepas bersamaan 16 Mac 2011, kelas aku telah membuat event 'private'. kitorang disertai oleh budak - budak kelas sahaja. Kami telah membuat satu permainan, bukan seperti budak - budak zaman sekarang yang bermain video games, Prototype, Modern Warfare, Need For Speed, Counter - Strike dan macam - macam lagi. Kitorang hidup pada sebuah zaman dimana kami masih bermain permainan - permainan tradisional. Seperti Congkak, Batu Seremban, Ceper, Pepsi Cola, Galah Panjang dan macam - macam lagi. Tetapi pada event ini yang disertai oleh separuh sahaja budak kelas, kami telah bermain satu permainan bernama Baling Selipar. Pernah dengar? Ye, amek selipar, baling, sape kene kuar gelanggan. Nak menang kene dirikan 3 selipar sebelum semua ahli terkeluar. Sudah pasti, kumpulan aku menang. =)
![]() |
| Kitorang memang pendekar - pendekar selipar dari kampung...=) |
Thanx also to Aidil Zakuan kerana membelanja kitorang semua 2 bucket KFC, Adah yang belanja 6 bungkus air. You guys memang rock dan sporting. =) I like budak - budak kelas.
Kemudian, next topic baru nak cerita tentang tajuk tu ha. Okay, ape rasa - rasa korang kalau korang terpaksa pilih antara 2 perkara yang korang mahukan? Contoh, antara Lamborghini Spyder ataupun Aston Martin? Ok, contoh melampau sangat. Tapi begitulah situasi aku. Aku hendak memilih antara pergi Gunung Arong ataupun Pertunjukan Silat di DST. Kedua - dua event ni pada aku penting [honestly, sebab perempuan]. Setelah penat berfikir, aku akhirnya membuat keputusan untuk pergi ke Pertunjukan Silat tersebut kerana :
Kadang - kala kita kena utamakan diri sendiri.
Baru fikirkan tentang orang lain.
Namun, aku xtahu aku dapat hidayah dari mana, tiba - tiba aku terfikir. Dalam pos - pos aku yang lepas aku telah mengatakan bahawa aku hendak berubah. Tidak lagi menjadi hamba perasaan. Tidak lagi kehuluq - hiliq cuba untuk menawan hati seorang perempuan. Tidak lagi akan membuat sesuatu itu hanya memikirkan kerana seorang perempuan semata - mata. Jadi, keputusan aku berubah lagi saat - saat akhir kerana aku terfikir :
Aku lelaki. Perempuan ikut cara aku.
Bukan aku yang mengikut orang perempuan.
Ok, mungkin terlalu kasar bunyinya. tetapi, selama ini aku berlembut hati dengan insan bernama perempuan. Jadi, bila aku buat lagi sekali pro dan con nya dalam situasi aku tadi tanpa melibatkan tentang perempuan, aku lagi menginginkan untuk pergi camp dekat Gunung Arong 3 hari 2 malam berbanding tengok silat yang hanya satu malam. Lagipun, dapat jugak teman member aku menemankan ehem2 beliau. Ops. sekarang sudah tidak ehem2 lagi. Sudah up sikit jadi girlfriend. Sikit xbgtau member. Ceit. Bagero.
Walau bagaimanapun, aku tetap memikikan tentang kesahihan keputusan aku tersebut. Namun, aku tidak akan dapat jawapannya sebelum aku menempuh hari - hari tersebut. Oleh itu, aku kuatkan Iman, dan katakan pada diri aku :
Apa jua keputusan aku.
Dan apa jua yang berlaku.
Adalah yang terbaik untuk aku.
Ini adalah janji Allah.
So, doakan keselamatan kumpulan kami seramai 16+ orang ke Gunung Arong yang bertolak pada petang Jumaat ni, after sembahyang Jumaat.
![]() |
| So what if I'm different? |
p.s : maybe I should move on. Maybe others can see me like the way I see you.





0 Tipu daya manusia:
Post a Comment