Bismillahirrahmanirrahim....
Baru - baru ini aku menjawab panggilan ibu.
Ibu menceritakan tentang kesihatan ayahnya.
Alhamdulillah...
Semuanya stabil.
Namun, hidupnya akan selalu dibelenggu objek bantuan pernafasan.
Maka ibu menceritakan kepadaku.
Bagaimana punca yang diberitahu doktor.
Lalu aku bermonolog sendirian.
"Ini tak lain tak bukan mahu nasihatkan aku pasal merokok."
Sah. Aku tidak silap dalam jangkaan itu.
"Dik, paru - paru atok dah makin kurang kapasiti.
Atok mulakan memakan asap sepanjang umurnya sejak muda.
Mama tak mahu adik pun begitu.
Mama tak mahu adik sia - siakan usia adik.
Hidup masih panjang untuk adik.
Fikir - fikirkanlah adik."
Tersentuh aku mendengar nasihat ibu.
Lalu aku kembali bermonolog sendirian.
Terlalu malu untuk menyuarakannya.
"Adik mahu berhenti ibu.
Tapi adik tak mampu.
Adik tak sekuat ayah.
Sedangkan ayah yang begitu tabah itu pun susah.
Lagi anak bongsu ibu yang sebegini muda, ibu.
Tapi adik tak kan sia - siakan nasihat ibu."
Lalu aku menanamkan satu niat.
Niat itu menjadi rahsia antara aku dan Maha Mengetahui.
Sekian monolog aku di sini.
p.s :
I'm sick of going to sleep alone.
And it's sickens me when
it stays the same when I woke up.
it stays the same when I woke up.




