Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Time flies too very damn fast, that I barely keeps the track. Ramadhan comes and gone. Today, is the last day and last night was the last terawikh for 1433H. Dear Allah, sungguh sedikit amalan aku kalau difikirkan semula. Setiap tahun resolusi dibuat, setiap tahun juga banyak yang tidak mampu digapai. Asyik nak sedapkan hati gunakan ayat kawan aku, "Biar sedikit asalkan kita masih kedepan" pun tak boleh juga. Terasa sayu juga lah bila bulan ni bergerak dengan pantas. Rugi pun ada juga. Jika lah aku tak mampu berjumpa dengan Ramadhan tahun depan, pergh! Menyesal aku.
Tapi bukan itu je yang aku nak bagitau kat sini. *kesat air mata* Aku juga nak bagitau satu benda yang aku tak pernah buat selama aku duduk kat taman nilam ni. Dua puluh tahun tu. Tak pernah sekali pun aku pasang pelita dekat rumah ni. Tahun ni, aku paksa jugak bapak aku setuju dengan idea aku. Bukan susahpun. Beli pelita yang dah siap tu, dengan sebotol besar minyak diesel, isi, bakar sumbu, voila! Ada pelita depan rumah. Tapi sebagaimana yang aku telah ungkapkan dalam entri lepas, memasang pelita ni akan membuatkan timbulnya perasaan sayu dalam jiwa. Sebab aku akan terkenangkan kampung. Dulu dulu time aku darjah pendek serta kemetot lagi, selalu pasang pelita. Dan rasanya dah bertahun tahun tidak memasang pelita even dikampung tu. And even now after my grandfather passed away. Alah. Sayunya rasa.
| Bersepah lagi time ni. Sekarang dah kemas sikit. =) |
Kemudian aku nak ucapkan Selamat Hari Raya sebab after this aku akan pulang ke kampung untuk dua atau tiga hari. Jadi sebelum aku pergi, ingin aku mengucapkan selamat hari raya kepada beberapa kawan kawan yang tidak ada di facebook untuk ditag dalam gambar yang aku edit. So, disini juga aku memohon maaf pada para pembaca secara sengaja atau tidak sengaja, tahu ataupun tak tahu.
On separate note, aku terfikir lagi untuk berhenti menulis di sini untuk kesekian kalinya. Ada juga kawan aku yang always creates new one after each new year. Dan ada juga kawan aku yang move on dari past sebagaimana aku inginkan setiapkali aku memikirkan isu ini. Langkah yang pertama itu banyak betul halangannya. Tunggu new year lah aku buat baru dan tinggalkan masa lepas. Aku cuma ingin hilangkan the year 2009 and 2010. Apart from that, aku tak kesah malah bangga dengan semua entri aku. Haha!
Again on separate note, beberapa minggu lepas kawan aku ada berkata. Based on his experiences, he said "Kalau betul kita nak berubah, Allah akan bantu." Disitu juga aku terpempan, di kedai Joe Burger di Pontian. Namun, dapat juga aku cover macho depan kawan kawan. Tidak mengetahui kata kata mereka terkena straight kat batang hidung aku.
Oh well, memang susah nak keluar dari comfort zone. Tak apalah. Yang penting aku mahu tido dan bersedia untuk puasa terakhir pada tahun 1433H.



