Tuesday, August 21, 2012

New Slates.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selamat hari raya semua. Actually aku baru jugaklah sampai ke Pontian dari Rumah Papan Warna Hijau. Mesti para pembaca ingin mengetahui bagaimana raya aku kan. Peh! Nampak sangat angkuh aku ini, bukan ada orang nak baca sangat pun laman sesawang ini. Jika ada sekalipun, terpaksa aku mengecewakan mereka kerana entri ini bukan untuk menceritakan bagaimana aku menyambut Syawal aku. Nope. 

Sapa ada perasan perubahan yang berlaku di blog aku ini. Tiada. Pergi cari sekarang. Ah, lambat. Sebenarnya perubahan yang aku ceritakan adalah aku punya archive. Yang tinggal hanyalah sebahagian kecil di tahun 2010 sahaja. Maknanya, semua cerita yang aku ceritakan ketika awal awal aku bercerita telah disembunyikan. Honestly, bertahun juga aku terfikir hendak menyembunyikan kisah aku dizaman itu. Terasa jahiliah sangat ketika itu. Hahaha! Namun aku menunggu sesuatu dan beberapa hari lepas, penungguan itu berakhir. Dan pada hari itu juga aku bertungkus lumus menghilangkan jejak yang sepatutnya telah lama dilupuskan. Dan kini, mereka yang boleh membaca segala penulisan aku adalah orang yang mempunyai kata laluan akaun google aku. Sebab aku tak buang terus cerita itu kerana ia akan overwrite the first reason I made this blog. To keep track of my life. The second baru untuk memberi peluang mereka mereka diluar sana to take a peek of my life. The third and so on masih belum tersedia untuk diberitahu. 


And so, I've let go some pieces of past to be given to time and let it fade into memories only. Time to start a new book I guess. Part of it. Sikit sikit kalau nak berubah pun kan. Nak turn 180 degree belum cukup kuat lagi aku ni.

Btw, next time aku akan cerita pasal hari raya bersama family pula. Harapnya lah. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...