Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Syawal kalini, baru aku terperasan. Sangat ringkas. Kalau nak jumpa semua kawan kawan yang dulu merempit bersama, bergosip bersama, belajar bersama, dan tackle awek awek bersama, memang agak susah walau bukan mustahil. Senang cerita kalau dulu bila cerita pasal kisah raya, lima enam buah motorsikal itu mudah sangat kalau nak dikumpulkan. Pergi kesana sini. Vroom sana. Vroom sini. Geleng geleng orang sekeliling sebagaimana aku menggelengkan kepala aku melihat anak anak muda waktu raya naik motor beramai ramai. Eh, bukan aku tidak menyetujui perbuatan mereka. Tapi menggeleng kepala mengenangkan masa lalu yang lama aku tinggalkan.
Itulah raya kali ini. Tidak semeriah dulu. Masing masing kini sibuk. Tidak tahulah mengapa. Mengalahkan ketua negara. Termasuk juga aku. Sebab raya aku kali ini cuma lah lapan kerat pergi jumpa kawan kawan pun tak lah sampai berpuluh rumah. Dapatlah juga didahulukan mana yang sempat mana yang penting. Tapi aku tiba tiba pelik. Memang jadi trend kawan kawan aku sekarang pergi beraya rumah awek masing masing? Mungkin juga, maklumlah aku juga yang kesepian ditemani skandal skandal yang tidak dapat memenuhi jiwa kosong dihati. Woha! Time raya, bile orang tanye, "tak beraya ke rumah ehem ehem?". Dengan selamba aku menuturkan, "Eh, kalau nak masukkan semua alamat tak beraya lah rumah ehem ehem korang." Lalu suasana sepi muncul, cuma yang kedengaran bunyi cengkerik. Hahaha!
Kembali semula pada kesibukan aku time nak beraya. Urusan nak kembali belajar bukan mudah. Namun ada juga yang ketepikan urusan tersebut semata nak beraya, kemudian ada juga yang menghubungi aku menanyakan masalah itu ini. Satu per satu aku handle dengan gaya konon konon mudah bagai soalan dua tolak satu. Tak tahu, pening juga aku sambil menekan nekan pelipis mata aku. Lama juga aku menyelesaikan pelbagai urusan sebagai persiapan. Masa yang digunakan memang agak banyak. Tidak sempat aku nak beraya kesana sini untuk merapatkan silaturrahim. Bukan tak mahu, masa tak mengizini aku berbuat demikian.
Dan hari ini tinggallah beberapa lagi urusan yang perlu diselesaikan. Namun aku cukup bersyukur, salah satu yang telah selesai, alhamdulillah. Yamaha SStwo. Kenderaan arwah atok aku diperturunkan ke aku. Pahit maung telah kuredah serta dompet telah dirabak dalam menyelesaikan urusan penurunan dan pembikinan motorsikal tersebut. Akhirnya aku tersenyum sendirian. Melihat hasilnya, melihat dan membayangkan suasana kehidupan aku disana akan datang. Dipermudahkan Allah. Alhamdulillah sekali lagi.
Begitulah cerita raya aku. Lebih fokus pada nak sambung belajar.
p.s:
Ehem, beberapa hari lepas ada juga yang mengajak aku ke bandar yang lama dah tak aku jejak. Konon konon aku nak refresh memori aku yang lapuk itu. Tak sedar, masa aku meninggalkan kisah secara payahnya itu, telah kubuang kebanyakan memori memori tersebut. Banyak yang sengaja aku lupakan. Sengaja aku kunci dalam peti besi lalu kutelan kunci peti besi tersebut. Walaupun aku dah jejak bandar tersebut, tak dapat aku membuka kembali kisah itu. Ada orang kata, nak melupakan seseorang itu ada tiga cara. Forgive, Ikhlas, Forget. Tak sangka pula aku menggunakan cara yang ketiga. Naik pelik juga aku lupa terus. Selalunya memori usang itu kupegang selama yang aku mampu, tapi tidak kali ini. Mungkin program itu menyerang Operating System aku dengan sangat hebat agaknya. Namun, tidak kulupa nasihat nasihat yang diberikan sebagai contohnya tentang kekufuran nikmat. Masih tersemat dalam minda. Ops, ini bukan aku nak rewind balik or anything. Cuma nak dijadikan sempadan untuk tauladan.
Teringat pula kisah aku digula oleh rakan rakan ketika berada dimeja snuker kerana tersenyum seorang diri serta tidak fokus dalam permainan setelah mendengar satu suara yang lembut mendayu di dalam corong talian telefon dari satu tempat kira kira empat jam perjalanan dari tempat aku berada ketika itu. Ah sudah, sejak bila pula aku pandai senyum senyum tanpa sebab ni. Ejek suara hati aku sendiri. Lalu aku buang perasaan itu jauh jauh tidak bertepi lagi. Buang bukan kerana aku mengalah tetapi buang kerana aku tahu akhirnya bukan ditempat yang aku inginkan. Apart from that, my life is pretty damn good. =)




