Friday, September 7, 2012

Bond.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Baru Jumaat lepas aku jejakkan kaki aku ke Bandar Segamat bersama family termasuk nenek dan pakcik aku yang sulung dengan menaiki motorsikal. Tetapi sebelum aku cerita pasal semua itu, aku nak patah balik time aku buat clearance hari Rabu minggu lepas. 

Rabu minggu lepas, aku dan konco konco pergi buat clearance untuk menamatkan pengajian sebagai pelajar Diploma buat secara rasminya. Benda mudah, tetapi banyak benda nak buat. Kena pula time tu aku demam panas. Makin huru hara jadinya. Namun aku gagahkan jua kaki aku melangkah setapak demi setapak untuk kembali ke jalan yang asalnya. Wah wah. Berdrama pula aku kali ni. Itu lah kali pertama aku jejakkan kaki ke Segamat dalam masa 5 bulan setengah selepas cuti. 

Selepas dua hari berlalu, iaitu hari Jumaat. Tibalah waktu yang dinanti nantikan kerana aku telah menghabiskan beratus ratus demi membuatkan motorsikal yang hendak aku bawa ke Segamat kembali berfungsi seperti sedia kala. Dan buat kali pertama juga aku membawa motorsikal pergi ke Segamat dengan niat yang ikhlas ingin menuntut ilmu. Chewah! 


Tanpa aku lupa, ingin aku mendedikasikan ucapan terima kasih kepada dua orang sahabat pertama aku di UiTM Segamat sebagai pelajar Diploma in Banking. Semoga keduanya berjaya dalam hidup masing masing. Eh, sebenarnya yang seorang je yang tercampak ke Kelantan meneruskan pelajaran disana. Yang seorang lagi tu masih sekelas dengan aku. Wah, setelah 3 tahun masih sekelas dengan aku. Terima kasih atas apa yang kita harungi bersama. 


Yang ni sebenarnya time aku baru habis ceramah untuk pengecualian jam kredit. Yelah, yang tengah tu nak pergi Kelantan, sambung Islamic Banking disana. Sempat dulu bergambar.

Setelah 4 hari aku berada di Segamat, menguruskan pasal rumah sewa, kemas kemas, pasal jadual, segala slip dan transaksi yang perlu diambil dan dilakukan semua, budak budak rumah sewa aku semuanya ingin pulang. Takkan nak duduk Segamat tanpa ada benda nak buat selama 5 hari sebab kelas pun belum start. Kalau diorang stay, aku ingat nak ajak beraya rumah budak budak kelas lama aku. Tapi tak berkesempatan pula.

Jadi, sebagai konklusinya. Aku berada di Pontian semula selepas aku menaiki bas pada petang Selasa lepas sampailah hari ahad pagi ini aku akan pulang semula ke Segamat buat kali ketiga dalam masa seminggu lebih ini. Wah wah. And then, hopefully class aku berjalan dengan lancar. Eh, tiba tiba hujan turun dengan lebatnya.

p.s:

I'm bound to find someone who makes me want to settle down again.
Until then, I got nothing to lose. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...