Semalam, hampir berpuluh kawan aku bertebaran ke serata Malaysia.
Hari ini, masih ada yang baru hendak memulakan perjalanan.
Hari ini, sudah ada yang meletakkan harapan untuk masa depan.
Namun esok, baru aku akan mula kehidupan pelajar baru aku.
Sungguh masa itu tidak sama bagi semua. Dan sungguh, tak berdaya aku nak ucapkan selamat seorang demi seorang. Masih ramai yang tidak berjaya atau tidak mahu meneruskan perjuangan tapi ramai juga yang berjaya. Ada yang ke Arau, Sri Iskandar, Kota Bahru, Dungun, Melaka, Shah Alam, Penang, dan masih ada juga yang di Segamat bersama sama meneruskan perjuangan dengan aku. Doa aku untuk kalian masih utuh, menginginkan yang terbaik untuk yang terbaik.
Ada yang tak pernah berjauhan dengan keluarga, bercerita dengan aku tentang jauhnya terasa nanti, sungguh aku tak dapat rasakan apa yang dia rasa sebab aku hanya di sini jua. Namun aku tahu dia akan selesa disana, dirantau hujung kiri dan kanan semenanjung. Cerita pasal kat sini tu, rupa rupanya aku amek Islamic Banking. Aduh, terketaq ketaq tangan aku la hai nanti.
Pagi nanti aku akan balik ke Segamat semula, aku dah jumpa dah hampir kesemua kawan kawan aku disini sebelum mereka jejak tempat baru dan lama masing masing, sebelum aku sendiri masuk ke tempat baru. Insya-Allah, ni dah yang terbaik dah untuk kita semua.
p.s:
Hari itu, kawan aku yang pernah naik Audi TT abang dia tu bawak jalan jalan tu telefon aku. Wah, ingat lagi kawan aku kat aku yang tertinggal sorang masih belajar dalam kalangan kami bertiga. Yelah, seorang dah kerja kat KL. Yang seorang lagi ikut jejak abang abang dia kerja kontraktor kelas tinggi kat Perak. Bila lah diorang nak jejak Segamat.




