Masuk ni aku da alami benda yang sama sebanyak 4 kali dalam hidup aku. Aku pun naik pelik kenape ia berlaku dalam hidup aku yang tak seberapa ini. Kerana hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam hidup aku. Disebabkan aku seorang yang sederhana, tidak mempunyai apa - apa yang boleh dibanggakan. Mari kita lihat ye:
Adakah aku seorang yang berduit? Tidak. Jauh sekali. Parent aku pun terkial - kial nak merealisaikan impian aku untuk bersaing dalam area moden ini dengan nafsu buas aku terhadap elektronik dan gadjet - gadjet terkini. Aku pun meminjam dengan PTPTN untuk makan dan kehidupan harian. Jadi, aku seorang yang cukup bersederhana.
Malah aku juga seorang perokok. Perempuan sekarang tak suka lelaki merokok kan? Jadi aku makin la tidak popular dikalangan wanita kan. A'ah, walaupun aku kate aku nak berhenti. Namun, aku kembali semula setelah 3 hari tak hidap rokok. Lama lagila nampaknye perjuangan aku untuk berhenti ni. Adoyai. Lagipun, orang - orang yang aku ingat dah berhenti merokok kembali merokok. Lagilah aku rasa macam...-.-"
Next, aku kaki perempuan? Err....anybody tolong clear that up please. Aku ramai skandal, ramai perempuan simpanan, ramai teman wanita, ramai orang mahukan aku, aku playboy? Ini semua adalah dusta, palsu, dan mistik semata - mata. Dulu mungkin, sebab semua orang aku suka. Tu zaman aku bodoh bangang lagi. Sekarang intelektual sikit. Dulu pun semua cinta yang bukan hakiki. Lagi hampeh.
Dan muka aku sama macam muka orang pecah rumah yang duduk layan prasaan after kene ganja tu adalah. Sejak aku duduk universiti ni aku da malas nak jaga muka, bau badan memang kurang, tapi disebabkan aku perokok, aku punye bau mulut ada sikit, tapi xdela teruk sangat sampai cakap "aaaaaaaaaaaaaaaaah" pun segala makhluk dalam radius 3 meter sakit jantung. Takde sampai mcam tu skali.
Jadi, kenapa. Kenapa dan KENAPA? Kenapa orang anggap aku sebagai threat? adoyai. Lagi kalau nak kate kat aku yang aku ni perampas awek orang. Oh, please la. Aku tak kan amek awek orang okay selagi aku tahu ada yang melekat dihati orang tersebut. Dan lagi, aku tak kan amek / couple / bersama dengan intim jika seseorang itu awek member, walaupun ex member. Tidak sama sekali. Sebab aku percaya Bro Code. "Don't Sleep With Bro's Exes". Tak kira dalam situasi macam mane pun, aku xkan tidur dengan, eh silap! Bercouple dengan awek member atau exes member aku. [only including member yang btol2 member, member susah senang punye member.] Seriously. I'm not a threat.
p.s :
![]() |
| Walau sesuka mane, sesayang mana aku terhadap seseorang perempuan itu. Selagi dia adalah teman wanita member aku, aku akan batalkan niat aku. |



