Thursday, May 12, 2011

Special Member.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Semoga pos ini dipermudahkan dan tidak disalah ertikan. Amin.

Aku ada bermacam - macam jenis kawan. Walaupun kawan aku masih boleh kira, tapi bukan guna jari la. Kira guna kalkulator. Ada kawan jenis mata duitan, ada jenis kaki pempuan, kaki DoTA tu ramai, kaki motor, kaki bangku pun ada, kaki blogger, kaki lepak, setakat ni yang takde kaki belum lagi. Ada juga member aku yang tak pernah ponteng pegi masjid, ada juga yang tak reti sembahyang, ada yang gagap bace al-quran. Semua itu jadi kawan aku, aku tak memilih kawan. Asal ikhlas berkawan dengan aku, ape de hal. 

Pos ini dibuat khas untuk seorang member aku. Seorang yang hensem. Ok. itu mungkin orang kate melampau, sebab "Beauty lies in the eyes of beholder" kan? Tapi pada aku, dari segi fizikalnya orangnya boleh tahan. Mukanya bersih bermakna orangnya pandai jaga muka dan jaga kebersihan. Okay, sebelum entri ini menjadi lebih gay, aku akan tukarkan cara penyampaian. [Sebab aku pun rasa semacam bile cite pasal fizikal lelaki. ehem.]

Aku kenal die dah lame. 9 tahun. Aku berkawan dengan die juga dah lame. 7 tahun. He earned my respect pun cukup lame. 4 years. Kenape? Pada aku sikapnya, cara pemikirannya cukup matang. Terlebih kedepan. Namun apa yang lebih aku respek sebab knowledgenya. Coveragenya yang cukup luas mengalahkan Datuk Bandar. Ape jenis orang pun die pernah jumpe, tidak pernah sekali die pelik dengan bermacam - macam karenah manusia.

Malah die juga xpernah lokek bantuan, ape jua yang boleh dibantunya akan dibantu olehnya sepenuh jiwa dan kudratnya. Die juga seorang Ex-Rempit macam aku jugak. Seorang yang senang dibawak bicara. Die juga gila macam aku, kalau nak buat something yang gile memang cukup on aje. Dah, cukup la aku cite pasal kelebihan die. Karang sume peminat aku nak ngorat die, susah plak xde yang nak ngorat aku. hahahahahahahaha. 

Namun ape yang aku tersentuh dengan perbuatan mamat ni adalah, selama 2 tahun aku kembali merokok. Tidak pernah sekali die lupa untuk ingatkan aku supaya berhenti merokok pada setiap kali aku berjumpa dengan die. Kalau dia tak bagitau pun, die akan tengok aku merokok, dan depan aku die akan geleng kepala dengan memastikan bahawa aku nampak die geleng kepala. Serius. Dan itu juga antara sebab - sebab nya aku dengan segala kudrat aku, dengan segala usaha dan kemampuan aku, untuk berhenti merokok. Serius. 


First time aku try berhenti, aku dapat tahan 30 hours. Second time aku try, 27 hours dan masih tidak merokok lagi sehingga kini. Sila doakan aku untuk terus berhenti. Dan bile aku berjaya berhenti, first thing yang aku akan buat adalah, jumpe member - member yang cakap ngan aku bahawa susah nak berhenti merokok dan cakap kat die, one word : BULLSHIT. hohohoho.

p.s : 

Sometimes you have
to forget what you want,
to remember what you deserve.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...