Saturday, July 28, 2012

Countless Tries: Keeping This Alive.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ramadhan cepat je berlalu, terasa macam baru semalam start Ramadhan. Rupa rupanya dah masuk hari kelapan umat Islam di Malaysia ni berpuasa. Ingat lagi tak tahun lepas pada waktu lebih kurang begini juga, ada aku mention yang seumur hidup aku kalau boleh aku nak rasa complete puasa. Bukan maknanya aku tak pernah puasa penuh. Puasa penuh tetap puasa penuh tetapi, puasa aku terasa kosong. Hanya tahan lapar dahaga. Puasa mata, puasa hati, puasa kata kata, puasa semuanya lah senang cerita masih belum lagi dapat aku capai. Belum lagi cerita pasal amal ibadah time puasa. Dengan Terawikh dan Witr nya. Dan beberapa amalan yang lain juga. Bila lah dapat aku merasakan puasa yang complete begitu, even satu hari pun jadilah. Mesti indah rasanya. 


Haritu aku ada borak borak dengan kawan aku yang amek Islamic Banking tu. Lepak hampir sampai dekat nak sahur bercerita pelbagai benda. Dari duniawi sampailah masuk ceita Islamic, kadang tersentuh bab rumah tangga sekali. Ah, ikutkan dengan mamat tu, ape benda pun boleh cerita, pasal kereta pun boleh, sukan pun boleh. Bila lame tak berborak, sampai pukul tiga empat pagi jadinya. Nasib baik time Ramadhan, boleh terus sambung sahur. Panjang punye panjang berborak, tiba tiba hati aku tersentuh dengan satu ayat dia yang mengingatkan aku supaya tidak mudah berputus asa. Walaupun bertahun telah berlalu, walaupun nampak aku tidak berganjak dari tempat aku berdiri dengan goyahnya, namun aku masih mampu bergerak kehadapan walaupun jaraknya cuma sejengkal. Ah, tak sangka. Setelah rasa berbulan bulan dekat bertahun tidak lepak lama, kata katanya masih begitu menyenangkan sekali. Percaya atau tidak, cerita itu berlarutan sampai ke baitul muslim. Hahaha!

Btw, my dad has been recovering a lot since the last 8 days. The progress is much more rapid than the first couple days. I guess because my dad starts to eat kot. Selama ni macam nak tak nak je makan. Good thing is, my dad dapat puasa satu hari semalam. Good for him. Alhamdulillah, all praise to Allah the most gracious. 

p.s:

Tipu kalau aku kate aku tak goyang masuk ISB. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...