Wednesday, July 11, 2012

Sebuah Penungguan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

10 hari lagi. Ramadhan akan menjelma. Tak sabar pula rasanya. Iyalah. Memanglah aku seorang Muslim yang biasa. Bukan jenis yang sekufu dengan mana mana alim ulama pun. Tetapi setiap Ramadhan aku tunggu sebagai satu percubaan lagi untuk mengubah dan membetulkan mana yang salah. Masih lagi aku ingat Ramadhan lepas dimana aku masih Part 5 Diploma in Banking. Seronok rasanya. Kena cepat cepat ganti puasa. Sehari lagi. Makin dekat ni makin malas pulak nak ganti. Nasib baik aku campakkan perasaan itu jauh jauh jauh sejauh depan rumah kawan aku dekat bosnia tu. Eh?

Baru baru ni ada musibah yang melanda diriku yang kerdil ini. Mungkin banyak sangat dosa, tu yang tuhan uji aku. Masih sayang Dia kat aku. Alhamdulillah. Laptop aku punya skrin tu pecah. Alah, laptop yang kecik tu. Nasib baik masih boleh guna. Tapi aku cuma guna 1/6 daripada skrin dia tu. Tak apa. Asal boleh guna. Tak guna aku mahu bersedih lama lama. Tak sedih itu tipulah. Tapi aku masih ingat pesan aku pada seorang rakan aku, supaya baca dan fahamilah antara 'love letter' dari Allah iaitu Surah Al-Insyirah. Tak tahu lah kawan aku tu masih ingat ke tak pesan aku tu.


Okay. Habis pasal itu aku nak habaq mai cite lain. Eh, terkeluar loghat lain pulak dah. When I tell people not to smoke albeit I myself is a smoker, it does not mean I'm a hypocrite. It means that I know enough about smoking and once you get hook, it is hard to stop. One thing, all the thing about burn your lung and increase the potential of getting cancer is actually true. Trust me.

p.s: 

Cerita pasal menunggu Ramadhan ni, ada satu lagi yang aku menunggu sebenarnya. For a while now, aku sentiasa menungu akhir minggu. Bukan tunggu gaji masuk ataupun tunggu masa lapang tapi aku menunggu sebuah panggilan dari seorang rakan. For every week. It is enough to know that I'm the one she turn to when she got problem. Maklumlah, aku masih teragak agak untuk serius sekarang ini. Walaupun...ehem. Tak mahu habiskan ayat itu. 


Cuma seringkali aku bertengkar dengan diri sendiri dalam mengemukakan idea untuk membawa sebuah persahabatan itu kepada yang lebih lagi. Dan seringkali itu jua aku mengingatkan bahawa aku masih belum cukup mampu secara fizikal, rohani, jasmani dan emosi dalam istilah itu. Cukuplah sekadar berteman dari jauh dan berhubung sekali seminggu. Perjuangan dalam diri aku masih belum selesai. Masih belum tamat malah masih jauh. I'm sorting out my life first before I could even start to think about being in other person's life.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...