Friday, July 20, 2012

Program Ijazah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Actually. Isu ni dah start dari 13 Julai lagi. Tapi aku tau lah macam mane. Tangguh tangguh tangguh nak tahu sampai la 16 haribulan katanya official result akan keluar walhal dari beberapa hari sebelum aku cek lagi ramai dah sibuk tanye aku dapat mane. Sebagai contoh, orang yang aku berjanji untuk masuk ke Islamic Banking sama sama 3 tahun lepas.

Macam biasa lah, sistem UiTM ni kadang kadang kurang betul sikit. Bak kate aku, senoneng. Kejap error kejap permohonan gagal lah. Karang tiba tiba ada pulak. Malam 15 haribulan tu semua orang gigih dah nak cek sampai ada yang sanggup tunggu berejam jam walaupun sistem masih error. Aku pulak tido dengan nyenyaknya sambil goyang goyang kaki. Aku bangun bangun je bukak facebook tengok ada tak ada result tu. Dah keluar ke belum. Time tu jugak lah kecoh butang semak hilang fungsi sampai jadikan ia satu trending dekat twitter. Dan dan aku cek facebook tu aku dapat berita yang ada seorang kawan aku ni yang aku rapat dengan dia since part 1 dapat tempat nun bahagian utara sana. 


Aku pun turut simpati atas beberapa sahabat sahabat yang lain mendapat tempat yang tidak diingini ataupun yang tak rela dicampakkan jauh jauh. Around nak dengar azan Zuhur berkumandang tu tibe tibe chat facebook aku berbunyi menyatakan dah boleh cek. Eh, aku takkan tak nak cek ye tak. Tak gigil tu tipu la time nak cek tu. Gigil la jugak. So result aku adalah seperti dibawah.


Tak nampak pun tak apa. Senang cerita aku dapat Islamic Banking sebagaimana yang telah aku janjikan dahulu. Betapa gembiranya aku sebab mendapat tempat yang aku mahukan. Segamat. Tempat aku zaman Diploma dahulu. Btw, aku dapat first choice. Jauh disudut hati macam menginginkan Finance tapi aku tolak tepi jauh jauh jauh. Sebab aku percaya bahawa apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk aku. Tetapi bila aku dapat tahu bahawa ramai jugak kawan kawan aku yang dapat Finance di Segamat terasa macam nak rewind balik time mohon tu letak Finance sebagi first choice. Bila difikirkan balik, even kalau aku letak Finance as first choice pun ada kemungkinan aku dapat Islamic Banking juga. Keras lah aku belajar Islamic Banking nanti. kawan aku sibuk cakap, tak ada lah keras mana belajar Islamic Banking ni sebab dia pun amek Degree in Islamic Banking kat Shah Alam. 

Lepas je aku cek, berbelas panggilan masuk ke telefon aku sampai nada dering die menerjah masuk keteling aku dengan lajunya yang teramat. Ramai pulak yang bertanya, lagi ramai tanye lagi banyak aku dapat tahu diorang dapat mana kan. Equivalent trade. Tetapi aku tak boleh gembira sangat sebab ramai jugak kawan kawan aku yang terkandas dengan pelbagai masalah yang melanda dalam mendapat result ni. Ada yang gagal, ada yang kena campak jauh jauh, ada yang tak dapat kos yang dikehendaki, malah ada yang tiba tiba nama tiada dalam data. Fuh, aku naik pelik jugak jadinya.

In conclusion, aku bersyukur mendapat kos yang aku mahukan, ditempat yang aku inginkan. Walaupun tidak seindah yang dibayangkan tetapi aku masih berada digolongan golongan yang bernasib baik. Almhamdulillah. So, akan ku muncul jua di Segamat sekali lagi sebagai Siswa Ijazah. Tiba tiba rasa macam nak oriented junior pula. Hahaha!

p.s:

Tidak sabar untuk memulakan satu buku baru dalam hidup aku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...