Friday, July 20, 2012

Tahlil Arwah Hari 202.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

14 Julai lepas, hari sabtu. Ada majlis tahlil yang keluarga aku buat untuk arwah atok aku yang meninggalkan kami semua pada 25 Dis lepas. Dah tahu dah semua akan turun. Maksudnya paksu aku yang kat kerja kat Taman U dan mak cik aku dari Kuantan tu akan ada sekali. Selepas meninggalnya arwah atok aku ni, jarang sekali untuk kami semua berkumpul di kampung. Yelah, dengan parent aku yang kerja susah nak dapat cuti. Yang dari Pahang lagi nak turun. Jadi perjumpaan sebegini memang ditunggu tunggu oleh kami. 

Majlis start lepas isya' sebab lepas maghrib ada majlis tahlil kat tempat lain. So, selepas semuanya selesai kami dengan penatnya menguruskan semuanya termasuk la aku yang gergaji pokok depan tu time petang sebelum majlis bermula sebab dah tinggi sangat katenye. Berlawan dengan kerengga kampung yang gigitannya terasa sangat berbisa tu. Sempat jugak lah kami kaum adam ni bukak table main daun terup sambil minum kopi dan hisap rokok. Rasanya dah bertahun tak buat macamtu. Terasa seronok pula bila dapat mengulang tradisi yang telah bertahun tercipta itu. Sampai rumah di pontian semula around 3 pagi dengan hati yang gumbira. Terlepas aku dari dunia yang hiruk pikuk ini walaupun sekejap.


p.s:

Time tu makcik aku dah bising rambut panjang suruh potong. Haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...