Aku sedar kelayakan aku untuk berkata tentang agama itu lemah. Dan aku sedar ramai yang mungkin pandang serong jika aku berkata tentang agama, tentang Islam. Namun begitu aku sekadar mengingatkan diri sendiri dalam dugaan serta cabaran yang diberikan olah Allah kepadaku. Subhanallah.
Surah Al-Baqarah Ayat 214:
Or think you that you will enter Paradise without such (trials) as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, "When (will come) the Help of Allah?" Yes! Certainly, the Help of Allah is near!
Surah Al-Baqarah Ayat 216:
Jihad (holy fighting in Allah's Cause) is ordained for you (Muslims) though you dislike it, and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.
Percayalah wahai sahabat - sahabatku. Allah itu maha mengetahui sedangkan aku dan kamu sangat cetek pemikirannya dan sangat terhad pandangannya. Dugaan itu ibarat api yang membakar besi yang berkarat. Selepas dibakar, yang tinggal adalah besi yang elok sahaja. Subhanallah. Maha Suci Allah.



