Thursday, June 28, 2012

Bunkface.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hujan renyai - renyai membasahi bumi. Bukan aku tidak bersyukur keatas rahmatNya, jauh sekali untuk aku rasa begitu. Aku sentiasa monolog sendirian: "Setiap yang berlaku ada hikmahnya." Namun, terbit rasa cemburu terhadap mereka - mereka yang dapat menyaksikan perlawanan bola sepak antara Spain dan Portugal. Wah, entri ini menjadi semakin feeling pula. Sebelum aku mengorakkan jemariku untuk menaipkan sesuatu yang akan digula oleh ramai manusia diluar sana lebih baiklah aku cepat - cepat membawa entri ini kepada isinya.

Oh, sejak akhir - akhir ini hati ini mula terasa perasaan yang tidak dapat diertikan dengan perkataan. Ketika aku membuat keputusan untuk membuatkan perasaan ini timbul dijiwa ini tidak dapat aku jangkakan pelbagai perasaan akan merembes keluar seperti darah pekat yang mengisi setiap alur tubuhku ini. Mengapakah aku mula rasa ingin melayan perasaan yang tidak henti - henti ini. Tambahan lagi, bagaikan tidak mengerti keadaan aku yang semakin hari semakin berperasaan ini, sayup - sayup kedengaran lagu - lagu yang menyentuh di corong radio. Antaranya lagu Bunkface yang bertajuk Jatuh.


Dan mulalah aku mengumpul segala tenaga untuk memulakan langkah baru setapak demi setapak dalam bangkit semula ke alam nyata akhirnya. Ini satu permulaan baru. Sempena menjelangnya Ramadhan yang penuh barakah dalam masa tak sampai sebulan lagi. 

Hahahahahaha. Kelakar gila aku buat ayat macamtu. Sendiri baca pun rasa nak ketawa guling guling guling dan guling lagi. Kalau orang lain baca aku ingat rahang dah boleh jatuh halfway across the earth la wei. Btw, some good news. Ingat lagi rakanku yang masih berada dalam koma tu? Hari ini dia dipindahkan ke Wad Ortopedik Barat 3 tingkat 3 di Hospital Sultanah Aminah. Kira good news sebab dia dipindahkan ke wad tulang. So maybe doktor nak buat pengesahan lebih lanjut terhadap tulang dia. Tapi dia masih belum sedar dan kami semua [rakan - rakan sekelas] masih berfikiran positif terhadap perkembangannya. Semoga dia cepat sedar dan kembali tersenyum. =)

p.s:

Yes, many thing that I recently felt but anything that can be harmful maybe some old spark or remorse, before it can turn to fire I put it out with fire hydrant first. Hahahahaha. So, these upcoming days maybe I need to sort out the whole thing again and again and again. 

You got to let go of that stuff from
the past, because it just doesn't matter.
The only thing that matters
is what you choose to be now.
 -Xiao Po from Kungfu Panda 2-

Btw, Portugal secara rasminya meninggalkan pentas Euro 2012 dan Spain dengan gahnya memasuki gelanggang separuh akhir. Adakah Spain akan bertemu dengan Germany atau Italy? Esok penentunya.


The Future is kind of blurry but what the heck, we move forward nevertheless. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...