Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Atas ehsan seorang sahabat, akhirnya aku sampai di Hospital Sultanah Aminah melawat kawan aku yang masih tidak sedarkan diri setelah masuk ni tiga belas hari sejak dari dia mengalami eksiden tersebut. Bila tiba aku disana, kakak dan maksu kawan aku dah setengah jam ada dekat sana serta beberapa saudara yang lain. Sayu jugak melihat seorang rakan seperjuangan yang sama - sama bergurau senda hampir setiap hari terlantar dikatil hospital dengan suasana muram semacam tu.
Terbit pula beberapa memori yang indah berkaitan dengan kawan aku ni. Mana tidaknya, dari kejauhan kawan aku ni mesti jerit 'maddom' sekuat yang boleh semata - mata nak panggil aku. Sejak dia mulakan panggil aku menggunakan nama ayah aku ni, hampir setiap rakan perempuan yang lain panggil aku guna nama ayah aku. Dan aku pun apa lagi, panggillah dia guna ayah dia jugak. Funny story, dalam dia tidak sedar diri tu, aku pun panggillah dia kat telinga dia. Disebabkan terlalu biasa panggil dia guna nama ayah dia, maka nama bapak dia la yang aku gunakan. Yang kelakarnya, bila kakak dan maksu dia rasa pelik sebab aku panggil dia guna nama ayah. Oh malu jugak aku rasanya. Tapi dapat juga aku sembunyikan rasa malu tersebut. Kelakar juga rasanya bila dia mendengus perlahan dengar aku panggil dia guna nama ayah dia. Tengah - tengah tak sedar tu pun masih cuba nak marah aku.
Berita baiknya, every inch of her is okay already. Cuma tangan die bengkak sikit. All that left is for her to open her eyes and smile again. Sebab semua orang tunggu dia sedar. Lagi - lagi bila nak raya ni. Sayu je rasa bila maksu dia cakap kat dia yang dia datang nak ukur baju sempena raya dan mengharapkan kawan aku ni bangun secepat mungkin. Aku pun sentiasa harap dia sedar supaya dia tahu yang kami [kawan - kawan] semua menyayanginya. Dan aku masih berfikir positif terhadap perkembangan dia. Semoga Allah mempermudahkan bagi segala urusan rakanku itu. Amin.
p.s:
Akhirnya German terpaksa mengorak langkah pulang dan tidak dapat merasakan untuk pergi ke final menentang Spain kerana kalah dengan Italy 2 - 1. Oh, German sudah kalah. Macam malas je nak tengok final nanti. =)



