Current mood : Undefined
Current song : None
Dia merupakan sebahagian besar dalam blackbook aku. Nama dia telah aku sematkan jauh kedalam sampai aku sendiri lupa akan kehadirannya. Namun beberapa minggu lepas, aku tersentap mendengar namanya. Dan hari ini aku tersentap melihatnya. Aku menjadi sangat moody. Namun, aku xtahu apakah ini cuma alasan untuk mengaburkan realiti hidup aku sendiri. Adakah aku kembali bersedia untuk menerima kehadirannya kembali? Adakah ini satu bukti bahawa aku menerima segala yang terjadi? Ataupun aku hanya bersembunyi disebalik muka kosong dan hati diamond aku bahawa aku takut untuk memasukkan dia kembali dalam hidup aku? Setelah sekian lama aku berlari. Dan sekarang aku gembira walau aku sedar 'universe' sentiasa tidak menyebelahi aku dalam isu hati dan perasaan. Adakah ini bermakna pihak disana tidak meredhai pemergian dan kehilangan aku? Adakah jika aku menerima dia kembali dalam kamus hidup aku bermakna aku bukan hidup sekadar dalam kekosongan? Aku tak pasti apa yang aku buat itu betul atau tidak. Aku menjadi semakin keliru. Dengan hidup aku sendiri. Bagaikan aku bukan 'hero' dalam kisah hidup aku sendiri. Apakah....=.=
Aku sedar hati aku meronta. Hati akuu ingin kembali ke zaman aku sentiasa dulu. Berbezanya aku sekarang ini. Dulu aku sangat carefree. Sekarang aku sangat mementingkan segala tingkah laku aku. Aku ingin sangat kembali ke zaman dimana aku masih seorang remaja yang terejal. Melumba sana sini. Pergi ke sana tanpa pengetahuan sapa - sapa. Hidup aku hanya ada member + motor. Tapi kini hidup aku penuh dengan kawan + keluarga + pelajaran + perasaan + kehidupan + kewangan. Hati aku meronta dalam kepenatan. Ingin kembali ke zaman itu. Namun, melihat gambar aku dalam keadaan corporate. Dengan kot semua segala jadah. Aku menyetujui fakta bahawa aku semakin dewasa. Dan sudah menjadi lumrah orang dewasa memikirkan banyak perkara. Disebab itu aku merasakan bahawa aku masih Awesome di kehidupan aku sekarang ini.Walaupun hati aku meronta. Namun aku xnafikan hari ini aku cukup moody.
Buktinya aku telah memungkiri satu janji. Walaupun mungkin sudah tidak ada kene mengena antara aku dan dia, hanya kawan. Namun aku tetap cuba untuk memenuhi janji. Tetapi hari ini aku telah memungkiri janji tersebut. Maafkan aku.
p.s : Really? Nothing for me somewhere in your comforting heart? Sure? Maybe I'm your Mr. Right. Although I'm maybe the worst for you but I knew you could be the best of me.
![]() |
| Saya minat Jabbawockeez. |






2 Tipu daya manusia:
you take her back?
back into my life yes. more than that. probably not.
Post a Comment