Friday, February 4, 2011

Hari Gila Bulan Februari. Hari semua perasaan.

Current song : Can't Take My Eyes Off You - Muse Version
Current mood : Craving of that.

Hari ini dimulakan dengan perkara paling jarang aku buat dalam hidup aku. Pergi masjid. Bukan calang - calang. Waktu subuh pulak tu. Semua gara - gara Mr.Malin. Disebabkan aku sudah tido pada malamnya. Pagi itu aku tidak tidur sehingga subuh. Mr.Malin kite tibe2 pulak bagi salam difacebook. tiada pemikiran lain yang aku fikirkan. Subuh. Subuh. Subuh di Masjid Jamek Pontian. Persetujuan ditemetrai. Bergeraklah kami berdua ke sane...=)

Percayalah. satu perasaan berbeza solat subuh di masjid.
Setelah selesai. Pergi ke rumah antara rakan terhebat aku. En.Imran. Seperti sudah tahu hendak mengajaknya sarapan. Cepat, pantas dan efficient die bersiap. Berada di kedai makan, bermacam kami bercerita. tentang itu dan tentang ini. masing - masing mencurahkan pendapat masing - masing. Hidup seperti sebuah pementasan drama dimana kami adalah editor - editor skrip. Terkeluar cerita mengenai cikgu yang dihormati. Cikgu Kahar. Tanpa berfikiran panjang, terus menghala kerumahnya. Maklumla, berita tentang cikgu kahar dimasukkan ke hospital akibat paras gula yang tinggi cukup memeranjatkan kami bertiga. tidak salah untuk melawat beliau yang telah banyak berjasa pada kami. Tambahan lagi Imran hanya ada masa hari ini sahaja.

Selagi beliau bergelar guru. Selagi itu kami sentiasa terhutang budi dengan Beliau.
Bercerita lah kami semua berkenaan perihal sekolah. Pengurusan aktiviti yang lepas dan akan datang. Cikgu - cikgu pada zaman kami. Sedar tidak sedar masuk tahun ketiga kami meninggalkan persekolahan. Sangat menarik. Sangat seronok. Cuma kecewa melihat tubuh cikgu yang makin susut walaupun cuba untuk dilitupi muka ceria cikgu Kahar. tapi, Alhamdulillah beliau semakin pulih. Kami doakan kesihatan cikgu.

Balik itu Malin akan pergi ke event tersendiri. Dengan niat untuk tidak mengganggu, aku ingin keluar juga tetapi kurang pasti dengan siapa. Terus 2 nama tertera dalam minda aku. Sahabat karib. Kadir dan Shida. Tekan butang dail. Jawapan yang kurang pasti diberikan, akibatnya kami semua berjumpa dan memutuskan untuk berada di Taman Indah. Dalam perjalanan terjumpa Mr.Q. hohoi. Memeriahkan suasana. Sebab aku tahu, suasana jadi pelik jika hanya kami bertiga. Suasana tetap pelik. Itu tidak akan berubah. Aku tidak kesah. Mr.Q juga sangat meriah orangnya. Akhirnya masa dihabiskan bermain basketball dalam hujan. Seronok. Tidak dapat digambarkan. Bersama mereka. Seronok. Buktinya ada di pos cik shida.

Nice memory. Nearly replacing the last rainy day we had. 
Hujan, aku tidak sakit lagi. gara - gara kembali merokok. Pelik. tapi itu yang berlaku. Aku semakin suka hujan. Sejuk dan nyaman. Hujan yang membasahi tubuhku mampu menutupi segala air mata metafora yang mengalir di jiwa. Mak ai. Melankoli aku sudah keluar!! Tidaaaaaaak!!

Apa yang berlaku mengenai kecederaan fizikal aku? tidak mahu cerita panjang. Tetapi sakit ini adalah sakit fizikal yang kedua tersakit pernah aku rase dalam hidup aku. Yang pertama itu eksiden yang ketiga. Ini memang sakit. Tidak tipu. Tengok sendiri baru tahu bagaimana. Sangat sakit. Serius.

Around 3 hours near 4 jugak berada disitu. Habis azan, idea untuk bergerak itu sudah muncul. Aku berperang antara keinginan diri dan kerasional diri. Antara hendak berada disitu untuk masih bersama dengan mereka ataupun membiarkan mereka mempunyai privasi sendiri. Keputusan susah hendak dibuat. Akhirnya mesej dari Malin membuatkan keputusan untuk aku. Aku dengan segera cabut demi tidak mahu menculik masa lebih lama. Cabutan itu balik rumah dan mandi. Menjerit 5 minit tahan pedih. Then, nak baik punye pasal letak air garam. Kental x kental. Aku mengaku aku masochist. hohoho. menggigil aku tahan kesakitan. Mantap punye pedih die. A great cheap thrill.

Pacific Batu Pahat Mall.
Kesini lah aku dibawa oleh Malin bersama Mr.Q dan Khairil a.k.a Jebon. Niat hati nak berjumpa seseorang, namun terlepas niat Malin itu. Hadiah untuk ibunya dibeli bersama kami. Dan aku juga belikan sesuatu untuk diri aku. Sape lagi nak bagi aku something? hohohoho!

Hlovate punye koleksi.
Sedar xsedar, dia yang membuat aku minat pada siri - siri novel Hlovate.
Ye. Selain Baharuddin Bekri, saya juga addicted siri - siri Hlovate. Ini siri - siri Hlovate :

2 / 6 telah dikatamkan pada 2 tahun lalu, tahun 2009.
Absolutely and exceptionally, greatest teen love + life Story.
Kemudian. Balik sudah hampir Maghrib. Singgah sebentar dirumah tempat aku dilahirkan. Kenangan dan memori suka duka disitu. Kembali bagai tarikan Black Hole diangkasa. Atok makin susut keadaannya. Sedih aku melihatnya. Banyak lagi kisah duka disitu. Namun tidak ingin aku luahkan. Biarkan ia terpendam dilubuk hati ini. Sudah dikatakan. Banyak aku cerita disini, namun bukan semua. Bukan semua.

Begitulah akhirnya hari yang menarik, gila, kental, meriah, seronok, pedih dan makan dalam. Hari yang tidak mungkin berulang. Hari yang aku hargai. Hari yang aku akan abadikan dalam Blog ini selamanya. Dan Pos ini dibuat bukan untuk brag, meminta simpati or whatever. This blog is made for a friend who want to know me and didn't Jugde me.They make me realize that my friend CAN be counted. Dan disebabkan aku masih tidak tidur selama 24jam dan berpenat - penat pada hari ini. mata aku merah. sambil menahan sakit belakang yang dashat. Tetapi hari ini memang superb.

p.s : I like you for 2 near years now. since that day. I said it again, I like you. It doesn't mean I fall in love with you. Only there a certain time when I saw it I felt some emptiness in my heart and that caused the pain. Not because of others. *pandai btol aku membelitkan keadaan*

It's complicated in social website? It's bullshit!!
There should only have Single, In relationship or Married.
Adios, Hombre.
Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...