Saturday, February 5, 2011

What goes around. Comes Around.

Ini petikan dari Novel Versus nukilan Hlovate :

"Assalamualaikum." Perlahan AO memberi salam. Entah kenapa terasa sebak tiba - tiba. Pelik! Tadi nak salam ibu dan ayah pun tidak macam ni.
"Waalaikumsalam." Minn merenung keluar keluar tingkap bilik. "Dah check-in?"
"I dalam aerotrain."
Senyap.
"I mintak maaf tak hantar you." Suara Minn antara terkeluar dengan tidak.
AO senyum tawar. "No hal."
"Jaga diri."
"Okey."
"Jangan drink."
"I won't."
"Jangan buat benda pelik - pelik."
Tanpa sedar bibir mengukir seyuman nipis segaris. "Okey."
"Study hard.
"Right."
"Don't cry." Minn mengesat hujung mata yang terasa berair.
"Don't cry." AO ketawa payah dengan sebak yang makin menebal.
"Take care."
"You too."
"Jangan lupa solat."
"Pray for me." Aerotrain semakin menghampiri destinasi.
"I will."
Senyap. Air mata Minn semakin laju menuruni pipi tanpa mampu diseka lagi. Dia sendiri tidak tahu kenapa perlu air matanya mengalir pada waktu ini. Dan dia sendiri tidak tahu kenapa tangannya mendail nombor itu.
Esakan kecil di hujung talian jelas ditangan AO. "Jangan sedih..."
"Mana ada...I selsema."
Ketawa. Hambar. "I dah nak sampai."
Angguk. "All the best."
"Thanks." AO menelan air liur yang terasa berpasir. "Bye. Assamualaikum." Payah dia meluahkannya.
Minn menggigit bibir. "Wa'alaikumsalam."

Simple. Bermakna. Style. Menarik dan mempunyai unsur - unsur humour yang best. Dia juga menampakkan dalam tulisannya bahawa dia seorang yang berpengetahuan tinggi. Kalau nak tahu apa ceritanya, silalah beli novel itu. Aku sarankan. Sangat menarik. Sangat.

Mari cerita tentang Miss Five. Aku layak kata kau membuat keputusan yang separa tidak pandai. Menerima seseorang yang berkali - kali membuat kau pedih. Namun ia keputusan kau. Kalau dah suka, semua benda jadi hebat. Namun aku tersenyum saat kau menceritakan apa yang kau rasakan. Simpati juga. Kerana apa kau rasa itu, aku telah rasa akibat perbuatan kau sendiri. You are now on his hook just like I was on your hook. Nasib baik aku sudah melepaskan kau pergi. Jika tidak aku tentu merana seperti hari - hari yang lalu. Namun jauh disudut hati aku mengharap. Mengharap kau tidak terluka disebabkan dia sebagaimana aku terluka disebabkan kau. Aku berdoa kau bahagia. =)

I do believe in Karma.
Aku akui. Perbualan ringkas antara kita mengenai bahan bacaan membuat aku gembira. Dan aku merasakan kepedihan saat kau bermesra dengan lelaki lain. Aku tahu aku tidak layak rasa begitu. Aku keliru dengan perasaan. Aku suka. Namun aku nafikan adanya perasaan sayang. Adakah aku hanya menafikan sesuatu yang mustahil? Namun aku masih yakin aku hanya menyukai mu. Tiada lebih dari itu.

I'm watching from afar. Fond of you. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...