Tuesday, February 1, 2011

Bukan itu tujuan ku.

Mari cerita kisah yang seronok dulu. Setelah kehilangan C902 pada bulan lepas, sekaligus menjadi isu paling sensitif dalam kamus hidup aku. Aku cuba untuk memberi kegembiraan pada mental aku dengan treat hati aku mggunakan kuasa sebagai seorang consumer. 

Sony Ericsson W995
Ye. Itulah phone yang aku gunakan sekarang. Jiwa aku terubat. Jangan risau. Second. Tiada apa yang rosak kecuali screen yang kurang menyenangkan. Tapi masih berjaya mengubat hati aku akibat kehilangan C902.

Kemudian, mari berbicara tentang keterkilanan. Segamat sudah diketahui semakin teruk. Hujan masih tidak berhenti walaupun Pontian kini semakin reda. Banjir telah melanda Segamat. Makin lama makin teruk. Namun, bukan itu yang aku risaukan. Aku risaukan Parit Raja. Telah dibuktikan bahawa ia telah dinaiki air juga. Kampungku telah dinaiki air. Setinggi paras lutut. Disana memang tanahnya rendah dan saluran airnya kurang bagus. Kampunglah katakan. Namun aku masih diam. Masih senyum walaupun hati aku membentak dalam kerisauan. Kampungku dinaiki air. Hj Mohd Amin kalau makin lama makin muda tidak apa. Ini makin lama makin tidak larat. Hujan disana masih tidak berhenti. Apakah yang aku terdaya untuk membantu jika aku disini? Jika mahu lihat kedasyatan banjir Segamat, klik sini.

Kalau Bandar Segamat begini, apetah lagi Kampung Sengkuang?
Aku dihakimi lagi. Oleh orang yang tidak kenal aku. Pelbagai penghinaan dalam gurauan ditaburkan sekaligus menjatuhkan aku. Ya. Akulah playboy yang banyak menyakitkan hati insan - insan bernama wanita. Aku dihakimi tanpa ada attorney yang membela nasib aku sebagai defendant. Seperti aku tiada hak untuk bersuara. Aku mampu menyangkal segala tuduhan - tuduhan tanpa asas itu. Namun, ia cuma akan mengeruhkan suasana. Aku telan gurauan yang berunsurkan cemuhan itu. Aku rela dihebahkan sebagaikan perokok tegar didepan semua lecturer. Aku rela dikatakan tiada keberanian menjadi seseorang yang berjawatan. Aku tidak ambil peduli bila orang mengatakan aku seperti orang 'desperate'. Aku tidak kisah jika aku dikatakan aku ini seorang yang bodoh kerana menjadi hamba wanita. Aku rela dikatakan apa sahaja selagi ia bukan datang dari seorang yang bernama sahabat yang mengenali diri ini. Cause deep down, I know. I'm Awesome. Aku tidak perlu buktikannya. Kerana kewujudan seorang insan bernama Mohamad Hafizzy Bin Mohd Dom di Universiti Segamat itu telah menceritakan segalanya.

Pos ini langsung tidak bertujuan untuk menuding jari menuduh mana - mana pihak. Cuma ingin mengatakan, mengutarakan, dan menyuarakan. Bukan untuk didengar. Bukan untuk dipandang. Bukan untuk difahami. Hanya untuk diri sendiri. Maklumlah. Kesalahan itu datang dari diri aku sendiri, dan yang elok itu sentiasa datang dari Allah. Dari Dia jualah aku mendapat kekuatan ini. Dengan bantuanNya lah aku masih dapat tersenyum dengan ujian ini. Kerana ujian itulah yang membuktikan bahawa aku masih disayangiNya. Subhanallah...=)

p.s : Aku tidak kesah jika kau bukan milikku saat ini. Aku akan cuba baiki diri, kenali diri dan sempurnakan iman aku. Setelah itu, jika bukan kau menjadi milikku, seseorang yang akan melengkapi aku akan hadir dalam hidup ini. - All credited tu Mr. Malin dan Cik L.

And each night, I grew stronger.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...